Mazhab Maliki (Arab: مالكية) adalah satu dari empat mazhab fiqh atau hukum Islam dalam Sunni. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afrika Barat. Mazhab ini mempunyai bilangan pengikut ketiga teramai iaitu lebih kurang 15% daripada Muslim.

Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran, hadis, ijma' dan qiyas, Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu sebagai sumber yang kelima. Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat sebagai sunnah hidup memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Kesannya, Hadis yang dikaji oleh mazhab ini agak terhad daripada mazhab yang lain.

Mazhab ini berpegang kepada:

  1. Al-Quran
  2. Hadis Rasulullah yang dikategorikan sah
  3. Ijmak' ahlul Madinah. Kadangkala menolak hadis yang bertentangan atau yang tidak diamalkan oleh ulama Madinah
  4. Qiyas
  5. Istilah

Mazhab ini menjadi panduan hukum Arab Saudi.

Riwayat Hidup Imam Malik Rahimahullah sunting

Nama sebenarnya ialah Malik bin Anas bin Malik bin Amar Al-Harith. Beliau dilahirkan pada tahun 93 Hijrah bersamaan 713 Masihi di Madinah. Datuknya,Malik bin Amar Al-Harith merupakan salah seorang Ulama Tabiin yang terkenal. Moyangnya, Amar Al-Harith merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang sama-sama berjuang menegakan Islam.

Sumbangan Imam Malik Rahimahullah sunting

Imam Malik menghasilkan beberapa buah kitab. Kitab yang termasyhur ialah Kitab Al-Muattok yang berdasarkan dengan hadis-hadis Rasulullah SAW.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting