Mentega kacang merupakan pes makanan yang dibuat dari kacang tanah panggang, popular di Amerika Utara, Belanda, United Kingdom, Australia dan sebahagian di Asia. Ia digunakan sebagai lepa untuk sandwic. Kombinasi lain yang sesuai dicampur ialah coklat, jem atau keju.

Mentega kacang
Lepa kacang halus
JenisNut butter, hidangan, pes makanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalKanada Sunting ini di Wikidata
Bahan utamaKacang tanah
Bahan yang biasa digunakanKacang tanah Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Di Amerika Syarikat, Hari Mentega Kacang Kebangsaan disambut pada setiap 24 Januari.

Sejarah sunting

Mentega kacang sebenarnya bermula di zaman orang Aztek. Orang Aztek melumatkan kacang tanah yang dipanggang menjadi pes. Ramai yang memberi pujian dan pengiktirafan kepada George Washington Carver, sebagai pereka mentega kacang. Tapi, dia hanya mempromosikan lebih 300 kegunaan kacang tanah, selain tanaman seperti kacang soya dan keledek.

Penemuan baru mentega kacang yang diperbuat daripada proses pembuatan dan penggunaan mesin, sebenarnya adalah Marcellus Gilmore Edson dari Kanada, di mana dalam tahun 1884, beliau telah patenkan pes kacang. Dalam tahun 1895, Dr. John Harvey Kellogg (pelopor bijirin sarapan Kellogg) telah patenkan proses mencipta mentega kacang dari kacang tanah mentah. Dalam tahun 1903, Dr. Ambrose Straub dari St. Louis, Missouri, telah patenkan mesin membuat mentega kacang. Dalam tahun 1922, ahli kimia Joseph Rosefield mencipta proses membuat mentega kacang halus yang mampu menyimpan minyak dari terpisah dengan menggunakan minyak berhidrogen. Pada 1928, dia telah memberi lesen untuk mencipta mentega kacang Peter Pan. Kemudian, dalam tahun 1932, dia telah memulakan mentega kacangnya sendiri dibawah jenama Skippy.[1]

Kesihatan sunting

Nutrisi sunting

Setiap hidangan 2 sudu besar mentega kacang mengandungi lebih dari 8 gram dari protein, hampir 2 gram dari serabut diet, 208 miligram dari kalium, lebih dari satu gram dari besi, 24 mikromiligram dari folat, 188 kalori dan 3 gram dari gula. Kandungan lemak ialah 16 gram satu hidang, tapi hanya 3 gram merupakan lemak tepu. Selebih itu, lemak adalah lemak tidak tepu mono dan poli, di mana telah dibuktikan ianya baik untuk kesihatan jantung dan otot. Kandungan protein dan serabut tidak begitu banyak, namun setiap benda dikira apabila mengambil berat tentang mikronutrien anda. [2]

Isu kesihatan sunting

Tidur sunting

Mentega kacang dipercayai dapat membantu untuk mendapat tidur lebih nyenyak kerana kandungan niasin (Vitamin B3), yang membantu pelepasan serotonin. [3]

Jantung sunting

Kajian menunjukkan, sesiapa yang memakan mentega kacang dengan tetap dan mengikut peraturan dalam diet mereka boleh jadi dapat mengurangkan pembentukan penyakit jantung atau penyakit kencing manis tahap 2 dari mereka yang tidak memakan kekacang. Lemak tidak tepu, lemak yang terkandung didalam mentega kacang, dapat membantu mengurangkan kolesterol LDL dan merendahkan risiko dari penyakit jantung. [4]

Minyak berhidrogen sunting

Tujuan penggunaan minyak berhidrogen atau minyak hidrogenasi adalah untuk membenarkan mentega kacang kelihatan tampak lebih halus dan dapat membenarkan mentega kacang akan lebih tahan lama. Namun, minyak berhidrogen adalah hasil dari proses hidrogenasi, yang membentuk lemak tidak tepu menjadi asid lemak tepu. Dalam proses ini, sifat fizikal asid lemak bertukar dan terdapat perbezaan pada sifatnya, maka ia menjadi lemak trans. Lemak trans akan meningkatkan kolesterol tidak baik iaitu LDL dan boleh menaikkan risiko menghadapi penyakit jantung.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "The History of Peanut Butter". The Huffington Post. 23 Januari 2012.
  2. ^ Styles, Serena. "What Are the Benefits of Peanut Butter for Bodybuilders?". Demand Media. Dicapai pada November 6, 2013.
  3. ^ Jessimy, Michael (April 1, 2012). "Foods That Help You Sleep Better". NaturalSleep.org. Dicapai pada November 6, 2013. Check |authorlink= value (bantuan)
  4. ^ Willet, Dr.Walter C (July 2009). "Why is peanut butter "healthy" if it has saturated fat?". Harvard Heart Letter. Unknown parameter |Location= ignored (|location= suggested) (bantuan)
  5. ^ Morris, Gail (30 Januari 2011). "Does Hydrogenated Peanut Butter Have Trans Fat?". Livestrong.com. Dicapai pada November, 6 2013. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.