Melissa Indot merupakan seorang penyanyi di Malaysia.

Melissa Indot
Kelahiran4 Mei
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2006 - kini
Syarikat rakaman
Buzzz Sdn. Bhd.

Biografi sunting

Awal hidup sunting

Beliau dilahirkan pada 4 Mei di Malaysia dan membesar di kota London, United Kingdom. Beliau ialah anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau juga merupa piut antara tokoh pengasas utama Kuala Lumpur, Yap Ah Loy melalui keluarga ibu beliau.

Ibu bapanya juga sering memasuki pertandingan nyanyian ketika remaja. Dari situlah agaknya darah seni dalam badan wanita ini mengalir. Beliau mempelajari muzik secara formal, dengan mendapat gred A dalam GCSE. Beliau juga belajar bermain piano sehingga ke Gred 8 dan vokal ke Gred 5. Melissa juga merupakan ketua koir sekolahnya dan dia mengetuai Queenswood Singers serta mengadakan persembahan di Royal Albert Hall pada usia 16 tahun.

Kerjaya muzik awal sunting

Selepas tamat belajar, dia menubuhkan kumpulan Confucius Says bersama seorang rakan dan menandatangani kontrak rakaman bersama label bebas dan kontrak penerbitan bersama Universal Publishing di England. Single pertama mereka, Not In Blue, dikeluarkan pada awal 1997, diikuti single pada musim luruh tahun yang sama.

Eclecticism (2007-?) sunting

Eclecticism ini diterbitkan Buzzz Sdn Bhd dan diedarkan EMI mulai 29 November 2007; album ini tu memuatkan semua lagu ciptaannya termasuk dua lagu bahasa Melayu kecuali dua hasil karya pencipta lain, kesemua lagu tersebut dihasilkan bersama produser Mac Chew, Audi Mok dan Sharon Paul.

Diskografi sunting

  • Eclecticism (2007)

Anugerah sunting

Beliau menjadi penerima trofi Album Inggeris Tempatan Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-15 di Pusat Dagangan Dunia Putra melalui album Eclecticism.

Pautan luar sunting