Manjanik (serapan Arab: منجنيق, rumi: manjanīq, bahasa Inggeris: trebuchet) merupakan senjata pengepung yang digunakan pada Zaman Pertengahan bagi meruntuhkan dinding batu atau melontar peluru melepasinya. Manjanik merupakan contoh disiplin bagi asas kejuruteraan mekanikal dalam jentera di mana konsep beban dan daya digunakan untuk membantu operasi ketenteraan.

Sebuah manjanik.

Senata ini dipercayai telah dicipta di China antara abad ke-5 dan ke-3 SM. Manjanik timbal berat (counterweight trebuchet) terhasil dari manjanik seretan Cina yang lebih ringkas. Peralatan ini tiba di Eropah sekitar 500 M. Ia mampu melontar peluru seberat tiga ratus paun pada kelajuan menakjubkan ke kubu musuh, dengan pantas memusnahkan tembok dan pertahanan.

Kadang kala ia digunakan bagi melontar mayat dan bangkai haiwan yang berpenyakit; Wabak Maut Hitam dipercayai mula tersebar melepasi dinding istana kota, dalam usaha menjangkiti mereta yang bertahan. Manjanik jauh lebih tepat berbanding tarbil Zaman Pertengahan yang lain.

Ukuran panjang sesuatu objek, berat dan kekuatan bahan pembuatan adalah asas kepada pembinaan manjanik.

Prinsip sunting

 
Animasi mekanisme manjanik berpengimbang.

Manjanik merupakan sejenis lastik tempur yang bekerja melalui tenaga yang ditimbulkan oleh pengimbang untuk melontarkan projektil. Prinsip kerjanya berasal dari senjata umban tongkat. bahagian utama manjanik antara lain: tali umban, lengan pelontar, dan beban pengimbang. Mekanismenya seperti jungkat-jungkit, dengan tali umban dan beban pengimbang ditempatkan di hujung lengan pelontar secara berlawanan.

Pada awalnya, tali umban yang memiliki kantung projektil diisi dengan amunisi/projektil. Tali ini ditarik ke bawah dan hujungnya ditempatkan di bahagian bawah gandar/poros yang menyokong lengan pelontar, lalu tali pelontar ditahan oleh sebuah pemicu sementara beban pengimbang terangkat ke atas. Setelah picu dilepaskan, beban pengimbang akan turun ke bawah sehingga tali dan lengan pelontar terangkat dan berputar menegak sekaligus menyebabkan kantung projektil melepaskan amunisi dan melontarkannya ke arah sasaran.

Manjanik berbeda dengan mesin kepung puntiran biasa. Perbezaan utamanya adalah tenaga penggeraknya. Mesin kepung puntiran (misalnya onager dan ballista) menggunakan puntiran tali untuk menghasilkan gaya pegas, sedangkan manjanik menggunakan prinsip timbangan dan mengandalkan energi manusia/gaya graviti untuk menarik lengan pelontar agar tali pelontar dapat melenting. Seperti umban, manjanik juga memiliki kantung projektil untuk membawa projektil dan melepaskannya pada saat yang tepat untuk jarak lontaran maksimum. Lentingan tali pelontar juga berjarak jauh kerana lengan pelontar tidak ditahan bantalan, tidak seperti yang terjadi pada mesin kepung puntiran dimana lengan pelontar terbanting pada bantalan saat melontarkan projektil. Pada manjanik, lentingan tali umban memperoleh tenaga dari laju lengan pelontar sebelum melontarkan projektil.

Komponen manjanik Abad Pertengahan
 
Gambar komponen manjanik.
Keterangan
  • 1: Beban pengimbang
  • 2: Lengan pelontar
  • 3: Kantung umban
  • 4: Alas
  • 5: Landasan projektil
  • 6: Rangka penyokong
  • 7: Tali kerek
  • 8: Engkol takal
  • 9: Roda gigi kerek
  • 10: Beban peresap kejut
  • 11: Tali subtensi
  • 12: Tali peraih umban
  • 13: Katrol/Rangkaian pelepas
  • 14: Katrol subtensi
  • 15: Batang penyemat
  • 16: Cantelan
  • 17: Katrol tali kerek

Sejarah sunting

Manjanik tarikan sunting

 
Ilustrasi abad ke-12 menggambarkan manjanik tarikan dan umban tongkat.
Video luar
  Video contoh penggunaan manjanik tarikan untuk melontarkan sebuah bola.

Manjanik berasal dari senjata kuno iaitu umban. Suatu variasi umban, yang disebut umban tongkat (Latin: fustibalus) memiliki galah yang berfungsi sebagai lengan pelontar yang jika disentakkan dapat melontarkan projektil sampai jarak jauh. Konsep ini menjadi dasar mekanisme manjanik tarikan, dimana sejumlah orang menarik tali yang menjulur di lengan pelontar yang lebih pendek sementara kantung projektil terletak di lengan pelontar yang lebih panjang, sedangkan titik tumpu berada di antara keduanya seperti sebuah jungkat-jungkit. Manjanik jenis ini berukuran kecil dan jangkauan lontarannya lebih pendek, namun lebih mudah dibawa dan pengisian ulang amunisinya lebih cepat daripada jenis manjanik yang besar dan berpemberat.

Manjanik tarikan yang ukurannya terkecil dapat menggunakan tenaga satu orang saja dengan satu tali tarikan, namun kebanyakan manjanik jenis ini dirancang untuk difungsikan oleh 15 sampai 45 orang, umumnya dua orang mendapat bahagian satu tali tarikan. Kelompok penarik tersebut biasanya diperoleh dari penduduk setempat yang membantu suatu pengepungan atau sedang mempertahankan kotanya. Manjanik tarikan memiliki jarak lontar sejauh 100 hingga 200 kaki (30 hingga 61 m) jika beban yang dilontarkan sampai seberat 250 paun (110 kg). Dipercaya bahawa jenis manjanik tarikan yang pertama digunakan oleh para pengikut Mohisme di Cina pada awal abad ke-5 SM dengan gambaran yang dapat ditemukan dalam kitab Mojing (disusun abad ke-4 SM). Orang Cina menyebut manjanik berpengimbang yang muncul di kemudian hari sebagai Huihui Pao (回回砲 "senjata Muslim") atau Xiangyang Pao (襄陽砲), dimana kata Pao berarti senjata penggempur/peledak.

Pada masa selanjutnya, manjanik tarikan muncul di Byzantium. Strategikon karya Maharaja Mauricius, disusun pada akhir abad ke-6, menyebutkan "balista yang berputar pada dua arah," (Βαλλίστρας έκατηρωθεν στρεφόμενας), kemungkinan merupakan manjanik tarikan.[1] Mukjizat St. Demetrius, disusun oleh John I, uskup agung Thesalonika, sejara jelas mendeskripsikan penggunaan manjanik tarikan oleh artileri Avaro-Slavia: "Yang tergantung di sisi belakang dari potongan kayu ini merupakan umban dan dari depan tali tarikan yang kuat, yang mana ditarik lalu dilepas, manjanik melontarkan batu-batu ke atas dengan bunyi yang berisik."[2]

Senjata ini juga digunakan dengan pengaruh yang besar oleh pasukan Muslim selama Penaklukkan Islam. Panduan berbahasa Arab yang masih tersisa mengenai mekanismenya adalah Kitab Aniq fi al-Manajaniq (كتاب أنيق في المنجنيق‎, Buku Istimewa terhadap Manjanik), ditulis tahun 1462 oleh Yusuf ibn Urunbugha al-Zaradkash. Buku tersebut menyediakan informasi penggunaan dan perakitan yang terperinci.

Ada keraguan mengenai waktu tepat penggunaan manjanik tarikan mahupun pengetahuan mengenainya tersebar ke wilayah Skandinavia. Bangsa Viking mungkin mengetahuinya lebih awal sebagaimana yang dilaporkan Pendeta Abbo de St. German menggambarkan keadaan pengepungan Paris dalam catatan De bello Parisiaco bertarikh sekitar tahun 890 yang ada menyebut penggunaan mesin perang sebegitu.

Manjanik tangan sunting

Manjanik tangan (Yunani: cheiromangana) adalah sebuah umban tongkat yang menggunakan prinsip tuas sebagai mekanismenya untuk melontarkan projektil. Secara sederhana senjata ini merupakan manjanik portabel yang dapat difungsikan oleh satu orang. Senjata ini digunakan oleh Maharaja Nikephoros II Phokas sekitar th. 965 untuk mengacaukan formasi musuh di medan perang. Senjata ini juga disebutkan dalam Taktika Jendral Nikephoros Ouranos (sekitar th. 1000 M), dan tercantum dalam Anonymus De obsidione toleranda sebagai bentuk senjata artileri.[3]

Manjanik berpengimbang sunting

 
Manjanik berpengimbang di Château de Castelnaud, Perancis.
 
Ilustrasi lentingan pelontar pada manjanik berpengimbang.
Video luar
  Video mekanisme manjanik mini dalam gerak lambat
  Video jenis manjanik lengan ambang

Catatan terawal mengenai manjanik berpengimbang, yang lebih kuat daripada manjanik tarikan, muncul dalam karya sejarawah Bizantium abad ke-12, Niketas Choniates. Niketas mendeskripsikan sebuah manjanik yang digunakan Andronikos I Komnenos (yang kemudian menjadi Maharaja Bizantium), pada pengepungan Zevgminon tahun 1165. Manjanik tersebut dilengkapi oleh mesin kerek yang tidak ditemui dalam jenis manjanik sebelumnya.[4]

Kemajuan perkembangan manjanik dalam bidang senjata ketenteraan untuk pertama kalinya tersurat dalam catatan sejarah mengenai peristiwa pengepungan kedua Sur tahun 1124, saat pasukan perang salib mengatakan penggunaan "manjanik besar".[5] Pada tahun 1120–30-an, penggunaan manjanik berpengimbang tersebar tidak hanya pada negara-negara Perang Salib, namun juga wilayah barat hingga Kerajaan Sisilia Normandia dan ke timur hingga Dinasti Seljuk. Penggunaan artileri janaan tenaga graviti mencapai puncaknya pada abad ke-12 selama pengepungan Acre (1189–91) yang mana Raja Richard I dari England dan Philip II dari Perancis bergumul mempertahankan kota tersebut dari pasukan Salahuddin.[6]

Bukti gambar mengenai manjanik berpengimbang pada abad ke-12 berasal dari sarjana Muslim, Mardi bin Ali al-Tarsusi, yang menulis buku panduan tentera untuk Salahuddin Ayyubi sekitar tahun 1187.[6][7] Ia menjelaskan suatu manjanik hibrida yang dikatakannya memiliki kekuatan lontaran yang setara dengan manjanik tarikan yang ditarik oleh lima puluh orang sekaligus kerana "gaya konstan [dari graviti], yang berbeza dengan kekuatan tarikan manusia." (dengan menunjukkan kemahirannya dalam mekanik, Tarsusi merancang manjaniknya dengan dilengkapi busur silang, kemungkinan untuk melindungi operatornya dari serangan.)[8] Beliau menulis bahawa "manjanik merupakan mesin yang diciptakan oleh para kafir" (Al-Tarsusi, Bodleian MS 264). Ini menunjukkan bahawa pada masa Salahuddin, kaum Muslim mempelajari mesin-mesin berpemberat, namun tidak menganggap bahawa merekalah yang pertama kali menciptakan mesin-mesin tersebut.

Selama Perang Salib, Philip II dari Perancis menamakan dua manjanik yang digunakan dalam Pengepungan Acre tahun 1191 dengan nama "Pelontar Batu Milik Tuhan" dan "Tetangga yang Buruk."[9] Selama pengepungan Istana Stirling tahun 1304, Edward Longshanks memerintahkan para insinyurnya untuk menciptakan manjanik raksasa bagi pasukan Inggeris, yang dinamai "Warwolf". Jangkauan dan ukuran senjata tersebut bervariasi. Tahun 1421, Charles VII dari Perancis mengkomisikan sebuah manjanik (coyllar) yang mampu melontarkan sebuah batu seberat 800 kg, sementara tahun 1188 di Ashyun, batu sampai seberat 1,500 kg digunakan. Berat rata-rata projektil yang digunakan berkisar antara 50–100 kg, dengan jangkauan lontaran sekitar 300 meter. Banyaknya tembakan yang dihasilkan merupakan hal penting: pada pengepungan Lisbon (1147), dua manjanik mampu melontarkan batu tiap 15 detik. Jenazah manusia juga dapat digunakan dalam kesempatan tertentu. Sebagai contoh, tahun 1422, Pangeran Korybut dalam pengepungan Istana Karlštejn menembakkan tubuh manusia dan pupuk ke arah dinding pertahanan musuh, kemungkinan besar untuk menyebarkan infeksi terhadap para musuh yang bertahan. Manjanik berukuran besar membutuhkan kayu dalam jumlah sangat banyak. Pada pengepungan Damietta tahun 1249, Louis IX dari Perancis mampu membangun dinding pertahanan bagi seluruh perkemahan tentara Perang Salib dengan menggunakan kayu dari 24 manjanik Mesir yang dirampas.

Manjanik berpengimbang tidak disebutkan dalam catatan sejarah Cina sampai sekitar tahun 1268, saat pasukan Mongol mengepung kota Fancheng dan Xiangyang. Pada pengepungan Fancheng dan Xiangyang, pasukan Mongol yang tidak mampu menaklukkan kota tersebut memanggil dua ahli mesin dari Persia untuk membuat manjanik berpengimbang dan kemudian berhasil menggempur kota tersebut. Alat penggempur tersebut oleh sejarawan Cina disebut Huihui Pao (回回砲)("huihui" berarti Muslim) atau Xiangyang Pao (襄陽砲), kerana pertama kali disaksikan dalam pertempuran tersebut. Penelitian terkini oleh Paul E. Chevedden mengindikasikan bahawa hui-hui pao tersebut sebenarnya berdasarkan rancangan dari Eropah, sebuah mesin dengan pemberat ganda yang diperkenalkan di wilayah Levant (Syam) oleh Maharaja Romawi Suci Frederick II (1210–1250) tidak lama sebelumnya.[10] Sejarawan muslim Rashid-al-Din Hamadani (1247?–1318) menyebutkan dalam sejarah universalnya bahawa manjanik bangsa Mongol tersebut merupakan "manjanik Perancis" atau "manjanik Eropah" ("manjaniq ifranji" atau "manjaniq firanji"):

Sebelumnya tidak ada katapel tempur Perancis di Cathay [i.e. Cina], tetapi Talib, pembuat katapel tempur dari negeri ini, pernah pergi ke Baalbek dan Damaskus, dan para putranya: Abu Bakar, Ibrahim, dan Muhammad, dan para pegawainya membuat tujuh katapel tempur ukuran besar dan mempersiapkannya untuk menggempur kota [Sayan Fu atau Hsiang-yang fu = Xiangfan masa kini].[11]

Sejak bermulanya zaman penggunaan ubat bedil, peran manjanik sebagai mesin kepung beralih ganti oleh meriam. Manjanik masih digunakan dalam pengepungan tertentu seperti di Burgos (1475–1476) dan Rhodos (1480). Salah satu penggunaannya untuk yang terakhir kali tercatat dalam riwayat Hernán Cortés, tepatnya tahun 1521 dalam pengepungan ibu kota Aztek, Tenochtitlán. Menurut catatan, manjanik digunakan kerana bekalan mesiu yang terbatas. Usaha tersebut dikatakan gagal kerana projektilnya jatuh mengenai manjanik itu sendiri sehingga alat tersebut hancur.[12]

Rujukan sunting

  1. ^ (Dennis 1998, p. 99)
  2. ^ (John I 597 1:154, ed. Lemerle 1979)
  3. ^ Chevedden 2000, halaman 110
  4. ^ Chevedden 2000, halaman 86
  5. ^ Chevedden 2000, halaman 92
  6. ^ a b Chevedden 2000, halaman 104f.
  7. ^ Bradbury, Jim (1992). The Medieval Siege. The Boydell Press. ISBN 0-85115-312-7.
  8. ^ "Historynet.com". Historynet.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 2010-09-12.
  9. ^ "Historic Trebuchets – Acre 1191", IInet.net.au
  10. ^ "Black Camels and Blazing Bolts: The Bolt-Projecting Trebuchet in the Mamluk Army", Mamluk Studies Review Vol. 8/1, 2004, pp. 227–277 (232f.)
  11. ^ Rashiduddin Fazlullah’s Jamiʻuʾt-tawarikh (Compendium of Chronicles), English translation & annotation by W.M. Thackston, 3 vols., Cambridge, Mass.: Harvard University, Dept. of Near Eastern Languages and Civilizations, 1998–99, 2: 450
  12. ^ Chevedden 1995, halaman 5

Sumber utama

Lihat juga sunting