Maxis Communications Berhad

Maxis Berhad (didaftarkan sebagai Maxis) merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia, selain daripada syarikat CelcomDigi. Syarikat ini mempunyai 8 juta pelanggan pada tahun 2006. Maxis mengendalikan talian 012, 017 dan 0142.[1][2][3][4][5]. Jaringan Internet mencapai dari Bandar Arau (Perlis) sampai ke kampung Long Pasia (Sabah).

Maxis Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
Didagangkan sebagaiMYX: 6012
ISINMYL6012OO008
IndustriTelekomunikasi
Ditubuhkan1993; 31 tahun yang lalu (1993) (Disenaraikan pada tahun 2009)
PengasasAnanda Krishnan
Ibu pejabatMenara Maxis, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanAsia (tidak termasuk Korea Utara dan Nepal), Timur Tengah dan Afrika Utara, Amerika Selatan (termasuk Peru dan Chile)
Tokoh penting
Bilangan kakitangan3,748+ (2021)
Syarikat indukUsaha Tegas
Anak syarikat
  • Advanced Wireless Technologies Sdn Bhd
  • Maxis Broadband Sdn Bhd
  • Maxis Mobile Sdn Bhd
Tapak webhttps://www.maxis.com.my/
Facebook: maxis Twitter: MaxisListens Instagram: maxis LinkedIn: maxis Youtube: UCEyMBWgXwz8ifr-0JBa4LUw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Binariang Sdn. Bhd., yang memiliki Maxis Mobile (GSM 900) dan juga MEASAT I, II dan III (bahasa Inggeris Dan Mandarin Dan Tamil: Malaysia East Asia Satellite) merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan rangkaian penuh. Setakat ini, MEASAT digunakan terutamanya untuk membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH di bawah perkhidmatan Penyiaran Astro Measat, anak syarikatnya. Ia juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara-negara yang masih belum memiliki satelit.

Binariang telahpun secara agresifnya membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan penempatan baru dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat membuka pasaran telekomunikasi di kawasan penempatan baru serta zon perniagaan. Namun demikian Binariang telahpun mengalami krisis kewangan yang teruk.

Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju perniagaannya kepada perkhidmatan bimbit yang lebih lumayan, Binariang telah membuat keputusan untuk memberhentikan sebanyak 400 pekerjanya daripada Astro dan 300 lagi daripada bahagian rangkaian perkhidmatan tetap.

Pemiliknya, Ananda Krishnan, memegang 22% saham, manakala majoriti saham dimiliki oleh Usaha Tegas, sebuah syarikat yang dimiliki bersama Ananda dan Tabung Amanah Tun Fuad Stephens akan dikawal kepada Hutchison Asia Telecom Group/CK Hutchison Holdings dan digabungkan oleh Yes.

Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. SingTel dan China Mobile dipercayai telah memperolehi baki 61% saham, iaitu sebanyak RM1.4 bilion yang dibenarkan untuk pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku adalah British Telecom (BT) membayar sebanyak RM1.8 bilion untuk memperolehi hanya satu pertiga ekuiti syarikat Binariang.

Kini Binariang Sdn. Bhd. dikenali sebagai Maxis Communications Berhad yg diterajui oleh Dato' Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO). Ibu pejabatnya terletak di Menara Maxis, bersebelahan dengan Menara KLCC.

Pada 2002, Maxis telah mengambil alih Timecel seterusnya menggunakan talian 017.

Produk dan perkhidmatan sunting

Maxis menawarkan pelbagai keluaran dan perkhidmatan telekomunikasi kepada penduduk Malaysia, seperti pelan panggilan prabayar (Hotlink), pelan langganan bulanan, perantauan global, MMS, WAP (dalam sistem GSM dan GPRS), perkhidmatan talian tetap perumahan, Internet jalur lebar, dan sperti pada awal 2005, perkhidmatan 3G bagi pelanggan prabayar dan pascabayar.

Bagi pelanggan perniagaan, Maxis menawarkan perkhidmatan VSAT (komunikasi berasaskan satelit) and perkhidmatan mobil berasaskan BlackBerry selain perkhidmatan biasa. Maxis juga menyediakan kedai muzik atas talian bagi semua pelanggannya untuk memuat turun kandungan multimedia.

Perkhidmatan paling popular yang ditawarkan Maxis ialah jenama prabayar Hotlink yang kini dilanggan oleh 6.3 juta orang di Malaysia. Selain tiu mereka juga menawarkan perkhidmatan IDD 132, yang menawarkan panggilan berdiskaun ke talian tetap di negara-negara terpilih pada kadar 20 sen seminit, iaitu pada masa tertentu bagi kebanyakan pelanggan, lebih murah berbanding panggilan tempatan.

Maxis kini terlibat dalam perang harga dengan pesaingnya (Telekom Malaysia, U Mobile dan CelcomDigi) dalam pasaran SIM prabayar yang menyebabkan pek permulaan Hotlinknya menjunam sehingga RM6.

Terdapat ramai selebriti yang menjadi "jurucakap" Maxis, seperti Siti Nurhaliza, bintang-bintang Akademi Fantasia dan ramai lagi.

Maxis 3G sunting

Maxis merasmikan perkhidmatan 3Gnya pada 1 Julai 2005 (perkhidmatan kad data 3G dilancarkan secara kecilan pada bulan Februari 2005). Perkhidmatan 3G ini terdapat dalam kawasan-kawasan terpilih dalam negara sahaja. Kawasan-kawasan liputan utama termasuk:

  • Lembah Klang (merangkumi Kuala Lumpur dan sebahagian besar Selangor) - pelancaran asal pada Julai 2005
  • Pualu Pinang - Dec 2005
  • Johor Bahru - Jan 2006
  • Kuantan - Sept 2006

Maxis kelihatan sedang mengambil strategi "liputan tebal" bagi 3G. Ini bererti perkhidmatan 3G ini hanya dilaksanakan dalam kawasan-kawasan di mana aliran data amat berat, atau kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan strategik (contohnya, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan). Kawasan-kawasan lain dalam negara pula di bawah perkhidmatan 2.5G (GPRS; liputan seluruh negara) yang sedang dinaik taraf secara progresif ke 2.75G (EDGE atau E-GPRS).

Ciri-ciri utama Maxis 3G termasuk:

  • Panggilan video dan mel video
  • Khidmat pengaliran video packet-switched (termasuk saluran siaran langsung, video-on-demand dan muat turun klip video)
  • Pantauan lalulintas (Maxis mengaku mempunyai 50 buah kamera video yang dipasang sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru)
  • Muat turun lagu penuh
  • Kad data 3G

Pada bulan september 2006, Maxis melancarkan 3.5G (HSDPA) sebagai sebahagian perkhidmatan "modem jalur lebar tanpa wayar" yang disasarkan kepada pengguna "pasaran massa/rumah" (dan bukannya pengguna perniagaan). Maxis sedang menaik taraf keseluruhan rangkaian 3G kepada 3.5G secara berperingkat. Seperti pada bulan Disember 2006, seluruh Pulau Pinang, dan sebahagian Lembah Klang, Johor Bahru dan Kuantan sudah diliputi kemudahan 3.5G.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ E-Ling, Liaw (30 April 2007). "Malaysia's Maxis Receives Takeover Bid From Parent". The Wall Street Journal. Dicapai pada 30 April 2007.
  2. ^ "Cara Daftar Paket Internet Smartfren Terbaru 2014". Cek kuota. 5 February 2014. Dicapai pada 5 February 2014.
  3. ^ Azman, Syed (30 April 2007). "UPDATE 5-Malaysian tycoon to buy out telco Maxis". Reuters. Dicapai pada 30 April 2007.[pautan mati kekal][pautan mati kekal]
  4. ^ "Announcement: Cara Daftar Paket Internet Simpati Loop 12GB February 2014". Cek kuota. 5 April 2014. Dicapai pada 5 February 2014.[sumber tak boleh dipercayai?]
  5. ^ Maxis Communications Berhad (MYX: 5051), bursamalaysia.com

Pautan luar sunting