Marwan Yousef Mohamed Rashid Lekrab al-Shehhi (Arab: مروان يوسف محمد رشيد لكراب الشحي‎, Marwān Yūsuf Muḥammad Rashīd Lekrāb ash-Sheḥḥī, juga dialih huruf sebagai Alshehhi[1]) (9 Mei 1978 –11 September 2001) merupakan juruterbang perampas Penerbangan 175 United Airlines, yang menghempaskan kapal terbangnya ke dalam Menara Selatan World Trade Center dalam serangan 11 September 2001.

Marwan al-Shehhi
Kelahiran
Marwan al-Shehhi (bahasa Arab: مروان الشحي)

(1978-05-09)9 Mei 1978
Meninggal dunia11 September 2001(2001-09-11) (umur 23)

Shehhi ialah seorang mahasiswa dari Emiriah Arab Bersatu yang berpindah ke Jerman pada tahun 1996 lalu berkawan akrab dengan Mohamed Atta, Ziad Jarrah dan Ramzi bin al-Shibh, dan menubuhkan sarang Hamburg. Setelah berikrar untuk syahid, mereka berempat menjadi dalang serangan 11 September.

Pada akhir tahun 1999, Shehhi, Atta, Jarrah, dan bin al-Shibh pergi ke kem latihan pengganas di Afghanistan dan bertemu dengan Osama bin Laden yang merekrut mereka berempat untuk serangan ke atas Amerika Syarikat. Shehhi tiba di Amerika Syarikat pada Mei 2000, diikuti oleh Atta sebulan kemudian. Mereka berdua berlatih di Huffman Aviation di Florida, dan menerima lesen juruterbang komersil pada Disember 2000 daripada FAA.

Shehhi menghabiskan sepanjang tahun 2001 dengan membuat persiapan untuk serangan itu, seperti berjumpa dengan para perancang 9/11 yang terpenting, memudahkan ketibaan para perampas yang menaiki penerbangan lain, dan menaiki pesawat pemantau untuk merancang perampasan secara teliti.

Pada 9 September 2001, Shehhi terbang dari Florida ke Boston, lalu berdiam di Milner Hotel sehingga 11 September. Sebaik sahaja menaiki United 175, Shehhi dan empat lagi perampas menunggu 30 minit selepas berlepas untuk membuat serangan, kemudian Shehhi dapat merampas kawalan juruterbang. Maka pada 9:03 pagi, 17 minit selepas Mohamed Atta menghempaskan American 11 ke dalam Menara Utara, Shehhi yang berusia hanya 23 tahun menghempaskan pesawat Boeing 767 itu ke dalam Menara Selatan World Trade Center.[2] Beliau merupakan juruterbang perampas yang termuda dalam serangan berkenaan. Detik hempasan Boeing 767 sebagai United 175 ke dalam Menara Selatan terpancar secara langsung di televisyen seluruh dunia.

Catatan sunting

  1. ^ Alternate forms of his name include Marwan Yusif Muhammad Rashid Al-Shehi, Marwan Yusif Muhammad Rashid Lakrab Al-Shihhi, and others. He was known to have used the alias Abu Abdullah.
  2. ^ "Flight Path Study - United Airlines Flight 175" (PDF). National Transportation Safety Board. 2002-02-19. Dicapai pada 2011-05-24.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting