Menara CN ialah sebuah menara komunikasi dan pencerapan di Pusat Bandaraya Toronto, Ontario, Canada. Pada ketinggian 553.33 meter (1,815.4 ka),[4] menara ini siap dibina pada tahun 1976 lalu menjadi struktur bebas tertinggi di dunia dan menara tertinggi di dunia ketika itu. Ia memegang kedua-dua rekod itu selama 34 tahun sehingga siapnya Burj Khalifa dan Menara Canton. Namun demikian, Menara CN kekal sebagai struktur bebas tertinggi di Hemisfera Barat, lambang utama latar langit Toronto, dan satu lambang negara Kanada[5][6] yang menarik lebih dua juta pengunjung dari merata dunia setiap tahun.[7]

Menara CN
منارا سي.عين
CN Tower
Map
Maklumat umum
StatusSiap
Jenispencerapan, telekomunikasi, tarikan, restoran
LokasiToronto, Ontario, Kanada
Pembinaan bermula1972
Disiapkan pada
1976
Maklumat ketinggian
Menara antena553.33 m (1,815.4 ka)
Bumbung457.2 m (1,500.0 ka)
Tingkat teratas446.5 m (1,464.9 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
147 (samaan)
Lif/mesin pengangkat
6
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekJohn Andrews Architect
WZMH Architects
Rujukan
[2][3]

Nama "CN" pada mulanya merujuk kepada syarikat keretapi Canadian National yang membina menara ini. Ekoran keputusan syarikat itu untuk melucutkan aset-aset kereta api pengangkut bukan terasnya sebelum diswastakan pada tahun 1995, hak milik menara ini diserahkan kepada Canada Lands Company, sebuah perbadanan Kerajaan yang bergiat sebagai pemaju hartanah. Memandangkan nama CN Tower sering digunakan dalam perbualan seharian, singkatannya berkembang menjadi Canadian National Tower atau Canada's National Tower, namun kedua-dua nama itu jarang sekali dipakai.[8]

Pada tahun 1995, Menara CN dinamakan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia moden oleh Persatuan Jurutera Awam Amerika. Ia juga menduduki rangking kedua dalam Persekutuan Menara Agung Sedunia.

Rujukan sunting

  1. ^ CN tower keeps it designation as Worlds tallest free standing Tower
  2. ^ "Menara CN". SkyscraperPage.
  3. ^ Menara CN di Emporis
  4. ^ "CN Tower web site". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-23. Dicapai pada September 26, 2007.
  5. ^ The CN Tower is Dead. Long Live The CN Tower!, The Torontoist, 4 September 2007. (diterima pada 17 November 2008).
  6. ^ CN Tower celebrates 30th birthday, Broadcast News/canada.com, 26 Jun 2006
  7. ^ "Facts at a Glance" (PDF). CN Tower. 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2005-03-09. Dicapai pada 2011-08-15. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ "Canada's Wonder of the World". CN Tower: Plan Your Visit > Who We Are. CN Tower — Canada Lands Company.

Pautan luar sunting

Rekod
Didahului oleh
Menara Ostankino
Struktur bebas tertinggi di dunia
553.33 m (1,815 ft 5 in)

1976–2007
Diikuti oleh:
Burj Khalifa