Marie Smith Jones (14 Mei 1918 – 21 January 2008) ialah penutur terakhir bahasa Eyak yang dituturkan di Southcentral Alaska.[1] Dia dilahirkan di Cordova, Alaska, ketua kehormat Puak Eyak dan merupakan Eyak asli yang terakhir.[2] Dalam sebuah temuvramah tahun 2005, Smith Jones menerangkan bahawa namanya dalam bahasa Eyak ialah Udach' Kuqax*a'a'ch yang katanya diterjemahkan sebagai "suatu bunyi yang memanggil orang dari jauh".[3]

Biografi sunting

Jones mengahwini seorang nelayan, William F. Smith, pada 5 Mei 1948. Walaupun dia dianugerahkan sembilan orang anak dengan Smith, anak-anaknya tidak belajar bahasa Eyak atas sebab stigma sosial yang dikaitkan dengannya pada waktu itu. Dia berpindah ke Anchorage sekitar 1970-an. Dia bekerjasama dengan seorang ahli bahasa, Michael E. Krauss, yang membuat sebuah kamus dan tatabahasa untuk bahasa Eyak supaya bahasa itu dapat terus hidup.[4] Saudara kandung terakhirnya meninggal dunia sekitar penghujung 1990-an. Marie kemudiannya bergiat aktif dalam politik, dan dia pernah berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebanyak dua kali berkenaan keamanan dan bahasa pribumi. Dia juga aktif dalam hal-hal Indian berkaitan alam sekitar.[2] Marie mengalami masalah alkoholisme semasa mudanya, namun berhenti minum minuman keras semasa berusia 50-an;[2] dia seorang perokok tegar sehingga ke akhir hayatnya.[5] Dia mati atas sebab semula jadi pada 21 Januari 2008 pada usia 89 tahun di rumahnya di Anchorage.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Marie Smith". The Economist. 7 Februari 2008. Dicapai pada 2011-01-19. Marie Smith, the last speaker of the Eyak language, died on January 21st, aged 89 Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ a b c d "Last full-blooded Eyak and fluent speaker of native Alaskan language, dies". Associated Press. 5 Januari 2008. Dicapai pada 2011-01-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Elizabeth Kolbert, "Last Words", The New Yorker, 6 Jun 2005.
  4. ^ "How Do You Learn a Dead Language?", Christine Cyr, Slate, 28 Januari 2008
  5. ^ "Last Alaska language speaker dies", BBC News, 24 Januari 2008.

Pautan luar sunting