Masjid Khalid bin al-Walid (Homs)

Masjid Khalid ibn al-Walid (Arab: مسجد خالد ابن الوليد) ialah masjid di Homs, Syria, terletak di sebuah taman di Jalan Hama, Medan ash-Shuhada. Terkenal dengan gaya seni bina Uthmaniyyah, masjid ini dinamakan sempena Khalid bin al-Walid, seorang Sahabat dan panglima tentera Islam yang mengetuai penaklukan Syria pada abad ke-7 M berikutan Pertempuran Yarmuk yang mengakhiri pemerintahan Byzantine di Syria. Makam berkubah Khalid bin al-Walid terletak di sebuah penjuru dewan solat dan sering dizirahi. Dua menara tinggi dan sempit yang dibina dengan baris mendatar batu berwarna hitam dan putih bersilih ganti terletak di sudut barat laut dan timur laut masjid, melambangkan gaya seni bina Islam tradisional wilayah Levant.

Masjid Khalid ibn al-Walid
مسجد خالد ابن الوليد
Masjid Khalid bin al-Walid
Info asas
Lokasi Syria
AgamaIslam
NegeriSyria
WilayahLevant
NegaraSyria
Tahun ditahbiskan1908-1913
StatusAktif
(Mengalami kerosakan akibat perang saudara Syria)
PemimpinEmpayar Uthmaniyyah
Penerangan seni bina
ArkitekAbdallah Ulsun
Jenis seni binaSeni bina Turki
Gaya seni binaSeni bina Uthmaniyyah
Disiapkan padaAbad ke-20
Spesifikasi
Bil. kubahSatu besar dan sembilan kecil
Bil. menara masjid2

Semenjak Julai 2011, Masjid Khalid bin al-Walid menjadi pusat para pemberontak dalam Perang saudara Syria tetapi ditinggalkan pada 27 Julai 2013. Kerajaan Syria menyerang & merosakkan makam Khalid di dalam masjid. Berikutan pengembalian semula oleh kerajaan Syria, media kerajaan Syria telah menunjukkan kerosakan teruk di dalam masjid, termasuk beberapa bahagian telah dibakar, dan pintu kubur itu dimusnahkan.

Seni bina sunting

 
Laman masjid

Gaya masjid ialah gaya Uthmaniyyah: ia merangkumi sebuah laman, dan dinding-dinding "dihiasi baris batu hitam dan putih bersilih ganti", Ablaq.[1][2] Ia dibezakan oleh dua menara tinggi berwarna putih yang mempunyai serambi dibina daripada batu hitam dan putih.[3] Terletak di penjuru barat laut dan timur laut masjid,[4] menara-menara ini mencerminkan gaya seni bina Islam tradisional Levant. Menara-menara dan bingkai-bingkai tingkap dibuat daripada batu kapur putih. Kubah pusat masjid dibuat daripada logam berwarna perak[5] dan memantulkan sinaran matahari.[6][7] Kubah disokong empat tiang besar, dibina dalam gaya ablaq Mamluk. Terdapat sembilan kubah kecil selain kubah pusat.

Dewan solat besar membentuk kawasan dalaman. Dinding-dinding dibina dengan batu basalt, bahan binaan yang mudah didapati di Homs. Makam Khalid bin al-Walid RA terletak di satu penjuru.[1][8][2]. Makam Khalid mempunyai kubah berhias rumit dan bahagian dalaman yang menggambarkan lebih daripada 50 kemenangan pertempuran yang beliau ketuai.[9][10][11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mannheim, 2001, p. 205. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Mannheim" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b "Lonely Planet review for Khaled ibn al-Walid Mosque". Lonely Planet. Dicapai pada 8 October 2012.
  3. ^ Homs, Syria "Nomes, Syria" Check |url= value (bantuan). Atlas Tours. Dicapai pada 8 October 2012.
  4. ^ Akram, 2006, p. 480
  5. ^ Ham, 2009, p. 484
  6. ^ Skinner, 2004, p. 153.
  7. ^ "Homs". Homsonline. Dicapai pada 8 October 2012.
  8. ^ Akram 2004, halaman 501
  9. ^ Akram 2004, halaman 494
  10. ^ "Homs, Hums, Emesa". ArchNet Digital Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-05. Dicapai pada 8 September 2012.
  11. ^ Jess, 2010, p.121.

Bibliografi sunting

Templat:Masjid di Syria