Menara Abraj Al Bait

Menara Abraj Al Bait adalah sebuah kompleks bangunan yang terletak di Kota Makkah, Arab Saudi. Setelah siap, menara tertinggi kompleks ini akan menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan antara bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 595 m (1,952 ka). Sementara itu, jika jumlah lantai di ketujuh-tujuh kompleks menara ini dihitung bersama, maka jumlah luas lantainya diperkirakan mencapai 1,450,000 meter persegi (15,600,000 ka2) dan akan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di dunia, mengalahkan Aalsmeer Flower Auction di Aalsmeer, Belanda yang menjadi pemegang rekod hingga saat ini.[2] Projek ini dijangkakan siap pada 2011 dengan luas lantai 15,600,000 kaki persegi (1,450,000 m2).

Koordinat: 21°25′08″N 39°49′35″E / 21.41889°N 39.82639°E / 21.41889; 39.82639

Menara Abraj Al Bait
Final circulation of the Kaaba.jpg
Informasi
Lokasi Makkah, Arab Saudi
Status Dalam pembinaan
Jangka siap 2010
Ketinggian
Antena 595 m (1,952 ka)[1]
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 120
Syarikat
Arkitek Dar Al-Handasah
Kontraktor Saudi Binladin Group

Lokasi menara ini berada di seberang jalan Masjidil Haram, masjid paling suci umat Islam. Menara Abraj Al Bait dibangun untuk menampung para jemaah haji yang semakin banyak datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Perniagaan perhotelan yang semakin lama menjadi berkembang di bandar raya ini juga tidak terlepas dari banyaknya jumaah haji ini. Selain itu, Menara Abraj Al Bait ini juga dirancang untuk mampu menampung jemaah haji sampai dengan 65,000 orang.

Struktur dan pembinaan bangunan sunting

Terdapat tujuh menara dengan satu menara yang dinamakan Hotel Tower memiliki ketinggian diatas 6 menara lainnya yang diperkhususkan untuk pangsapuri (tinggi menara hotel adalah 595 m). Bangunan dibawah tujuh menara ini diisi dengan 4 tingkat pusat membeli-belah, ruang persidangan, dan kemudahan-kemudahan yang lain.

Pembinaan Menara Abraj Al Bait ini dimulai pada tahun 2004, dan secara bertahap-tahap ketujuh menara ini akan diselesaikan dan yang paling terakhir selesai dari ke tujuh menara ini adalah Hotel Tower. Kompleks bangunan ini diperkirakan akan selesai pada tahun 2009 dan biaya pembangunannya dipekirakan anggaran 1.6 bilion dolar AS.

Menara sunting

Menara Tinggi Aras Tahun siap Keadaan
Menara Hotel 601 m (1,972 ka) 95 2010 Siap
Hajar 260 m (850 ka) 48 2009 Siap
ZamZam 260 m (850 ka) 48 2007 Siap
Maqam 250 m (820 ka) 45 2010 Siap
Qibla 250 m (820.2 kaki) 45 2010 Siap
Marwah 240 m (790 ka) 42 2009 Siap
Safa 240 m (790 ka) 42 2009 Siap

Jam sunting

Jam di puncak menara ini dapat dilihat dari seluruh kota Makkah. Dengan diameter 46 meter, ia merupakan jma terbesar di dunia, 5 kali lebih besar dari Big Ben di London. Jam di Cevahir Mall di Istanbul, Turki hanya 36 meter diameter. Kalimah 'Allah' tertulis pada empat sisinya, boleh dilihat pada jarak 25 kilometer. Ia menggunakan 2 juta lampu LED. 21,000 lampu merah dan hijau di puncak menara. Lampu ini akan bercahaya 5 kali menandakan waktu sembahyang.

Ia dibangunkan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud melalui hibah dari Yayasan Raja Abdul Aziz. Menara ini menggunakan kepakaran jurutera Jerman dan Switzerland dan dibangunkan oleh Saudi Binladen Group.[3] Ia menggunakan 250 pekerja mahir muslim.

Jam ini mula beroperasi pada 11 Ogos 2010. Ia diharap sebagai pengganti masa piawai longitud median Greenwich, London, yang terletak pada garisan bujur 0'.[4] Ia diharap dapat menggantikan waktu piawai garisan Meridian Perdana (GMT/GMP) yang berusia 126 tahun iaitu 1884. Persidangan di Doha 2008, menyatakan Mekah adalah titik pusat sebenar bumi.[5]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Supertall