Datin Paduka Marina binti Mahathir (lahir 11 Mei 1957) ialah seorang aktivis sosial Malaysia.[1] Beliau mendapat gelaran Datin Paduka apabila beliau menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor daripada Sultan Selangor pada tahun 1997.[1]


Marina Mahathir

Kelahiran (1957-05-11) 11 Mei 1957 (umur 66)
PekerjaanAktivis, kolumnis
Terkenal keranaSIS
PasanganTara Sosrowardoyo (k. 1998)
Anak-anak3
IbuSiti Hasmah Mohamad Ali
BapaMahathir Mohamad
SaudaraMirzan (Adik)
Melinda (Adik)
Mokhzani (Adik)
Mukhriz (Adik)
Maizura (Adik)
Mazhar (Adik)

Pada 5 Oktober 2010, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganugerahi gelaran "Tokoh Sepanjang Tahun 2010" kepada beliau atas kegigihannya memperjuangkan hak kaum wanita, dan sentiasa lantang dalam kempennya berkaitan kesedaran terhadap HIV dan AIDS.[2]

Kehidupan sunting

Beliau membesar di Alor Star, Kedah dan berkelulusan dari Universiti Sussex, Britain.

Marina merupakan anak sulung kepada pasangan Perdana Menteri Malaysia yang Ke-4 dan Ke-7, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang kini juga baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihanraya Malaysia yang ke-14. Adiknya Dato' Mokhzani Mahathir adalah seorang ahli perniagaan yang disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes, juga merupakan bekas ahli UMNO cawangan Sungai Layar. Adiknya Datuk Mukhriz Mahathir Ahli Parlimen Jerlun, dilantik sebagai Menteri Besar Kedah semula pada 11 Mei 2018. Terdahulu, Datuk Mukhriz diletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada 2016.

Marina pernah berkahwin dengan lelaki Perancis dan mendapat anak perempuan sulung, Ineza, yang kini belajar di Universiti Melbourne. Setelah berkenalan pada 1993, Marina berkahwin dengan Tara Sosrowardoyo, seorang jurufoto profesional pada 7 Jun 1998 dan mendapat dua anak. Anak lelaki, Haga Tara belajar di Jakarta manakala anak bongsu perempuannya, Sharistal Maryada Sosrowardoyo di Tahun Satu, Kuala Lumpur.[3]

Beliau mempunyai syarikat penerbitan, Mosaique (bahasa Perancis) yang antara lain menerbitkan buku-buku meja kopi, kraf tangan dan buku ensiklopedia Malaysia.

Sumbangan sunting

Pembela mangsa HIV/ AIDS sunting

Beliau merupakan bekas Presiden Majlis AIDS Malaysia [4]- sebuah badan payung 40 buah NGO yang membantu mangsa HIV / AIDS di Malaysia - peranan yang dipegangnya selama 12 tahun dari 1993 hingga 2005.Beliau mencadangkan kerajaan menyediakan rawatan anti-viral secara percuma untuk rakyat Malaysia yang mengidap HIV. Jarum suntikan dan kondom diberi kepada penagih dadah mulai Januari 2005 agar mencegah mereka daripada HIV/AIDS (ODHA).Ubat generik melibatkan rundingan antara Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pada 2003, Dr. Nafis Sadik pernah berpesan kepada ahli agama supaya tidak mengutuk dan mengeji mereka yang dijangkiti HIV tetapi mendekati mereka dengan kasih sayang dan persaudaraan.

Menentang keganasan terhadap wanita sunting

Beliau kini merupakan ahli Lembaga Sisters in Islam (SIS), kumpulan yang berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan bagi wanita Islam[perlu rujukan].

Sebagai blogger, pandangan beliau dikemukakan disiarkan setiap dua minggu, Musings, The Star; menghasilkan program TV untuk wanita muda, menulis dan bercakap secara berkala terhadap isu-isu wanita, terutamanya berkaitan dengan Islam, gender dan HIV / AIDS.

Beliau dan Zainah Anwar merupakan satu-satunya rakyat Malaysia dalam "100 Suara Wanita", senarai 100 orang yang paling memberi inspirasi untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia oleh 'Women Deliver' yang berpusat di New York.[5]

Beliau melancarkan kempen “Lelaki Menentang Keganasan” - satu pergerakan global di mana ramai lelaki di seluruh dunia membuat perjanjian untuk tidak melakukan, memaafkan atau berdiam diri mengenai keganasan terhadap wanita dan gadis.[6] Dalam persidangan mengenai agama, kepercayaan dan hak wanita di Atlanta, Amerika Syarikat , beliau kagum mendengar tentang usaha pemimpin Islam dan Kristian di beberapa negara di Afrika untuk memerangi keganasan terhadap wanita. Di Senegal,imam bekerja dengan pertubuhan Tostan berjaya memujuk lebih 4,000 kampung menghentikan tradisi menyunat wanita yang mengakibatkan banyak masalah kesihatan termasuk HIV dan kematian.[7] Rekod polis dari 1994-2011 terdapat 3000 laporan keganasan rumah tangga di Malaysia.Keganasan terhadap wanita boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan bangsa.

Anugerah sunting

Tokoh Sepanjang Tahun 2010 sunting

Pada 25 Oktober 2010, PBB menganugerahi beliau 'Tokoh Sepanjang Tahun 2010'. Residen Perwakilan bagi Program Pembangunan PBB (UNDP) dan Penyelaras Residen PBB di Malaysia, Kamal Malhotra menyatakan bahawa Marina banyak menulis artikel yang berkaitan dengan prinsip, kesamaan gender, wanita, Undang-undang Syariah, kepelbagaian kebudayaan, diskriminasi terhadap wanita Islam serta lain-lain isu yang berkaitan, dan membentangkannya di persidangan-persidangan peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Anugerah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun ke-65 PBB yang diadakan di Hotel Renaissance , Kuala Lumpur. Marina tidak hadir mengikuti majlis Sisters in Islam (SIS) di Barcelona, Sepanyol. Sementara itu, stesen televisyen swasta milik Media Prima, TV3 menerima Anugerah Serantau Hari Penyiaran Kanak-kanak Antarabangsa (ICDB) Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) bagi rantau Asia Timur dan Pasifik 2010.Rancangan dokumentarinya "Terubuk Masin untuk Perdana Menteri" dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerima anugerah bagi kategori radio menerusi satu program TraXX FM bertajuk 'Listen Up!'[8]

Penulisan sunting

  1. 50 days : rantings ,ZI Publications Sdn. Bhd, 2009.
  2. Hidden voices : true Malaysian experience of AIDS , bersama Wan Zawawi Ibrahim,,Malaysian Aids Councils, 1999.
  3. Suara-Suara terpendam : pengalaman sebenar AIDS di Malaysia ,Suntingan bersama oleh Marina Mahathir dan Zawawi Ibrahim ,Majlis AIDS Malaysia, 1999.
  4. In liberal doses , Star Publications, 1997.
  5. Eyes : a photographic journey through the Association of Southeast Asian Nations. ,Eyes on Asian, 1993.
  6. Telling It Straight, EDM Pte Ltd,2012

Kehidupan peribadi sunting

Pada 7 Jun 1998 Marina berkahwin dengan Tara Sosrowardoyo, jurugambar terkenal Indonesia. Pasangan ini dikurniakan dua anak.[9][10]

Filemografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Biodata of Datin Paduka Marina Mahathir". Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  2. ^ Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)menganugerahi gelaran 'Tokoh Sepanjang Tahun 2010' kepada Datin Paduka Marina Tun Mahathir
  3. ^ Tara loyal to his calling
  4. ^ ``AIDS bukan isu saya saja
  5. ^ 100 memorable Malaysian Women - Part 3
  6. ^ Dera wanita: Lelaki perlu suarakan bantahan
  7. ^ Lelaki perlu menentang keganasan ke atas wanita
  8. ^ Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)menganugerahi gelaran 'Tokoh Sepanjang Tahun 2010' kepada Datin Paduka Marina Tun Mahathir terhadap kegigihannya memperjuangkan hak kaum wanita, dan sentiasa lantang dalam kempennya berkaitan kesedaran terhadap HIV dan AIDS.
  9. ^ PASSAGE Diarkibkan 2011-06-15 di Wayback Machine. Asiaweek (16 July 1999)
  10. ^ Tara Sosrowardoyo (b. 1953, New York City). artsasia.com.my

Pautan luar sunting