Messerschmitt Me 323

Messerschmitt Me 323 "Gigant" merupakan pesawat pengangkut Jerman semasa Perang Dunia II. Ia merupakan variasi berenjin peluncur Me 321 dan merupakan pesawat pengangkut darat terbesar semasa perang. Jumlah keseluruhan 213 direkodkan telah dibina, sesetengahnya diubah suai dari Me 321.

Me 323 "Gigant"
Peranan Pengangkut berat
Pengeluar Messerschmitt A.G.
Penerbangan sulung Hujung tahun 1941
Diperkenalkan 1943
Dihentikan 1944
Pengguna utama Luftwaffe
Dikeluarkan 1941-1944
Jumlah dibina sekitar 200
Kelainan Messerschmitt Me 321

Pembangunan sunting

Me 321 sunting

Permulaan pengangkut Me 323 Gigant (gergasi) adalah pada tahun 1940 apabila Jerman memerlukan peluncur penyerang besar sebagai persediaan bagi Operasi Sealion, unjuran penjajahan Great Britain. Peluncur ringan DFS 230 yang terlah membuktikan keupayaannya dalam serangan terkenal ke atas Fort Eben-Emael di Belgium (serangan pertama oleh pasukan bawaan peluncur), dan kemudiannya digunakan dengan jayanya dalam penjajahan Crete pada 1941. Bagaimanapun, kemungkinan melaksakan serangan menyeberangi Selat Inggeris menumpu fikiran pada keupayaan mengangkut kenderaan dan peralatan berat lain sebagai sebahagian gelombang serangan pertama. Sungguhpun Operasi Sealion dibatalkan, keperluan bagi keupayaan pengangkutan udara berat masih wujud, dengan tumpuan kini ke atas Operasi Barbarossa yang akan datang, penjajahan Soviet.

Pada 18 Oktober 1940, Junkers dan Messerschmitt diberikan hanya 14 hari bagi mencadangkan peluncur pegangkut besar. Tumpuan masih kepada peranan menyerang: keperluan bercita-cita tinggi adalah berkeupayaan membawa sama ada meriam 88mm dan traktor separuh berantainya, atau kereta kebal serdahana PzKpfw IV. Junkers Ju 322 'Mammut' mencapai bentuk prototaip, tetapi tidak memenuhi hati kerana pembinaannya menggunakan kayu sepenuhnya dan dilupuskan. Messerschmitt pada asalnya dinamakan Me 261w, kemudian ditukar kepada Me 263, dan kemudiannya menjadi Me 321. Sungguhpun Me 321 berkhidmat agak lama di Rusia, ia tidak pernah digunakan bagi penjajahan Malta, atau sebarang serangan udara sepertinya.

Me 323 sunting

Pada awal 1941, disebabkan maklumbalas dari juruterbang Pemerintah Pengangkutan (Transport Command di Russia, keputusan diambil bagi menghasilkan versi berenjin bagi Me 321, yang dinamakan sebagai Me 323. Ia diputuskan untuk menggunakan enjin radial Gnome GR14N Perancis dinilai 990 hp sebagaimana digunakan bagi pesawat Bloche MB.175; menggunakan enjin Perancis tidak akan membebankan industri Jerman yang sudah pun terdesak.[1]

Ujian awal dilakukan menggunakan empat enjin Gnome dipasang pada sayap Me 321 yang diperkukuhkan, yang memberikan kepantasan serdahana 210 km - 80 km/h lebih perlahan berbanding pesawat pengangkut Junkers Ju 52. Tumpang bawah kekal dipasang, yang terdiri dari empat roda kecil dalam bogi di hadapan pesawat dengan enam tayar lebih besar dalam dua baris tiga sebelah badan, separuh tertutup oleh kekisi aerodinamik. Tayar belakang dipasang dengan brek pneumatik, dan mampu menghentikan pesawat dalam jarak 200 meter.

Me 323C berenjin empat hanya dianggap sebagai langkah sementara kepada siri D enam enjin; ia masih memerlukan bantuan Heinkel He 111Z Zwilling 5 enjin atau tatarajah Troikaschlepp yang amat merbahaya yang terdiri daripada tiga pejuang berat Messerschmitt Bf 110 untuk berlepas dengan muatan penuh, tetapi mampu kembali ke pengkalan dengan kuasa sendiri apabila kosong. Ini ternyata tidak banyak beza dengan Me 321, dengan itu prototaip V2 menjadi yang pertama berenjin enam dan terbang buat kali pertamanya pada awal 1942, dan menjadi prototaip bagi pesawat siri D. 6 enjin dipasang bagi mengurangkan prsingan (torque) - tiga enjin berpusing pusingan jam dipasang di sayap kanan (port wing) dan tiga enjin berputar melawan jam di sayap sebelah kiri pesawat.

Reka bentuk sunting

Sebagaimana Me 321, Me 323 mempunyai sayap di pasang tinggi, separuh-cantilever, yang besar yang dilekap dari badan pesawat keluar sehingga pertengahan sayap. Untuk mengurangkan berat dan mengurangkan penggunaan aluminum kebanyakan sayap dibuat dari kayu dan fabrik, sementara badannya dari buatan logam dengan galang kayu dan dilitupi dengan fabrik dicelup (doped), dengan galang kukuh di lantai bagi menyokong muatan.

Siri 'D' mempunyai kakitangan seramai 5 orang: dua juruterbang, dua jurutera penerbangan dan pengendali radio. Dua jurutembak juga mampu dibawa. Jurutera penerbangan menduduki dua kabin kecil, setiap seorang dalam sayap antara enjin dalam dan tengah sayap. Jurutera bertujuan memantau penyelarasan enjin dan membenarkan juruterbang terbang tanpa bimbang mengenai status enjin, sungguhpun juruterbang boleh memintas keputusan jurutera mengenai kawalan enjin dan kipas.

Berbanding Me 321, Me 323 mempunyai had muatan yang rendah antara 10–12 tan, ini merupakan kelemahan bagi pesawat yang mampu beroperasi bersendirian. Walaupun mempunyai enjin, unit berlepas bantuan roket yang digunakan pada Me 321 sering diperlukan dan dipasang di bawah sayap selepas enjin. Muatan kargo adalah 36 kaki panjang, 10 kaki lebar dan 11 kaki tinggi. Muatan biasa yang dibawanya adalah: dua lori empat tan, atau 8,700 buku roti, atau satu meriam flak 88 mm, peralatannya, peluru dan kakitangan, atau 52 dram bahan api (45 gal/252 L), atau 130 orang, atau 60 usungan.

Sesetengah Me-321 diubah suai kepada Me-323, tetapi kebanyakkannya dibina sebagai pesawat enam enjin dari awal; model awal dilengkapi dengan kipas dua bilah yang kemudiannya digantikan dengan versi logam dongakan boleh ubah ("variable-pitch").

 
"Gigant" (Itali, Ogos 1943)

Me 323 mempunyai kelajuan maksimum hanya 136 batu sejam pada aras laut dan kelajuan menurut dengan ketinggian (altitud). Untuk persenjataan pertahanan, ia dilengkapi dengan lima mesingan 13 mm ditembak dari kedudukan belakang (dorsal) di belakang sayap dan dari badan pesawat. Ia dikendalikan oleh jurutembak tambahan, pengendali radio dan jurutera. [2]

Sejarah operasi sunting

Pada September 1942 Me 323 bagi kegunaan dalam kempen Tunisi telah dihantar, dan memasuki perkhidmatan di medan Mediterranean pada November 1942. Kehilangan pada kadar tinggi dalam perkapalan Berikat telah menjadikan pengangkutan peralatan melalui udara secara besar-besaran merentasi Mediterranean bagi mengekalkan pembekalan kepada tentera Rommel.

Pada 22 April 1943 satu formasi 27 Me 323 dengan muatan penuh diiring menyeberangi Selat Sicilian oleh Bf 109 dari JG 27 dipintas oleh tujuk skuardon Spitfire dan P-40, dengan kehilangan 21 Me 323.[3] Tiga dari P-40 ditembak jatuh oleh pesawat pengiring.[4]

Dari segi reka bentuk pesawat, Me 323 sebenarnya amat lasak, dan mampu menerima sejumlah besar tembakan musuh kecuali sekiranya dimuatkan dengan tong bahan api – gelaran Leukoplastbomber ("pengebom Elastoplast") atau lebih rendah lagi sebagai "pengebom pita pelekat," oleh Afrika Korps adalah kurang adil. Me 323 adalah seperti "sasaran bergerak," kerana amat perlahan dan besar bagi satu pesawat. Bagaimanapun, tidak ada pesawat pengangkut boleh dijangka terselamat tanpa kelebihan penguasaan udara atau sekurang-kurangnya, perlindungan udara tempatan yang menyeluruh, dan ia dipercayai bahawa tiada Me 323 terselamat dalam perkhidmatan selepas musim panas 1944.

Keseluruhan 213 Me 323 dibina sebelum pengilangan berhenti pada April 1944. Terdapat beberapa versi penhasilan, bermula dengan D-1. Versi D- dan E- berbeza dengan pilihan jana kuasa dan persenjataan pertahanan, dengan pengukuhan dalam kekuatan struktur, muatan kargo keseluruhan dan keupayaan bahan api turut dilaksanakan. Sungguhpun begitu, Me 323 kekal berkuasa amat rendah. Terdapat juga cadangan bagi memasang enam radial BMW 801, tetapi ini tidak pernah berlaku. Me 323 juga merupakan pesawat jarak dekat, dengan jarak biasa (bermuatan) 1,000–1,200 km. Sungguhpun begitu, sejumlah Me 323 terhad dalam perkhidmatan merupakan aset berguna kepada Jerman dan digunakan secara kerap.

Terselamat sunting

Tiada pesawat lengkap terselamat, tetapi Luftwaffenmuseum der Bundeswehr di Berlin-Gatow memiliki rusuk (spar) sayap utama Me 323 dalam koleksinya.

Kelainan sunting

Me 323V1
Prototaip, mempunyai empat enjin Gnome-Rhפne 14N
Me 323V2
Prototaip, mempunyai enam enjin Gnome-Rhפne 14N engines, menjadi piwaian bagi siri pengeluaran D
Me 323D-1
Siri pengeluaran pertama, mempunyai enam enjin Gnome-Rhפne 14N, dua mesingan 7.92-mm MG 15 di kokpit siap dengan tenggekan, pengubah suaian lapangan meningkatkan persenjataan pertahanan
Me 323E-1
Siri pengeluaran kedua, menara kecil dipasang pada sayap
Me 323E-2
Siri pengeluaran ketiga
Me 323E-2WT
Siri pengeluaran ketiga, termasuk menara kecil hadapan
Me 323V16
Prototaip, mempunyai enam enjin Jumo 211 Rs, bertujuan bagi asal bagi siri pengeluaran Me 323F
Me 323V17
Prototaip (tidak siap), memiliki enam enjin 1,320 hp Gnome-Rhפne GR14R, bertujuan sebagai asal bagi Me 323G

Spesifikasi (Me 323) sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: 5
  • Kapasiti: 130 tentera atau 10–12 tan perkakasan
  • Panjang: 28.2 m (92 kaki 4 in)
  • Rentang sayap: 55.2 m (181 kaki 0 in)
  • Tinggi: 10.15 m (33 kaki 3.5 in)
  • Berat kosong: 27,330 kg (60,260 lb)
  • Berat berisi: 29,500 kg (65,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 43,000 kg (94,815 lb)

Prestasi

Persenjataan

  • 18 ׳ 7.92 mm mesingan MG 81
  • Nota sunting

    1. ^ Hyland, Gary (1999). Last Talons of the Eagle. Headline. m/s. m/s 78. ISBN 074725964X. Unknown parameter |co-authors= ignored (bantuan)
    2. ^ U.S. World War II Report on Me 323
    3. ^ Staerck, Christopher (2002). Luftwaffe: The Allied Intelligence Files. Brassey's. m/s. m/s 202-203. ISBN 1574883879. Unknown parameter |co-authors= ignored (bantuan)
    4. ^ Weal 2003, p. 92.

    Lihat juga sunting

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    Rujukan sunting

    • Mondey, David. The Concise Guide to Axis Aircraft of World War II. New York: Bounty Books, 1996. ISBN 1-85152-966-7.
    • Weal, John (2003). Jagdgeschwader 27 'Afrika'. Oxford: Osprey. ISBN 1-84176-538-4.

    Pautan luar sunting