Martine Le Moignan

Martine Le Moignan (lahir 28 Oktober 1962, di Guernsey) ialah seorang bekas pemain skuasy profesional yang pernah menjadi pemain terkemuka skuasy sekitar era 80-an dan awal 90-an. Dia memenangi Skuasy Terbuka Dunia pada tahun 1989 selepas berjaya menumpaskan Susan Devoy dari New Zealand dalam perlawanan akhir 4-9, 9-4, 10-8, 10-8. Dia juga adalah naib juara Kejohanan Skuasy Terbuka British pada tahun 1985, 1989, dan 1992.

Dalam pertandingan peringkat antarabangsa, Le Moignan mewakili England.