Metal Gear Solid 3: Snake Eater

permainan video terbitan tahun 2004

Metal Gear Solid 3: Snake Eater (seringkali disingkatkan sebagai MGS3) atau disebut dalam bahasa Jepun sebagai Metaru Gia Sorishido 3 Suneku Ita (メタルギアソリッド3: スネークイーター), merupakan sebuah judul permainan video selinap dan aksi. Judul ini dihasilkan oleh Konami Computer Entertainment Japan dan diarah oleh Hideo Kojima. Judul ini dipasarkan oleh Konami pada tahun 2004 untuk konsol PlayStation 2. Kisah dalam MGS3 merupakan permulaan bagi kisah dalam keseluruhan siri Metal Gear. Kisah judul ini disambung terus oleh judul Metal Gear yang lain iaitu Metal Gear Solid: Portable Ops.

Metal Gear Solid 3: Snake Eater
Kulit hadapan versi Amerika Utara
PembangunKonami Computer Entertainment Japan / Kojima Productions
PenerbitKonami
PengarahHideo Kojima Sunting ini di Wikidata
PerekaHideo Kojima
KomposerHarry Gregson-Williams Sunting ini di Wikidata
SiriMetal Gear
PlatformPlayStation 2
PelepasanSnake Eater:
          Subsistence:
                  GenreAksi, Selinap
                  ModSeorang pemain

                  MGS3 dihasilkan dan dipasarkan oleh Konami Computer Entertainment Japan di Amerika Utara pada 17 November 2004, di Jepun pada 16 Disember 2004, 4 Mac 2005 di Eropah dan 17 Mac 2005 di Australia. Ia mendapat sambutan yang sangat baik dan berjaya menjual 3.6 juta salinan di seluruh dunia. MGS3 juga mendapat markah yang tinggi di laman web permainan video seperti Gamespot dan IGN.

                  Latar masa permainan video ini ialah pada zaman Perang Dingin. Seorang watak yang bernama Naked Snake, iaitu pengintip bagi sebuah kumpulan pengintipan yang bernama FOX. Naked Snake cuba untuk menyelamatkan seorang pereka senjata api dan melakukan sabotaj ke atas sebuah senjata yang sangat canggih. MGS3 berbeza dengan permainan video MGS yang lain kerana permainan video MGS yang lain biasanya mempunyai latar tempat seperti bandar tetapi MGS3 pula mempunyai latar tempat yang lain seperti di hutan. Walaubagaimanapun, cara permainan secara selinap dan ciri-ciri seperti kelucuan masih digunakan.

                  Cara Bermain sunting

                  Cara untuk bermain MGS3 masih sama seperti permainan video bersiri Metal Gear Solid yang lain. Naked Snake, watak yang pemain mengawal mestilah berselinap melalu tempat yang mempunyai pengawal tanpa mengejutkan pengawal tersebut. Walaupun Snake boleh mendapat pelbagai jenis senjata api yang kuat seperti AK-47, RPG-7 (Rocket Propelled Grenade) dan SVD Sniper Rifle untuk membunuh pengawal, tetapi cara yang terbaik untuk bermain permainan ini masih ialah elakkan diri daripada dijumpai oleh pengawal. Pemain boleh menggunakan benda seperti Cardboard Box (dapat dijumpai dalam setiap permainan video MGS) untuk membantu dirinya menyembunyi daripada pengawal. Walaupun banyak juga persamaan antara MGS3 dengan permainan video MGS yang lain, tetapi ada juga perbezaannya. Antara perbezaannya ialah Camouflage (samaran), Close Quarter Combat (CQC), pengiraan stamina dan sistem untuk mengubati kecederaan.

                  Kebanyakan peristiwa dalam permainan video ini berlaku di sebuah hutan di Rusia. Pemain boleh menggunakan segala ciri-ciri hutan untuk menyembunyikan diri atau menyerang pengawal secara hendap. Pemain juga boleh memanjat pokok dengan menggunakan ACTION BUTTON, dan memerhatikan sekitar untuk memastikan kedudukan pengawal di dalam sebuah kawasan. Tidak seperti MGS yang lain, Metal Gear Solid 3 tidak mempunyai radar yang canggih disebabkan latar masanya yang tidak sesuai. Oleh itu, pemain perlulah lebih berhati-hati semasa menyelinap.

                  (Keterangan: Kali pertama Solid Snake (anak kepada Naked Snake) menggunakan radar adalah pada tahun 1999 (tahun dalam permainan) dalam permainan video bertajuk Metal Gear 2: Solid Snake yang dikeluarkan di MSX2 pada tahun 1990 (tahun dalam realiti). Oleh itu pemain tak mungkin menggunakan radar yang dicipta di 1999 pada tahun 1964 (tahun cerita MGS3 berlaku).)

                  Terdapat banyak cara untuk menyembunyikan diri daripada pengawal, antaranya ialah memakai topi yang berbentuk kepala buaya di kawasan sungai, pengawal akan menggangap pemain ialah seekor buaya dan akan berjalan lalu tanpa mengetahui kedatangan Snake (pemain). Selain itu, pemain juga boleh menyembunyikan diri daripada pengawal dengan memakai baju yang mempunyai warna yang lebih kurang sama dengan warna persekitaran.

                   
                  Snake menggunakan CAMOUFLAGE (samaran) supaya tidak dijumpai oleh pengawal. CAMO INDEX dapat dilihat di bahagian atas, penjuru kanan.

                  Pemain boleh mengetahui tentang keharmonian antara warna baju dengan warna persekitaran dengan melalui CAMO INDEX (Indeks Samaran). Lebih harmoni antara warna baju dengan warna persekitaran, lebih tinggilah markah yang ditunjuk di CAMO INDEX dan sebaliknya lebih kontra antara warna baju dengan warna persekitaran, lebih rendahlah markah yang ditunjuk di CAMO INDEX.

                  CQC (pertarungan jarak dekat) juga merupakan ciri-ciri yang penting di MGS3, pemain boleh menangkap pengawal untuk mendapat maklumat dan membunuh pengawal melalui CQC. Pemain juga perlu mengubati Snake dengan alat perubatan supaya kecederaan di badan Snake boleh memulih sepenuhnya. Selain daripada Life Gauge (garisan yang tebal dan berwarna putih yang menunjukkan kesihatan Snake), pemain juga perlu memberi perhatian kepada Stamina Gauge (garisan yang nipis dan berwarna putih yang menunjukkan stamina Snake). Stamina Gauge akan semakin menurun pada masa pemain sedang bermain, untuk menambah kembali nilai stamina Snake, pemain perlu menangkap flora dan fauna di dalam hutan dan makan flora dan fauna tersebut. Pemain perlu berhati-hati bila tangkap flora dan fauna kerana flora dan fauna yang berbisa seperti lelabah dan cendawan akan menyebabkan Snake berasa tak sihat.

                  Dalam Metal Gear Solid 3, terdapat juga permainan tambahan khas yang digelar "Snake Vs. Monkey", di mana Snake perlu menangkap monyet yang berasal dari judul permainan video Ape Escape.


                  Plot sunting

                  Watak dan Perwatakan sunting

                  Watak utama dalam MGS3 ialah Naked Snake. Dia pernah menjadi Pasukan Tentera Khas Amerika Syarikat (United States Army Special Forces) dan kini merupakan pengintip dari CIA. Pada masa dia menjalankan misi, dia dibantu oleh Major Zero yang pernah berkhidmat di Special Air Service di British. Dia membantu Snake dengan memberikan maklumat yang penting tentang misi yang bernama Operation Snake Eater kepada Snake. Para-Medic dan Sigint pula membantu Snake dengan memberi nasihat dan pendapat tentang flora, fauna, senjata, dan peralatan yang Snake dapat di misinya.

                  Terdapat dua watak antagonis yang utama dalam MGS3. Antaranya ialah Colonel Volgin dan The Boss. Volgin merupakan seorang kolonel dari pasukan GRU yang boleh mengawal kuasa elektrik. Dia juga merupakan ahli kumpulan ekstrem Brezhnev yang cuba untuk menjatuhkan kuasa Nikita Khrushchev supaya Leonid Brezhnev dan Alexey Kosygin boleh mendapat kuasa dari segi politik. The Boss pula ialah mentor kepada Naked Snake dan pemimpin kepada Cobra Unit (Pasukan Cobra). Cobra Unit terdiri daripada 6 orang termasuk The Boss (The Joy), The Sorrow, The Pain, The Fear, The End, dan The Fury. The Sorrow boleh berkomunikasi dengan roh dan dia telah dibunuh oleh The Boss pada tahun 1962 (iaitu dua tahun sebelum Operation Snake Eater). The Pain merupakan seorang yang boleh mengawal lebah. The Fear pula menggunakan busur dan anak panah yang disapu dengan cecair berbisa dari labah-labah sebagai senjata dan dia memakai Stealth Camouflage (alatan yang boleh membolehkan dia menjadi halimunan). The End digelar sebagai "The Father of Modern Sniping" iaitu Bapa Serangan Hendap Moden kerana kecekapan dia dalam serangan hendap. Yang terakhir sekali ialah The Fury, dia merupakan seorang angkasawan. Dia menyerang dengan menggunakan flamethrower (alatan yang boleh mengeluarkan api) dan jetpack (alatan yang membolehkan dia terbang).

                  Watak lain-lain termasuk Nikolai Stephanovich Sokolov, seorang saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang roket. Dialah saintis yang Snake mesti menyelamat; EVA, dia mengkhianati Amerika Syarikat dan menjadi ahli KGB. Dia banyak membantu Snake dalam Operation Snake Eater (Operasi Pemakan Ular); Ocelot yang muda, dia ialah komander dalam pasukan Ocelot (salah satu pasukan dalam Pasukan GRU). Ada juga watak gurauan seperti Major Raikov (dia ialah watak tiruan daripada Raiden yang berasal dari Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty), dia ada hubungan homoseksual dengan Colonel Volgin; dan Johnny (dia ialah datuk kepada Johnny Sasaki), seorang pengawal yang menjaga Snake apabila Snake ditangkap oleh Volgin.

                  Pelakon Suara sunting

                  Watak Pelakon suara (Jepun) Pelakon suara (Inggeris)
                  Naked Snake Akio Ōtsuka David Hayter
                  EVA Miza Watanabe Suzetta Miñet
                  Major Zero Banjō Ginga Jim Piddock
                  Para-Medic Houko Kuwashima Heather Halley
                  Sigint Keiji Fujiwara James C. Mathis III
                  Ocelot Takumi Yamazaki Josh Keaton
                  The Boss Kikuko Inoue Lori Alan
                  Colonel Yevgeny Borisovitch Volgin Keiji Utsumi Neil Ross
                  The Sorrow Yukitoshi Hori David A. Thomas Jr.
                  The Pain Misao Egawa Gregg Berger
                  The Fear Kazumi Tanaka Michael Bell
                  The End Osamu Taka J. Grant Albrecht
                  The Fury Takeshi Endo Richard Doyle
                  Nikolai Stephanovich Sokolov Naoki Tatsuta Brian Cummings
                  Aleksandr Leonovitch Granin Takeshi Aono Jim Ward
                  Major Ivan Raidenovich Raikov Kenyuu Horiuchi Charlie Schlatter
                  President Lyndon B. Johnson Takaya Hashi Richard McGonagle
                  Nikita Khrushchev Kozo Shioya David A. Thomas Jr.

                  Sinopsis sunting

                  Virtuous Mission sunting

                  Kisah Metal Gear Solid 3 berlaku pada zaman Perang Dingin, pada tahun 1964. Pada 4.30 pagi, 24 Ogos 1964, Naked Snake dihantar ke Tselinoyarsk (sebuah hutan di kawasan Soviet Union)melalui terjunan HALO dari sebuah pesawat Amerika Syarikat jenis AC-130. Dia dibantu oleh Major Zero, Para-Medic, dan mentornya The Boss. Mereka membantu Snake melalui radio dan memberi nasihat tentang misi yang bernama Virtuous Mission. Objektif Snake ialah untuk menyelamatkan Sokolov yang sedang membina Shagohod (sebuah kereta kebal yang boleh melancarkan peluru berpandu nuklear ke semua tempat di Amerika Syarikat) di bawah paksaan Volgin. Misinya berjalan dengan lancar sehingga dia bertembung dengan The Boss yang telah mengkhianati Amerika Syarikat dan memberikan dua Davy Crockett kepada Volgin. Sokolov ditangkap balik oleh Cobra Unit dan Snake telah dicampak ke bawah sungai dan mengalami cedera parah apabila melawan The Boss. Selepas itu, Volgin dan The Boss pun meninggalkan tempat itu dengan menaiki helikopter Hind D. Volgin melancarkan salah satu Davy Crockett ke arah kilang pengajian senjata rahsia Sokolov untuk menutup bukti yang menunjukkan bahawa dia mencuri Shagohod daripada kerajaan Soviet, dan kelakuan itu dianggap sebagai kesalahan The Boss oleh kerajaan Amerika Syarikat.

                  Selepas radar Soviet mendapat mengesan pesawat Amerika Syarikat terbang melalui kawasan Soviet Union pada masa yang sama kilang pengajian senjata rahsia Sokolov meletup, Soviet pun mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas serangan nuklear tersebut dan nyaris menyebabkan berlakunya peperangan nuklear di antara kedua-dua negara itu. Tidak lama kemudian, perdana menteri Soviet Union, Nikita Khrushchev pun menelefon Presiden Amerika Syarikat, Lyndon Johnson secara rahsia untuk berbincang tentang penyelesaian masalah itu tanpa mencetuskan peperangan nuklear. Amerika Syarikat bersetuju akan menolong Khrushchev menghalang Volgin daripada membelot, membunuh The Boss, dan merosakkan Shagohod yang telah dicuri oleh Volgin.

                  Operation Snake Eater sunting

                  Seminggu selepas diselamatkan dari Tselinoyarsk iaitu pada 30 Ogos 1964, pada pukul 11.30 malam, Snake sekali lagi masuk ke dalam hutan Soviet untuk menjalankan misi yang bernama Operation Snake Eater untuk memperkotakan janjian antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union. Smasa menjalankan misinya, dia mendapat bantuan daripada seorang ahli KGB, EVA. EVA pernah menjadi seorang ahli NSA tetapi dia telah mengkhianati Amerika dan bekerja dengan pihak Soviet. EVA kata KGB menggantikan ADAM dengan dia kerana KGB berasa ADAM tidak sesuai dalam misi ini. Selepas mengalahkan beberapa ahli pasukan Cobra dan berlawan dengan Ocelot, Snake telah berjaya mendapat tahu kedudukan Sokolov dan menyelinap masuk ke dalam sebuah kota berkubu ketenteraan yang bernama Groznyj Grad. Selepas Snake menyelamatkan Sokolov, dia merancang hendak membawa Sokolov keluar dari Groznyj Grad. Pada masa yang sama, Volgin telah memasuki bilik di mana Snake dan Sokolov berada dan telah mengetahui rancangan mereka berdua. Volgin telah membunuh Sokolov dan menangkap Snake. Tidak lama kemudian, Snake di letakkan di sebuah bilik. Volgin mendera Snake dengan menggunakan elektrik, dan Ocelot pula tembak EVA dengan pistolnya. Snake cuba menghalang Ocelot daripada menembak dan mengakibatkan peluru itu terkena mata kanan Snake. Selepas itu, Snake ditempatkan di penjara di mana dia berjumpa dengan Johnny. Snake mengetahui frekuensi radio untuk membuka pintu penjara melalui foto yang ditunjukkan oleh Johnny kepada Snake. Selepas pintu penjara dibuka, Snake melarikan diri dan berjumpa dengan EVA di gua Tikhogornyj, EVA memberikan Snake C3 (bahan letupan plastik) dan Snake pun sekali lagi masuk ke dalam Groznyj Grad. Snake pergi ke hangar untuk memasang C3 di tangki minyak Shagohod. Selepas siap memasang C3, Snake ditangkap oleh Volgin dan The Boss. Volgin, menerangkan maksud The Philosophers Legacy kepada Snake. The Philosophers Legacy (warisan filsuf) adalah kumpulan yang diadakan oleh orang yang paling berkuasa di Amerika Syarikat, Soviet Union dan China. Kumpulan inilah yang mengawal sejarah manusia dan peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Tetapi, selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, mereka mula membelot dan memfitnah sesama diri dan kumpulan itu telah dibubarkan. Warisan harta benda mereka, iaitu $100 billion yang dikumpul oleh mereka sebagai pembelanjaan mereka dalam peperangan telah dibahagikan dan disimpankan di dalam bank dari seluruh dunia. Volgin secara tidak sahnya telah mendapat semua wang itu, dan AS cuba nak mendapatkannya daripada Volgin.

                  Selepas itu, Snake pun mencederakan Volgin dan melarikan diri dengan EVA. Volgin berkejar di belakang dengan memandu Shagohod, dan Snake terpaksa membinasakan Shagohod dengan membunuh Volgin sekali. Selepas dikejar oleh askar-askar yang menunggang motosikal, Snake dan EVA pun telah sampai di tasik Rokovoj Bereg. EVA telah simpan sebuah kapal terbang WiG di sana. Sebelum mereka melarikan diri dari temapat itu, Snake pergi berjumpa dengan The Boss dan EVA pula menghidupkan enjin kapal terbang WiG sebagai persediaan untuk meninggalkan tempat itu. Pada masa Snake melawan The Boss, EVA memberitahu Snake tentang sebab-sebab Ocelot telah menjadi mejar walaupun usianya yang muda kerana ibu dan ayah Ocelot ialah askar elit . EVA juga memberitahu Snake tentang ibu Ocelot perlu menjalani pembedahan supaya dapat melahirkan Ocelot dengan selamat dan pembedahan itu telah meninggalkan parut berbentuk ular di atas badan ibu Ocelot. Parut yang berbentuk ular ini juga ada pada badan The Boss dan ini telah membuktikan bahawa The Boss ialah ibu Ocelot. Hubungan antara The Boss dan The Sorrow juga telah membuktikan The Sorrow ialah ayah Ocelot. Selepas mengalahkan The Boss, Snake dan EVA pun pergi ke Alaska.

                  Pada pagi yang seterusnya, EVA telah menghilang diri dan dia meninggalkan pita di atas meja di rumah Snake. Snake memainkan pita itu. Dalam pita itu, EVA memberitahu Snake hakikat di sebalik misi ini. EVA bukan ahli KGB dan tidak pernah berkhidmat di NSA. Dia ialah pengintip yang dihantar dari negara China untuk mendapatkan Philosophers Legacy untuk negara China. EVA juga memberitahu Snake tentang The Boss tidak pernah mengkhianati Amerika Syarikat, sebaliknya dia pengkhianatannya adalah pelan yang dirancang oleh kerajaan AS untuk membinasakan Shagohod dan mendapat Philosophers Legacy. Kematian The Boss jugalah sebahagian daripada misi yang The Boss dapat daripada kerajaan AS untuk membuktikan Amerika tidak bersalah, kerajaan AS tidak membenarkan The Boss bunuh diri, mereka mahu The Boss mati dibunuh oleh perantisnya, iaitu Snake.

                  Snake mendapat gelaran "Big Boss" dan diberi Distinguished Service Cross kerana usaha yang dia telah melakukan. Selepas itu, dia pergi ke taman perkuburan dan berdiri di depan sebuah kubur yang tak bernama (kubur The Boss). Dia meletakkan senapang "Patriots" dan sejambak bunga lili di depan kubur The Boss dan bertabik sambil menitiskan setitis air mata.

                  Selepas kredit ditayangkan, perbualan Ocelot di telefon boleh didengar oleh pemain. Perbualan itu menunjukkan filem mikro (mempunyai maklumat tentang Philosophers Legacy) yang diberikan kepada kerajaan China adalah filem yang palsu, Ocelot sendiri merupakan ADAM, setengah daripada Philosophers Legacy telah diberikan kepada kerajaan Amerika, dan Ocelot juga ialah ejen CIA.

                  Pembangunan sunting

                  Pada awalnya, permainan video ini dirancang untuk dikeluarkan di PlayStation 3, tetapi disebabkan PS3 dikeluarkan pada akhir tahun 2006, kumpulan pembanguan permainan video ini akhirnya telah membuat keputusan untuk mengeluarkannya di PlayStation 2]]. Dari segi persekitaran, pengarah Snake Eater, Hideo Kojima berhasrat untuk melakukan perubahan dari segi persekitaran. Kumpulan pembangunan MGS3 dan para peminat mencadangkan En. Kojima untuk mengubah persekitaran bandar (seperti permainan MGS yang lain) kepada persekitaran hutan. Tetapi, Hideo Kojima juga sedar tentang ciri-ciri hutan seperti cuaca, landskap, dan pelbagai jenis hidupan akan menjadi masalah dalam proses pembangunan permainan video ini. Pada permainan MGS yang sebelum ini, pemain selalunya bermula bermain dalam kawasan pangkalan tentera musuh atau di kawasan yang berdekatan dengan pangkalan tentera musuh, tetapi Hideo Kojima ingin menjadikan permainan ini lebih realistik dengan menggunakan cara taktik ketenteraan yang lebih realistik. Pemain perlu bermula pada jarak yang lebih jauh dari kawasan pangkalan tentera musuh dan perlu berjalan ke pangkalan tentera musuh.

                  Kojima juga mengatakan persekitaran luaran (outdoor) seperti hutan yang mempunyai lantai yang tidak rata adalah sangat susah untuk dicipta. Dia menerangkan bahawa permainan MGS sebelum ini selalunya berlaku di persekitaran dalam bangunan kerana konsol zaman sekarang tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk mencipta persekitaran hutan yang sebenar. Protagonis dalam Snake Eater perlu berjalan melalui kawasan yang mempunyai batu-bata, tanih yang lembut dan ranting pokok, oleh itu enjin perlanggaran (Collision engine) yang pernah digunakan dalam permainan MGS yang sebelum ini sudah tidak boleh digunakan. Enjin perlanggaran yang baru perlu dibina semula. Penangkapan pergerakan (motion capture) yang diperlukan supaya pemain boleh berjalan melalui kawasan hutan juga menjadi masalah kepada unit pembangunan permainan video ini.

                  Kebanyakan peminat MGS hendak melihat permainan video MGS yang menggunakan kamera tiga dimensi, tetapi ciri-ciri ini tidak dimasukkan ke dalam MGS3. Ini adalah kerana Kojima melihat Metal Gear Solid, Sons of Liberty, dan Snake Eater sebagai satu trilogi, dan tidak mahu mengubah jenis kamera supaya ketiga-tiga permainan video ini akan menghasilkan perasaan yang lebih kurang sama apabila dimainkan oleh pemain. Namun, dia tetap sedar tentang permainan video zaman ini perlu menggunakan kamera tiga dimensi supaya tidak ketinggalan zaman. Kamera tiga dimensi akhirnya digunakan dalam versi pembaharuan bagi Snake Eater, iaitu Metal Gear Solid 3: Subsistence, Metal Gear Solid Portable Ops dan Metal Gear Solid 4: Guns of The Patriots.

                  Kojima telah menjadikan pertarungan di dalam MGS3 istimewa dan cara bertarung akan menjadi sangat berbeza berbanding dengan permainan MGS yang lain. Katanya, contoh yang paling baik ialah pertarungan antara Snake dengan The End. Pertarungan mereka berdua berlaku di dalam sebuah hutan yang besar, pemain perlu mencari The End yang akan menyerang secara hendap. Pertarungan sebegini boleh berlangsung selama beberapa jam, ia sangat berbeza dengan pertarungan seperti pemain dan musuh berada dalam satu kawasan yang kecil, dan pemain boleh nampak musuh secara langsung. Pemain juga boleh mengelakkan pertarungan ini dengan membunuh The End pada masa yang lebih awal ataupun SAVE (menyimpan) permainan video tersebut dan menunggukan selama seminggu untuk The End mati kerana usianya yang terlalu tua. Kojima kata ciri-ciri sebegini tidak pernah muncul dalam permainan video lain.

                  Audio sunting

                  Muzik dalam Snake Eater adalah dihasilkan oleh Norihiko Hibino dan Harry Gregson-Williams. Muzik yang mereka berdua menghasilkan adalah termasuk muzik dalam permainan video tersebut dan lagu tema untuk Snake Eater. Lagu tema utama Snake Eater yang bernama "Snake Eater" dihasilkan oleh Norihiko Hibino. Lagu ini dinyanyikan oleh Cynthia Harrell. Rika Muranaka pula menghasilkan lirik dan irama untuk lagu yang bernama "Don't Be Afraid", lagu ini dimainakan pada plot peleraian permainan video ini. Lagu ini dinyanyikan oleh Elisa Fiorillo.

                  MGS3 juga telah buat kali pertamanya menggunakan lagu tema yang bukan dihasilkan oleh unit pembangunan sendiri. Itu ialah lagu Starsailor yang bernama "Way to Fall". Hideo Kojima kemudian menulis dalam blog sendirinya yang dia hendak menggunakan lagu David Bowie seperti "Space Oddity" dan "Ashes to Ashes" untuk menjadikan lagu tema pengakhiran MGS3 kerana tema tentang pengajian luar angkasa digunakan dalam MGS3. Dalam proses pembangunan permainan videi ini, salah satu pekerjanya mencadangkan dia mendengar lagu Stellastarr*, tetapi dia tersilap dengar Stellastarr kepada Starsailor. Dia suka lagu "Way To Fall" dan memilihnya sebagai lagu tema pengakhiran MGS3.

                  Penerimaan sunting

                  Kritikan dan sambutan sunting

                  Penerimaan
                  Markah agregat
                  PengagregatMarkah
                  GameRankings91.5%
                  Metacritic91%
                  Markah ulasan
                  PenerbitanMarkah
                  Edge8/10
                  GamePro5/5
                  GameSpot8.7/10
                  GameSpy4.5/5
                  IGN9.6/10

                  Metal Gear Solid 3 mendapat sambutan yang baik dan dapat markah yang tinggi daripada semua pihak pengkritik. Dalam Game Rankings, permainan video ini telah mendapat markah 91% berdasarkan 92 ulasan yang telah dibuat. Di Metacritic, permainan video ini telah mendapat markah setinggi 91 per 100. Laman web permainan video seperti IGN pula memberi permainan video ini markah 9.6 per 10; Gamespot telah memberikannya markah 8.7 per 10. Sebuah majalah UK yang bernama EDGE telah memberi markah yang sebanyak 8 per 10. Gamespy menamakannya permainan video yang paling baik dalam siri MGS.

                  Para pengulas masing-masing mempunyai fikiran yang berlainan tentang sistem samaran (Camouflage System) dalam Metal Gear Solid 3. EDGE mengatakan bahawa sistem samaran ini telah menguatkan lagi ciri-ciri selinap dalam permainan video ini. Gamespy pula mengatakansistem samaran ini cumalah ciri-ciri sekunder yang tidak penting sangat. Permainan video ini juga dikritik kerana "Frame Rate"nya telah dikurangkan ke 30fps (berbanding dengan 60fps dalam MGS2)

                  (Frame Rate ialah gambar yang ditunjukkan pada setiap saat, fps ialah unit untuk mengira frame rate. 30fps bermaksud 30 gambar ditunjukkan dalam masa satu saat manakala 60fps pula bermaksud 60 gambar ditunjukkan dalam masa satu saat.)

                  "Bahagian cerita Metal Gear Solid 3 agak terkenal dengan aksinya yang lincah dan pengambaran yang sangat baik." pujian daripada ulasan EDGE. Tetapi Edge juga kritik ayat yang diterjemah dari Bahasa Jepun ke Bahasa Inggeris dalam skripnya agak teruk dan tidak dapat bertanding dengan standard permainan video lain.


                  Anugerah sunting

                  IGN: Best of 2004

                  • Permainan video jenis aksi yang terbaik secara keseluruhan
                  • Cerita yang terbaik secara keseluruhan
                  • Penggunaan bunyi yang terbaik untuk PlayStation 2

                  GameSpot: Game of the Year 2004 Awards

                  • Cerita yang terbaik
                  • Efek bunyi yang terbaik

                  GameSpy: Game of the Year 2004 Awards

                  • Salah satu daripada keempat-empat permainan video yang paling baik pada tahun 2004
                  • Tempat kedua dalam senarai permainan video PS2 yang terbaik pada tahun 2004
                  • Episode penyambungan yang paling baik

                  Gaming Convention Germany

                  • Permainan PS2 yang terbaik

                  Game Audio Network Guild 2005

                  • Lagu tema berkategori pop yang paling bagus bagi PS2-MGS3 Theme

                  Academy of Interactive Arts and Sciences (Akademi Sains dan Seni Interaktif)

                  • Pelakon suara Snake, David Hayter dicalonkan dalam anugerah "Pencapaian yang Cemerlang bagi Persembahan Seorang Watak"

                  Pelbagai versi dan pengeluaran semula sunting

                  Versi asal sunting

                  Seperti Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty juga, Snake Eater juga dipasarkan di Amerika Utara dahulu. Sebulan selepas itu, versi bahasa Jepun baru dipasarkan. Tetapi versi Bahasa Jepun mempunyai jenis baju samaran (Camouflage Pattern) yang baru yang boleh dimuat turun (tidak ada dalam versi Amerika Utara). Versi pakej premium edisi terhad juga didapati di Jepun. Barang-barangan yang terdapat dalam pakej premium edisi terhad termasuk sekeping DVD yang istimewa dan dua naskhah buku tentang MGS3, dan satu model Shagohod yang berskala 1/144. Sekeping CD edisi terhad juga diberikan kepada sesiapa yang pesan MGS3 versi bahasa Jepun terlebih dahulu. CD ini termasuk beberapa lagu dan muzik yang bertemakan MGS3, "screensaver" komputer dan baju samaran (camouflage pattern) yang baru. Pembeli yang memesan permainan video ini terlebih dahulu juga boleh muat turun lagu dan gambar melalui salah satu laman web Konami.

                  Bagi versi Eropah pula, Konami telah menambahkan beberapa ciri-ciri yang baru seperti tahap yang lebih susah yang dikenali sebagai "European Extreme", "Demo Theater" yang membolehkan pemain melihat semua bahagian video daripada permainan video MGS3 (in game cutscene), dan "Duel Mode" yang membolehkan pemain melawan dalam tahap-tahap yang tertentu, "Face paint" (cat muka) yang diasaskan pada bendera negara-negara Eropah dan dua lagi tahap dalam permainan Snake vs. Monkey.

                  Versi Subsistence sunting

                   
                  Metal Gear Solid 3: Subsistence versi Amerika Utara .

                  Versi Subsistence telah dipasarkan di Jepun pada 22 Disember 2005 dan seterusnya di Amerika Utara pada 14 Mac 2006 dan di Eropah pada 6 Oktober 2006 dan di Australia pada 13 Oktober 2006. Metal Gear Solid 3: Subsistence telah meneruskan tradisi sirinya dengan mengeluarkan versi yang telah dinaik taraf. Sementara versi naik taraf yang sebelumnya seperti Metal Gear Solid: Integral dan Metal Gear Solid 2: Subsistence mengandungi misi cerita sampingan dan misi cabaran, Subsistence pula mengandungi Metal Gear dan Metal Gear 2, permainan video daripada komputer MSX2 yang telah diubahsuai untuk dimain di PlayStation 2, bahagian online dan kamera 3D yang boleh dikawal sepenuhnya oleh pemain dalam misi cerita utama.

                   
                  The online mode in Subsistence. Dalam gambar ini, pasukan GRU melawan pasukan KGB.

                  Bahagian "pemain berganda" atau multiplayer, yang berjudul Metal Gear Online mempunyai lima jenis perlawanan online dan setiap permainan mempunyai kemampuan untuk menerima maksimum lapan orang pemain untuk bermain bersama. Bahagian online ini membolehkan pemain melibatkan diri dalam permainan Deathmatch (lawan sampai mati), Capture the Flag (merampas tanah jajahan), dengan menggunakan askar biasa daripada pasukan bersenjata yang terdapat di cerita utama seperti KGB, GRU dan Ocelot Unit. Berdasarkan tentuan server masing-masing, pemain yang berjaya memperolehi mata yang paling tinggi akan dapat menggunakan watak penting seperti Naked Snake, Ocelot, dan Mejar Raikov (Ataupun Reiko Hinomoto daripada Rumble Roses) bersama dengan kebolehan unik dan barangan keistimewaan masing-masing. Sebagai contoh, pemain yang memperolehi mata tertinggi apabila bermain menggunakan pasukan GRU akan dapat menjadi Mejar Raikov pada pusingan yang seterusnya. Tetapi, Konami telah menamatkan perkhidmatan Metal Gear Online di Jepun, dan seterusnya pada 2 April 2007 dan 30 Oktober 2007, perkhidmatannya di Amerika dan Eropah juga telah ditamatkan. Tidak lama kemudian, munculnya satu komuniti di Internet yang berusaha untuk memulakan kembali perkhidmatan online MGO yang dikenali sebagai Save MGO (Menyelamatkan MGO).

                  Pengeluaran semula yang lain sunting

                  Untuk menyambut Ulang Tahun ke-20 siri Metal Gear, edisi khas Metal Gear Solid 3 Snake Eater telah dipasarkan di Jepun. Edisi keluaran semula ini terdapat Disc 1 yang biasa seperti versi Subsistence yang lain, dan Disc 2 yang hanya mempunyai Metal Gear dan Metal Gear 2 Solid Snake, tetapi tidak mempunyai permainan seperti Snake vs. Monkey, Metal Gear Online, Secret Theater dan Duel Mode. Metal Gear Solid 3 Subsistences yang terdapat dalam edisi Essential Collection untuk pasaran Amerika pula tidak mempunyai disc 2, maka, semua permainan dalam disc 2 pun tidak termasuk dalam edisi keluaran semula Essential Collection ini.

                  Rujukan sunting

                  Pautan luar sunting