Artikel ini mengenai bahan kimia yang dipanggil melamina. Istilah "melamina" boleh juga merujuk kepada resin melamina, iaitu plastik yang dibuat daripada melamina and formaldehida.
Melamina[1]
Nama IUPAC 1,3,5-Triazine-2,4,6-triamine
Nama lain 2,4,6-Triamino-s-triazine
Cyanurotriamide
Cyanurotriamine
Cyanuramide
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ECHA InfoCard 100.003.288
  • Nc1nc(N)nc(N)n1
Sifat
C3H6N6
Jisim molar 126.12 g/mol
Rupa bentuk White solid
Ketumpatan 1574 kg/m3
Takat lebur 350 °C (662 °F; 623 K)
Takat didih Sublimes
3.1 g/l (20 °C)
Kecuali sebaliknya dicatatkan, data diberikan untuk
bahan-bahan dalam keadaan piawai
(pada 25 °C, 100 kPa)

Penafian dan rujukan Infobox

Melamina (bahasa Inggeris: Melamine) adalah sebatian bes organik dengan satu sianamida trimer dengan satu tulang belakang 1,3,5-triazina. Formula kimianya adalah C3H6N6, dan ia memiliki nama IUPAC 1,3,5-triazina-2,4,6-triamina. Ia hanya sedikit larut dalam air.

Ahli sains Jerman, Justus von Liebig, merupakan orang pertama yang mensintesis satu sebatian pada tahun 1830an dan memanggilnya melamina. Minat komersial dan sintesis sebatian ini bermula pada tahun 1937. Kini melamina merupakan bahan penting dalam pengeluaran produk sintetik tahan haba di seluruh dunia.[2]

Melamine bergabung dengan asid sianurik untuk membentuk melamina sianurat, boleh mengakibatkan kes keracunan makanan seperti dalam kes keracunan eksport protein China.

Etimologi sunting

Perkataan Jerman Melamin telah digunakan dengan menggabungkan dua produk kimia yang lain: Melam (satu ambilan distilasi daripada ammonium tiosianat) dan Amin. [3][4]

Kegunaan sunting

Melamina digunakan dengan formaldehida untuk membuat resin melamina, plastik tahan haba, dan busa melamina iaitu satu bahan pembersih polimer. Produk akhir termasuk kain, gam, dan pinggan mangkuk. Melamina adalah komponen utama dalam Pigmen Kuning 150, iaitu pewarna dalam dakwat dan plastik.

Melamina juga digunakan sebagai baja tanaman kerana kandungan nitrogennya yang tinggi (lebih kurang 66.5% atau dua pertiga).[5]

Kesihatan sunting

Melamina adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan. Penambahan melamina dalam makanan adalah menyalahi undang-undang Malaysia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.[6]

Kesan melamina secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamina melalui makanan juga boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan dan pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Merck Index, 12th Edition, 5853.
  2. ^ "Soalan lazim mengenai melamina". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-20. Dicapai pada 2008-09-30.
  3. ^ "Melamine. The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition. 2000". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-01. Dicapai pada 2008-09-28.
  4. ^ Bann B. and Miller S.A. (1958) "Melamines and derivatives of melamine". Chemical Reviews, vol.58, 131-172.
  5. ^ Hauck, R.D. (1964). "Nitrification of triazine nitrogen". Fertilizer Nitrogen Sources. 12 (2): 147. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ "Soal Jawab Berkaitan Isu Melamine" (PDF). Dicapai pada 2008-11-04.[pautan mati kekal]