Maludam ialah sebuah daerah kecil di Bahagian Betong, Sarawak, Malaysia dengan keluasan 479 km persegi. Jumlah keseluruhan penduduk Maludam adalah seramai 5,230 orang (bancian 2000). Penduduk Maludam terdiri daripada 80% Melayu, 15% Iban dan 5% Cina.

Maludam
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianBetong
Pekan pentadbiranMaludam
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kecil Maludam
Keluasan
 • Jumlah479 km2 (185 batu persegi)

Sejarah Daerah Kecil Maludam sunting

Terletak di antara muara sungai Batang Lupar dan Sungai Saribas. Suatu ketika dahulu ia terletak di bawah pentadbiran Sri Aman dan akhirnya dimasukan dalam pentadbiran Bahagian Betong. Maludam juga pernah menjadi sebahagian daripada pengurusan Daerah Kecil Sebuyau kerana faktor lokasi yang paling hampir dan sekarang pentadbiran Daerah Kecil Maludam telah diambil alih oleh Pejabat Daerah Pusa setelah Pejabat Daerah Pusa telah diistiharkan menjadi Pejabat Daerah Pusa pada 08 Oktober 2015.

Dalam tempoh 74 tahun (1911-1985) dikenali sebagai Kampung Maludam, jumlah penduduk Kampung Maludam semakin meningkat dan semakin ramai. Ini menyebabkan pihak kerajaan Negeri Sarawak mengambil inisiatif untuk mengiktiraf Kampung Maludam sebagai sebuah daerah kecil yang dikenali sebagai Daerah Kecil Maludam pada tahun 1985.

Daerah Kecil Maludam adalah merupakan Daerah Kecil dalam Daerah Pusa dan memiliki keluasan 479 KM persegi. Penduduk Daerah Kecil Maludam adalah terdiri daripada 80% Melayu, 15% Iban dan 5% Cina.

Etnik di Maludam
Etnik percent
Melayu
  
80%
Iban
  
15%
Cina
  
5%

Pelancongan sunting

Daerah Kecil Maludam juga mempunyai sebuah Taman Negara yang dinamakan sebagai Taman Negara Maludam seluas 43,147 hektar. Terdapat pelbagai sepsis flora dan fauna yang terletak di Taman Negara Maludam. Taman Negara Maludam ini juga turut dikunjungi oleh warga asing selain penduduk tempatan. Untuk sampai ke Taman Negara Maludam boleh menggunakan jalan sungai iaitu menggunakan bot laju. Taman ini terkenal dengan 'Red Banded Langur' ( Kera Merah ) dan juga 'Proboscis Monkey' ( Orang Belanda ) iaitu sejenis monyet berhidung besar dan panjang. Ini mewujudkan satu lagi peluang ekonomi kepada penduduk tempatan dengan mewujudkan rumah tumpangan atau 'Homestay'. Program Pasar Tani yang diadakan setiap bulan juga mampu menarik minat kepada penduduk setempat dan pelancong.