Mean Girls ialah sebuah filem komedi/drama remaja Amerika Syarikat lakonan Lindsay Lohan, Rachel McAdams dan Jonathan Bennett, dan dikeluarkan oleh Paramount Pictures pada 2004. Ia ditulis oleh Tina Fey dan diarahkan oleh Mark Waters. Ia berdasarkan buku Rosalind Wiseman “Queen Bees And Wannabees” tentang budaya “clique” (klik) di kalangan remaja perempuan di sekolah menengah yang melampaui batas. Topik filem ini agak serius dan dramatik, tetapi Tina Fey menyelitkan unsur-unsur komedi dalam filem ini.

Mean Girls
Poster filem
PengarahMark Waters
Lakon layarTina Fey
BerdasarkanQueen Bees and Wannabes oleh
Rosalind Wiseman
Dihasilkan olehLorne Michaels
DibintangiLindsay Lohan
Rachel McAdams
Lizzy Caplan
Lacey Chabert
Amanda Seyfried
Tina Fey
SinematografiDaryn Okada
Disunting olehWendy Greene Bricmont
Muzik olehRolfe Kent
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
30 April 2004 (2004-04-30)
Masa tayangan
96 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$17 juta[1]
Pecah panggung$129,042,871[1]

Filem ini mendapat sambutan baik oleh penonton dan pengkritik, dan merupakan sebuah filem pecah panggung dengan pungutan $129, 042, 871 di seluruh dunia dan telah mencapai “cult status” sejak itu. Laman Pengkritik “Rotten Tomatoes” memberinya rating 83%.

Plot sunting

Cady Heron (Lindsay Lohan) ialah watak utama dalam filem ini. Cady dibesarkan oleh ibu bapanya, sepasang ahli zoologi, di Afrika selama 16 tahun sebelum mereka terpaksa berpindah ke Evanston, Illinois di Amerika Syarikat. Cady pada mulanya berasa kekok dengan suasana sekolah menengah di Amerika tetapi mula berteman dengan rakan sekelasnya yang agak ganjil, Janis Ian (Lizzy Caplan) dan Damian yang gay, yang mengatakan Cady agak “dalam”.

Mereka berdua memperkenalkan Cady kepada dunia “Clique” di sekolahnya dan memberi amaran tentang kumpulan “Plastics” kumpulan yang paling popular tetapi jahat. Mereka ialah Karen, si Bodoh; Gretchen, ratu gossip dan diketuai oleh Regina George (Rachel McAdams) yang merupakan talam dua muka. Kumpulan Plastics menunjukkan minat terhadap Cady dan mempelawanya makan tengah hari bersama mereka.

Cady mengetahui tentang Buku Bakar (Burn Book) kumpulan Plastik, sebuah buku nota di mana mereka menulis semua keburukan, khabar angin, rahsia, dan gosip buruk tentang guru dan pelajar perempuan lain. Cady juga jatuh cinta dengan Aaron Samuels (Jonathan Bennett), seorang jejaka di kelas Matematiknya tetapi kecewa teruk apabila mengetahui Aaron merupakan bekas teman lelaki Regina, dan apabila Regina mengetahui hal ini, dia mengambil balik Aaron selepas memberitahu Cady dia akan cuba memasangkan mereka berdua.

Cady berpura-pura menjadi sebahagian kumpulan Plastik tetapi meneruskan operasi membalas dendam dengan pertolongan Janis dan Damian. Mereka cuba menggemukkan Regina dengan Calteen Bars yang dikatakan makanan pelangsing. Cady juga cuba memusuhkan sesama Plastik menggunakan hasutan. Semangat Cady untuk menghancurkan Plastics makin naik apabila mengetahui Regina menghancurkan Janis semasa gred kesembilan dengan mengatakan bahawa Janis adalah lesbian kepada rakan-rakan mereka. Cady mula hilang identitinya yang sebenar, apabila dia mula berpakaian dan bergaya seperti kumpulan Plastik, dan mula menjarakkan diri dari Janis dan Damian. Regina yang semakin gemuk disisihkan oleh Gretchen dan Karen dan mereka beralih perhatian kepada “Queen Bee” yang baru, iaitu Cady.

Cady mengadakan parti di rumahnya untuk meraikan populariti barunya dan sengaja tidak menjemput Regina, Janis dan Damian. Namun, di parti itu, Aaron Samuels menolak perasaan Cady terhadapnya kerana dia telah menjadi “klon” Regina. Rahsia Cady juga terbongkar apabila Regina mengetahui Cady telah mensabotaj dirinya.

Regina mengamuk lalu memfotokopi kandungan buku Burn Book lalu keesokannya menyebarkannya di satu sekolah. Regina menuduh Cady, Gretchen dan Karen yang menulis buku ini di hadapan pengetua sekolah. Apabila pelajar sekolah nampak fotokopi Burn Book, satu sekolah mengamuk dan mengadakan rusuhan. Pengetua Duvall dan Cikgu Norbury (Tina Fey) cuba mengawal kerosakan dengan mengadakan bengkel di mana semua pelajar berterus terang sesama sendiri tentang apa yang menyinggung perasaan mereka. Keadaan mula terkawal, tetapi apabila giliran Janis tiba, Regina mengutuknya lesbian. Janis membalas dengan membongkarkan bahawa dia telah merosakkan imej Regina dan kumpulan Plastik dengan bantuan Cady dan mendapat sokongan seluruh sekolah. Regina cuba lari, tetapi Cady megejarnya untuk meminta maaf untuk membendung kerosakan. Di luar sekolah, Regina akhirnya dilanggar bas sekolah.

Cady disisihkan oleh seluruh sekolah yang menuduhnya cuba untuk membunuh Regina, termasuklah kumpulan Plastik, Aaron, Janis dan Damian. Cady cuba untuk menanggung kesalahan untuk Burn Book untuk menjernihkan keadaan. Dia juga menyertai kumpulan Mathletes yang dipandang rendah olehnya untuk meminta maaf terhadap Cikgu Norbury yang dikatakan pengedar dadah dalam Burn Book.

Dalam Pesta Spring Fling, Cady dijadikan permaisuri Spring Fling tetapi dalam ucapannya mengatakan bahawa dia tidak lebih hebat daripada rakan sekelasnya yang lain. Dia mematahkan tiaranya menjadi kepingan lalu membahagikan kepingan itu. Dia juga kembali berkawan dengan Janis dan Damian, bermaafan dengan Aaron yang mula menunjukkan perasaan terhadap Cady, dan berbaik-baik dengan kumpulan Plastik yang telah berpecah.

Setahun kemudian, Regina akhirnya sembuh dan menyertai kumpulan lacrosse untuk menghilangkan kemarahannya. Karen menjadi Weathergirl di sekolahnya, dan Gretchen menyertai “Cool Asians”. Janis ternyata bukan lesbian apabila dia mula berpacaran dengan Kevin. Aaron masuk Universiti tetapi sering berjumpa Cady pada hujung minggu. Cady mengatakan bahawa dirinya telah menjadi manusia sebenar. Dia dan Damian ternampak kumpulan Plastik pelajar Junior lalu mendekati mereka dan kemudiannya dilanggar bas. Ia rupanya hanya imaginasi Cady. Dalam rancangan di sebalik tabir “Mean Girls”, pelakon Daniel Franzese yang melakonkan Damian mengatakan tentang Junior Plastik, “mereka terselamat daripada bas, tetapi mereka masih flat (kemek).

Pelakon sunting

Lagu runut bunyi sunting

Mean Girls: Music from the Motion Picture
Fail:MeanGirlsSoundtrack.jpg
 
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada21 September 2004 (2004-09-21)
TempatAmerika Syarikat  
GenreRock, pop
Panjang97:00  
BahasaBahasa Inggeris  
SyarikatRykodisc
Virgin
PengedarParamount Pictures dan Netflix  
PengarahMark Waters (en)    
PenerbitLorne Michaels (en)    
Kronologi Various Artists
Mean Girls   Mean Girls 2 (en)    
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini
Soundtrack
Markah ulasan
Sumber Taraf
Allmusic       Link

Mean Girls: Music from the Motion Picture dikeluarkan pada September 21, 2004, pada hari yang sama dengan keluaran DVD.

Senarai Lagu sunting

  1. "Dancing with Myself" oleh The Donnas (Generation X cover)
  2. "God Is a DJ" oleh Pink
  3. "Milkshake" oleh Kelis
  4. "Sorry (Don't Ask Me)" oleh All Too Much
  5. "Built This Way" oleh Samantha Ronson
  6. "Rip Her to Shreds" oleh Boomkat (Blondie cover)
  7. "Overdrive" oleh Katy Rose
  8. "One Way or Another" oleh Blondie
  9. "Operate" oleh Peaches
  10. "Misty Canyon" oleh Anjali Bhatia
  11. "Mean Gurl" oleh Gina Rene and Gabriel Rene
  12. "Hated" oleh Nikki Cleary
  13. "Psyché Rock" oleh Pierre Henry
  14. "The Mathlete Rap" oleh Rajiv Surendra
  15. "Jingle Bell Rock"

Lagu yang ada dalam filem tetapi tidak terdapat dalam album ialah single "Pass That Dutch" oleh Missy Elliott, "Naughty Girl" oleh Beyoncé, "Beautiful" oleh Christina Aguilera, "Fire" oleh Joe Budden featuring Busta Rhymes, "At Seventeen" oleh Janis Ian, dan "Halcyon + On + On" oleh Orbital dan "Love's Theme" oleh The Love Unlimited Orchestra.

Lagu skor orchestra dalam filem ini dikarang oleh Rolfe Kent dan diorkestrakan oleh Tony Blondal.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Mean Girls (2004)". Box Office Mojo. Dicapai pada 23 Januari 2010.