Menara Kuwait adalah tiga menara berstruktur konkrit yang terletak di Bandar Kuwait. Tinggi menara ini cuma 187 meter dari aras laut dan ia juga bertindak sebagai tempat simpanan air utama bagi Bandar Kuwait, selain merupakan tempat pelancongan dan terdapatnya restoran disitu. Menara ini mempunyai bebola podium sfera yang besar dengan dek pemandangan terletak pada ketinggian 123 meter dari aras laut. Bebola sfera tersebut boleh berputar lengkap dalam setiap 30 minit. Menara Kuwait kedua pula hanya terletak bersebelahan dengan menara 1, dan menara kedua itu tingginya mencecah 145.8 meter dari paras laut. Ianya hanya bertindak sebagai menara tangki simpanan air semata-mata yang unik da menarik rekaannya. Menara 3 pula berperanan sebagai rumah kelengkapan yang bertindak mengawal aliran elektrik bagi menjana tenaga dan cahaya bagi ketiga-tiga menara tersebut. Kedua-dua menara mampu menempatkan kira-kira 4,500 kubik meter air.

Menara Kuwait
Abraj l'Kuwait
Map
Maklumat umum
JenisBangunan Kebangsaan, Tangki Simpanan Air, Restoran
LokasiBandar Kuwait, Kuwait Kuwait
Tinggi145.8m
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekSweden Sune Lindström

Menara Kuwait telah direka oleh arkitek Sune Lindström dan Malene Björn dan dibina oleh syarikat kejuruteraan Energoprojekt, sebuah syarikat pembinaan dari Belgrade, Yugoslavia. Menara ini dibuka untuk kunjungan umum pada Mac 1979. Dalam tahun 1991, selepas era liberalisasi bandar Kuwait ketika Perang Teluk Pertama, menara telah mengalami sedikit kemusnahan struktur. Terdapat kesan tembakan peluru dan meriam dijumpai dibahagian luar dinding menara. Kemusnahan peralatan dalaman pula melibatkan perkakas pengangkutan. Terdapat juga cermin segi tiga yang rosak akibat dari tembakan meriam.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Templat:Kuwait-struct-stub

Koordinat: 29°23′24″N 48°00′12″E / 29.39000°N 48.00333°E / 29.39000; 48.00333 Templat:Kuwait City