Meteora adalah judul album studio kedua bagi kumpulan nu metal popular, Linkin Park. Album tersebut telah dilancarkan pada 25 Mac 2003.

Meteora
Album studio oleh
Dilancarkan pada25 Mac 2003
Dirakamkan padaApril–Disember 2002
TempatAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
StudioNRG Studios, North Hollywood, California
Genre
Panjang36:43
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
Syarikat
  • Warner Bros
  • Machine Shop
Penerbit
Kronologi album studio Linkin Park
Hybrid Theory
(2000)
Meteora
(2003)
Minutes to Midnight
(2007)
Single daripada Meteora
  1. "Somewhere I Belong"
    Dikeluarkan: 17 Mac 2003
  2. "Faint"
    Dikeluarkan: 9 Jun 2003
  3. "Numb"
    Dikeluarkan: 8 September 2003
  4. "From the Inside"
    Dikeluarkan: 19Januari 2004
  5. "Breaking the Habit"
    Dikeluarkan: 14 Jun 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Asal-usul nama album sunting

Nama album tersebut diambil daripada rumah ibadat yang terletak di kawasan berbatu-batan di pekan Meteora, Yunani. Selepas melawat rumah ibadat tersebut sepanjang konsert jelajah mereka di Eropah, kesemua ahli Linkin Park berasa teruja dengan kehebatan rumah ibadat tersebut yang menggambarkan kehebatan serta keutuhan, lalu mereka memutuskan untuk menggunakan nama Meteora untuk album kedua mereka ini.

Gaya muzik sunting

Seperti album Hybrid Theory, Linkin Park mengekalkan unsur muzik nu metal di dalam album ini, disusuli dengan gabungan dengan unsur muzik hip-hop dan elektronika. Salah satu lagu di dalam album Meteora iaitu Nobody's Listening juga turut menggunakan seruling tradisional Jepun iaitu shakuhachi.

Konsert Linkin Park di Malaysia sunting

Pada 15 Oktober 2003, Linkin Park buat pertama kalinya bertandang ke Kuala Lumpur bagi konsert pertama mereka di Malaysia. Komsert tersebut yang merupakan salah satu siri Konsert Jelajah Dunia Meteora 2003 ini dianggap sebagai konsert rock terbesar pernah diadakan di Malaysia pada ketika itu, dengan jumlah penonton dianggarkan antara 35,000 hingga sekitar 40,000 orang. Hasil kejayaan konsert tersebut, Linkin Park bercadang untuk turut memasukkan Malaysia sebagai destinasi konsert jelajah bagi album Minutes to Midnight pada masa akan datang.

Senarai lagu Meteora sunting

  1. Foreword - 0:13
  2. Don't Stay - 3:07
  3. Somewhere I Belong - 3:33
  4. Lying From You - 2:55
  5. Hit The Floor - 2:44
  6. Easier To Run - 3:24
  7. Faint - 2:42
  8. Figure.09 - 3:17
  9. Breaking The Habit - 3:16
  10. From The Inside - 2:55
  11. Nobody's Listening - 2:58
  12. Session - 2:24
  13. Numb - 3:07