Di dalam siri manga/anime Death Note (ditulis oleh Tsugumi Ohba, dilukis oleh Takeshi Obata), Mata Shinigami adalah keupayaan shinigami untuk melihat nama serta masa ajal manusia. Ryuk (pemilik asal Nota Maut Light), shinigami menggunakan mata tersebut untuk mengetahui nama manusia dan membunuh mereka untuk menambah baki jangka hayat mangsa kepada jangka hayat shinigami tersebut sendiri. Contohnya, apabila jangka hayat seorang manusia ialah 40 tahun dan dia dibunuh pada usia 40 tahun, baki 20 tahun tersebut ditambah pada jangka hayat shinigami tersebut. Ia dilakukan kerana walaupun shinigami adalah "Dewa Maut", mereka juga mempunyai jangka hayat tersendiri dan boleh mati secara semulajadi seperti manusia biasa.

Misa Amane dengan Mata Shinigami

Bagaimana Mata Shinigami berfungsi sunting

 
Nama dan jangka hayat Light Yagami dapat dilihat melalui Mata Shinigami

Templat:Spoiler Melalui Mata Shinigami, manusia (dan/atau semestinya shinigami) berupaya melihat nama serta jangka hayat seseorang hanya dengan melihat wajahnya sahaja. Syarat utama penggunaan Mata Shinigami ialah wajah orang tersebut mestilah kelihatan, jika tidak nama dan jangka hayatnya tidak akan ditunjukkan. Nama dan jangka hayat juga tidak akan kelihatan jika wajah orang yang dilihat sudah ditutup.

Walau bagaimanapun, jika wajah orang tersebut hanya tertutup sebahagian sahaja, pengguna Mata Shinigami masih berupaya melihat nama dan jangka hayatnya kerana yang paling penting ialah mata orang tersebut mestilah kelihatan, oleh itu sekiranya mata orang yang ingin dilihat sudah ditutup, nama dan jangka hayatnya tidak akan kelihatan. Nama dan jangka hayat juga tidak akan kelihatan jika orang yang ingin dilihat itu sedang memakai cermin mata hitam.

Hanya manusia yang memiliki Nota Maut sahaja yang boleh memiliki Mata Shinigami. Dengan memiliki Nota Maut, jangka hayatnya disekat, bermaksud jangka hayat pemilik Nota Maut tidak akan dapat dilihat melalui Mata Shinigami. Oleh itu, sekiranya pemilik Nota Maut melihat melalui cermin, dia hanya dapat melihat namanya tetapi tidak dapat melihat jangka hayatnya. Sifat tersebut membolehkan Misa Amane menemui Light di celah kerumunan orang ramai, serta membolehkan Teru Mikami mencari siapakah Kira semasa berada di sebuah gudang.

Mata Shinigami hanya berfungsi apabila wajah sebenar mangsa kelihatan, termasuklah melalui tingkap, cermin, televisyen dan gambar foto. Gambar lukisan tidak dianggap sebagai wajah sebenar walau setepat mana lukisan tersebut. Templat:Endspoiler

Mengenai baki jangka hayat sunting

Baki jangka hayat yang kelihatan melalui Mata Shinigami adalah dalam unit masa Dunia Shinigami. Walau bagaimanapun, pemilik Mata Shinigami secara automatik dapat memahami kiraan masa dalam unit Dunia Shinigami serta dapat mentafsirkannya kepada unit masa dunia manusia.

Bagaimana manusia memperoleh mata tersebut sunting

Manusia tidak dilahirkan dengan mata tersebut memandangkan ia adalah milik shinigami. Walau bagaimanapun, manusia yang memiliki Nota Maut boleh memilikinya dengan membuat tawaran dengan pemilik asal Nota Maut tersebut iaitu shinigami, dengan mengorbankan separuh daripada baki jangka hayatnya. Misalnya, jika jangka hayat seorang manusia ialah 70 tahun dan tawaran dibuat pada usia 20 tahun, dia akan kehilangan jangka hayatnya sebanyak 25 tahun (1/2 x 50 tahun = 25 tahun).

Komplikasi tawaran sunting

Tawaran boleh dibuat selagi seseorang manusia memiliki Nota Maut. Maklumat tawaran tersebut tidak akan disertakan melainkan Nota Maut menjadi kepunyaan manusia. Walaupun mata tersebut akan hilang jika hak milik nota tersebut dilepaskan, jangka hayat yang dikurangkan tidak boleh dikembalikan. Walaupun hak milik sudah dikembalikan, pemilik perlu membuat tawaran tersebut sekali lagi, meninggalkan baki jangka hayat kepada suku sahaja. Selepas itu, pemilik mungkin tidak akan dapat mengingati semua nama dan jangka hayat yang pernah dilihat kerana kesilapan manusia. Inilah yang berlaku kepada Misa Amane apabila dia cuba mengingati nama sebenar L, mengatakan dia "melihat terlalu banyak nama dan masa ajal sehingga terlupa nama sebenarnya..." Malah, jangka hayat adalah dalam unit masa Dunia Shinigami dan perlu ditukarkan kepada unit masa manusia.

Watak yang ditawarkan Mata Shinigami sunting

6 orang pernah ditawarkan Mata Shinigami: Light Yagami, Misa Amane, Kyosuke Higuchi, Kal Snyder, Soichiro Yagami dan Teru Mikami. Light menolak sepenuhnya tawaran tersebut walaupun berkali-kali dipujuk oleh Ryuk, dan Misa membuat tawaran sebanyak 2 kali iaitu dengan Rem dan diikuti dengan Ryuk. Kal Snyder dipaksa membuat tawaran oleh Mello, dan Soichiro membuatnya dengan Ryuk untuk melihat nama sebenar Mello. Dalam jilid 7 L menemui kewujudan tawaran Mata Shinigami melalui beberapa petunjuk semasa penyiasatan. Jika dia cuma mengesahkan secara terperinci mengenai tawaran tersebut, dia diberitahu bahawa ia hanya boleh diberitahu oleh pemilik Nota Maut. Juga, Tota Matsuda, Aizawa, Mogi dan Ide juga mengetahui tawaran tersebut kerana Ryuk memberitahu mereka semasa mereka memiliki Nota Maut dalam jilid 9.

Jangka hayat Misa Amane sunting

Templat:Spoiler Masalah timbul apabila Misa Amane membuat tawaran tersebut; walaupun dia meninggalkan baki jangka hayatnya kepada suku dengan membuat tawaran sebanyak 2 kali, jangka hayat shinigami ditambah kepadanya sebanyak 2 kali: Jealous dan Rem. Menurut Rem, apabila shinigami menyelamatkan seseorang manusia dengan membunuh bakal pembunuhnya, shinigami tersebut akan mati jan jasadnya bertukar menjadi debu berupa pasir. Hal ini berlaku kerana bertentangan dengan tugas shinigami untuk mengambil nyawa.

Sebaik sahaja shinigami tersebut mati, jangka hayatnya ditambah kepada manusia yang diselamatkannya. Cara tersebut hanya berkesan jika shinigami tersebut menyayangi manusia yang diselamatkannya. Jealous dan Rem melakukannya; Jealous menyelamatkannya daripada ancaman pembunuh, manakala Rem menyelamatkan Misa daripada hukuman mati dengan membunuh L, Watari, dan mungkin juga orang lain yang terlibat dalam hukuman mati terhadap Misa. Walau bagaimanapun, menurut jilid How to Read 13, Misa membunuh diri selepas mendapat tahu kematian Light. Templat:Endspoiler