Marina Yusof

(Dilencongkan dari Marina Yusoff)

Datuk Hajjah Marina bt Mohd Yusoff adalah ahli politik wanita UMNO/Barisan Nasional di Malaysia. Beliau adalah bekas masjistret, peguam di pejabat Peguam Negara dan usahawan yang berjaya. Antara kejayaannya ialah membina projek perumahan di Sri Manjung dan Menara Marinara di Kuala Lumpur.

Keluarga sunting

Anaknya pelakon popular Ida Nerina bt Hussain dan Malique Razak bin Hussain. Ida pernah membintangi filem seperti Sepet dan Gubra. Ida Nerina cedera tulang belakang dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Dia sedang menjalani terapi intensif bagi memulihkan kesihatannya.[1] Anaknya yang lain ialah Nasruddin, Kazman, Marina dan Selina.

Marina bercerai dengan suami pertama ketika umur Ida Nerina kira-kira empat. Marina berkahwin dengan suami pertamanya pada usia 19 tahun dan mempunyai 3 kanak-kanak -. Ida, Nasruddin dan Malique . Mereka kemudian bercerai dan pada tahun 1975, beliau berkahwin sekali lagi dan mempunyai dua lagi kanak-kanak, Kazman anak lelaki dan seorang anak perempuan Selina, yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 1991). [2] Marina Yusoff telah membalas surat menjawab kritikan wartawan berhubung kegiatan dan kematian anaknya Selina.

Politik UMNO sunting

Marina Yusoff pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO dari 1972 hingga 1974, dan kemudian meletak jawatan dari parti UMNO pada tahun 1989 ekoran pengharaman UMNO. Kemudian beliau menjadi Naib Presiden Parti Semangat 46. Pada 1993 beliau menyertai UMNO semula.

Pada tahun 1999, beliau dipilih sebagai Naib Presiden parti yang baru ditubuhkan Parti Keadilan Nasional (kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003 untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat.) Beliau meletakkan jawatan daripada jawatan itu pada tahun 2000 dengan alasan kesihatan dan ingin menumpukan perhatian kepada pembangunan hartanah.


Parti Keadilan Nasional sunting

Pada 1999, beliau menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah Wan Ismail menubuhkan Parti Keadilan Nasional. Beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden . Ketika ini beliau begitu lantang tentang isu keadilan dan perkauman.

Selaku peguam , Marina tidak setuju dengan tindakan menukar istilah 'concurrent' (serentak) kepada 'consecutive' (berturutan) terhadap hukuman penjara yang dihadapi oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris. Pada pertengahan 1970-an, Harun Idris amat popular hingga mungkin menjadi calon Perdana Menteri.

Marina Yusoff juga membantah ugutan Dr Mahathir Mohamad bahawa sekiranya Barisan Nasional tidak memenangi Pilihanraya 1999, akan berlaku tumpahan darah seperti Peristiwa 13 Mei sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan serta satu ancaman keselamatan terhadap negara.

Semasa 13 Mei 1969,Marina Yusoff telah menjadi Peguamcara di Jabatan Amanah Raya. Pada pagi itu,beberapa orang Pemuda UMNO menyuruhnya pulang kerana rusuhan akan berlaku kerana semua pemuda Melayu telah dikerah berhimpun di Kampung Baru, KL.[3] Jadi, pada pendapatnya, punca 13 Mei dimulakan oleh UMNO dan Selangor yang diketuai oleh Dato' Harun Idris.

Pada 9 Oktober 1999, Hishamuddin Tun Hussein telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Mertajam berhubung Marina Yusof membuat kenyataan berunsur hasutan pada 29 September 1999 di Bukit Mertajam. Marina telah ditangkap oleh polis dan didakwa di Mahkamah Sesyen Bukit Mertajam kerana menghasut - berhubung ancaman PM akan berulang 13 Mei. Perbicaraan Marina telah ditetapkan untuk 17 April 2000. Marina Yusof didakwa berdasarkan laporan polis Hishamuddin.

Akhirnya Marina Yusof didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Butterworth dan didenda RM5000 atas ucapan menghasut. Bernama melaporkan , Marina telah didapati bersalah menuduh Umno parti pemerintah telah membangkitkan rusuhan kaum Mei 1969 apabila bercakap kepada penonton Cina di Chang Hua Kong Moral Uplifting Society Hall di Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam pada September 1999. Seksyen 14 (1) (b) Akta Hasutan menetapkan denda maksimum RM 5,000, atau tiga tahun 'penjara atau kedua-duanya.

Marinara sunting

Pada 26 Jun 2005, beliau memaklumkan terpaksa menjual Menara Marinara di Kuala Lumpur kerana terbengkalai sekian lama. Satu ketika , Danaharta Urus Sdn Bhd mahu menuntut hutang daripadanya berjumlah RM122.77 juta dalam bentuk tunai. Jika tidak dibayar, hak miliknya terhadap Menara Marinara di Jalan Tun Razak , setinggi 36 tingkat akan dirampas. Projek itu dimulakan pada 1994 ketika ekonomi Malaysia stabil. Tetapi tahun-tahun 1997-1998 ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara merudum. Projek itu melibatkan Pekeliling Triangle Sdn Bhd.(PTSB) di atas tanah @ 1/2 ekar.

Pada tahun 1999, Menteri Kewangan ,Datuk Daim Dzainuddin telah mengarahkan memindahkan akaun iaitu Pekeliling Triangle Sdn Bhd (PTSB) dan Marina Sdn Bhd (MSB)kepada Danaharta Hartanah Sdn Bhd bagi menyelesaikan permasalahan.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ [www.marinarathetruth.blogspot.com Surat kepada Fadzlur Rahman Ebraheem]
  2. ^ Ida-lising mum
  3. ^ Kenyataan akhbar Marina Yusoff,Naib Presiden Parti Keadilan Nasional , 11 Oktober 1999
  4. ^ Marinara, The Truth[pautan mati kekal]