Merlion atau Singa-Laut (Cina Ringkas: 鱼尾狮; pinyin: Yúwěishī) merupakan tugu berupa kepala singa dan berbadan ikanlaksana ikan duyung. Tugu ini direka oleh Fraser Brunner untuk Lembaga Pelancongan Singapura pada tahun 1964 dan telah diisytihar sebagai lambang rasmi Singapura pada tahun 1997.

Tugu Merlion di Taman Merlion berdekatan muara Sungai Singapura pada waktu malam

Rekaan Merlion ditandadagangkan tahun 1966 lagi-lgi dengan pemaktuban Akta Lembaga Pelancongan Singapura[1] di mana sebarang penggunaan rekaan ini mesti mendapat persetujuan lembaga tersebut untuk tujuan seperti penghasilan cenderamata.

Perekaan sunting

Nama ia menggabungkan imbuhan bahasa Inggeris mer- "laut" dan lion "singa". Badan ikan tugu melambangkan asal-usul Singapura yang diketahui sebagai suatu perkampungan nelayan bernama Temasek ( ꧋ꦡꦸꦩꦯꦶꦑ꧀꧈ tumasik "kota laut" dalam bahasa Jawa), kepala singa pula melambangkan haiwan yang dipercayai diamati Sang Nila Utama dalam perjalanan ke Melaka sebelum menubuhkan kerajaan barunya di pulau tersebut.

Rekaan rupa simbol ini dihasilkan Alec Fraser-Brunner untuk Lembaga Pelancongan Singapura dari 1964 hingga 1997.

Pembinaan tugu sunting

Tugu ini mula difikirkan naib canselor Universiti Singapura, Kwan Sai Kheong berdasarkan simbol ini. Ia diukir seorang pengukir bernama Lim Nang Seng (Bahasa Cina: 林浪新pinyin: Lín Làngxīn)[2] dari November 1971 hingga Ogos 1972, projek ini memakan duit sebanyak 165 ribu dolar.[3] Tugu ini berukuran 8.6 meter dengan berat sebanyak 70 tan.[3][3][4]

Tugu ini dirasmikan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew pada 15 September 1972 di Taman Merlion membelakangkan Jambatan Anderson.[3]

Pemindahan semula sunting

Pembinaan Jambatan Esplanade tahun 1997 yang menggangu pandangan tugu[3] mendorong pemindahan semula ke suatu lokasi baru menghadap Teluk Marina dan bangunan Hotel Fullerton.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "STB-owned Assets - Merlion Symbol | STB". www.stb.gov.sg. Dicapai pada 2020-03-01.
  2. ^ "Sim Lian Huat". www.biotechnics.org.
  3. ^ a b c d e "A new home for the Merlion" (PDF). Skyline (ed. July/August 2000). URA. m/s. 6–8. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 August 2017.
  4. ^ Merlion Restaurant and Bar <http://www.merlion.us/>