Kumpulan Mawaddah merupakan nama umum bagi kumpulan nasyid (seperti satu francais). Pada asasnya, ia terdiri daripada 3 kumpulan nasyid iaitu kumpulan kanak-kanak, kumpulan wanita dan lelaki yang digelar Mawaddah Kecil, Mawaddah Putera dan Mawaddah Puteri. Selain itu, setiap negara mempunyai kumpulan-kumpulan Mawaddah tersendiri, contohnya Mawaddah Malaysia, Mawaddah Thailand, Mawaddah Indonesia, Mawaddah Australia dan beberapa negara lagi. Lagu-lagu mereka kebanyakannya lagu-lagu sufi.

Mawaddah
Kulit album Peribadi Contoh oleh Mawaddah
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2000-an
Syarikat rakaman
Mawaddah Production
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Mawaddah Puteri Malaysia sunting

Kumpulan Mawaddah Malaysia merupakan kumpulan nasyid wanita yang berjaya dengan melahirkan hampir 20 buah album hanya dalam masa 3 tahun. Album mereka turut dipasarkan ke Brunei, Indonesia, Thailand, Australia, Jordan, Syria serta Perancis. Ternyata album mereka nyata mendapat sambutan apabila berjaya menjual hampir 10,000 unit bagi setiap satu album.[perlu rujukan]

Kekuatan Mawaddah terletak pada kebolehan mereka bermain alat genderang serta memiliki sebuah Akademi Seni Mawaddah sendiri. Berdiri di bawah Mawaddah Production, Mawaddah nyata mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam.[perlu rujukan]

Mereka juga pernah mengadakan persembahan di hadapan Yang di-pertuan Agong pada 2005 serta di hadapan Perdana Menteri Australia ketika itu, John Howard.[perlu rujukan]

Namun setelah timbul beberapa kontroversi, Mawaddah seolah-olah hilang. Laman web mereka pula ditutup malah salah seorang penyanyi utama mereka,Khaulah,melahirkan album solo sendiri iaitu Di Bawah Langit-Mu pada tahun 2007 manakala separuh daripada vokalis utama dan ahli-ahli Mawaddah yang lain menubuhkan kumpulan nasyid baru iaitu Generasi Harapan.[1][sumber tak boleh dipercayai?]

Pada tahun 2010 kumpulan Mawaddah dan Generasi Harapan telah disenaraikan pencalonan awal dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010.[2][sumber tak boleh dipercayai?][3]

Ahli-ahli lelaki Mawaddah yang digelar mawaddah Putera pula menubuhkan kumpulan nasyid Remaja Harapan. Remaja Harapan mempunyai 3 pecahan utama iaitu Remaja Harapan Malaysia, Remaja Harapan Turki dan Remaja Harapan England. Remaja Harapan banyak mengadakan persembahan di antaranya di British Muslim Heritage Center.[4][sumber tak boleh dipercayai?]

Ahli-ahli sunting

Kumpulan Mawaddah dianggotai oleh remaja-remaja yang kesemuanya ialah remaja puteri.

Vokalis:

  • Siti Fatimah Az-Zahra Hj. Ashaari (1987)
  • Khaulah Hj. Ashaari (1986),
  • Ummu Sofwah Hj. Ashaari (1991)
  • Nurul Nadia Ahmad (1983)
  • Helma Zainab Doldiri (1984)
  • Suhaibatul Islamiah Abd. Halim (1984)
  • Salsabila Abd. Halim, (1986)
  • Hanaani Mohd. Johan (1989)

[5]

Pemain alat genderang:

  • Nor Atiqah Adnan dan Siti Fatimah Martin (pemain dram)
  • Nurul Nadwa Solehuddin dan Nor Syuhada' Baharum (pemain konga)
  • Nor Atikah Ahmad dan Nurul Anisah Lutfi (pemain dharbuka (kompang arab))
  • Siti Aminah Zainuddin (pemain djembe)
  • Siti Zulaikha Yunus (pemain bes)
  • Ummu Sulaim Abd. Halim (pemain shaker (penggoncang) dan set)
  • Rabiatul Adawiyah Azman (pemain papan nada)

[perlu rujukan]

Ikhwan Media sunting

Kumpulan yang bernaung di bawah Ikhwan Media adalah seperti berikut.[perlu rujukan]

Diskografi sunting

Album sunting

  • Sayangi Tuhan
  • Takutilah Tuhan
  • Kenalilah Tuhan
  • Hidup Bertuhan
  • Perjuangkan Tuhan
  • Sembahyang Membina Peribadi Agung
  • Cinta Allah, Cinta Rasul, Cinta Sesama
  • Hikmah Haji
  • Anti Dadah - Kembali kepada Tuhan
  • Peribadi Contoh
  • Tsunami Pembawa Mesej dari Tuhan
  • Raya Hanya di Sana
  • Islam Hadhari
  • Luahan Rasa Hatiku
  • Rintihan Cinta
  • Love God

Lagu-lagu sunting

  • Terima Kasih Tuhan
  • Inilah Dia Allah
  • Kalau Tuhan Dikenali
  • Bila Tuhan Tak Ditakuti
  • Rasai kehebatan Tuhan
  • Baiknya Tuhan
  • Bantulah Aku Melawan Nafsu
  • Lau Kunna Na'rifullah
  • Siti Aisyah
  • Remaja
  • Syu'urul Uluhiyyah
  • Syukura
  • Rintihan Cinta
  • Untukmu Rasulullah
  • Ku Pinta Redha-Mu
  • Ingatlah Kematian
  • Peranan Nafsu
  • Doa Buat Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ Studiokini (3 Julai 2014). "Generasi Harapan Terbit Album Ramadhan & Syawal". STUDIOKINI. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-19. Dicapai pada 20 Februari 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ abpbh2010 (4 Disember 2010). "FINE turut tercalon dalam pencalonan awal ABPBH 2010". ABPBH 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2015. Dicapai pada 20 Februari 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Aizat Ikhwan (27 November 2010). "Penasyid Lama Dan Baru Tercalon pada ABPBH 2010". Munsyeed. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-19. Dicapai pada 20 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ farok313 (18 September 2012). "Remaja Harapan England". farok313.blogspot.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-19. Dicapai pada 20 Februari 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Abd. Aziz Itar (22 April 2005). "Jual album hingga ke Asia Barat - MAWADDAH". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-19. Dicapai pada 20 November 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting