Media

saluran storan dan penghantaran maklumat atau data

Media (Jawi: ميديا, juga media penyiaran) merupakan sejenis cara komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan kepada masyarakat, melalui radio, televisyen, suratkhabar, majalah, filem, dan juga internet. Istilah ini telah dicipta pada tahun 1920-an ketika rangkaian radio serta jaringan suratkhabar dan majalah mula boleh didapati dengan mudah di merata tempat.

Internet sunting

Semasa dekad terakhir abad ke-20, kelahiran Internet dan World Wide Web menandakan era baru dalam bidang media, apabila sesiapapun boleh mendapat pendedahan seluas liputan media penyiaran. Untuk pertama kalinya, sesiapa sahaja yang mempunyai laman web boleh 'berucap' kepada 'pendengar' di seluruh dunia, walaupun melayan jumlah trafik yang tinggi masih menelan belanja besar. Akan tetapi, mungkin dengan adanya teknologi rakan-ke-rakan (P2P), kos lebar jalur (bandwidth) akan menurun.

Lihat juga sunting