Membeli-belah dalam talian

Membeli-belah dalam talian atau pembelian dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian kepada peruncit bata dan lepa dan pusat membeli-belah.

Tampilan kedai dalam talian Amazon.com.

Metafora katalog dalam talian juga digunakan sebagai analogi kepada katalog pesanan mel. Semua jenis kedia mempunyai laman sesawang runcit, termasuk juga yang tidak mempunyai kedai fizikal atau katalog cetak. Membeli-belah dalam talian ialah sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).

Kedai sesawang sunting

Istilah "kedai sesawang" juga merujuk kepada tempat perniagaan yang pembangunan laman, pengehosan laman, dan jenis kegiatan berkait laman sesawang yang lain dilakukan. Pembelian dalam talian memperkenalkan cara-cara yang baharu untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan bilangan kakitangan yang diperlukan. Ini merupakan cara yang lebih berkesan untuk menjual produk kepada pembeli dari seluruh pelosok dunia.

Faedah membeli-belah dalam talian sunting

Faedah membeli-belah dalam talian termasuklah:

  1. Kuasa tawar-menawar pengguna yang kini menghayati lebih banyak pilihan;
  2. Kuasa pembekal: Adalah lebih susah untuk pengguna mengurus saluran bukan digital;
  3. Internet mempertingkat pengkomoditian;
  4. Ancaman peserta baharu: Kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu, dengan overhed yang lebih rendah;
  5. Ancaman pengganti produk dan perkhidmatan;
  6. Persaingan antara pesaing: Kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran yang berbeza.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting