Meter per saat (atau meter sesaat) ialah satu unit terbitan SI untuk kelajuan (skalar) dan halaju (kuantiti vektor yang menyatakan kedua-dua magnitud dan arah tertentu), ditakrifkan sebagai jarak dalam unit meter dibahagi dengan masa dalam unit saat.

Simbol unit SI bagi meter per saat ialah m·s-1, m s-1, m/s atau m/s.[1] Jika meter per saat adalah terlalu perlahan untuk ukuran-ukuran seperti di tahap astronomikal, halaju boleh dinyatakan dalam bentuk kilometer per saat di mana 1 km/s bersamaan dengan 1000 meter per saat.

Penukaran sunting

1 m/s bersamaan dengan:

= 3.6 km·h-1 (tepat)
≈ 3.2808 kaki per saat (lebih kurang)
≈ 2.2369 batu sejam (lebih kurang)
≈ 1.9438 knot (lebih kurang)

1 kaki per saat = 0.3048 m·s-1 (tepat)

1 batu sejam = 0.44704 m·s-1 (tepat)

1 km·h-1 = 0.27 m·s-1 (tepat)

1 kilometer per saat bersamaan dengan:

≈ 0.6213 batu per saat (lebih kurang)
≈ 2237 batu sejam (lebih kurang)

Hubungan dengan ukuran-ukuran lain sunting

Walaupun m·s-1 ialah satu unit terbitan SI, ia boleh dilihat seperti lebih asasi daripada meter, kerana unit meter kini ditakrifkan daripada kelajuan cahaya di dalam ruang vakum, yang kini ditakrifkan sebagai tepat 299,792,458 m·s-1 oleh BIPM.[2] Satu meter per saat ialah 1/299,792,458 kelajuan cahaya dalam vakum.

Unit benz, dinamakan sempena Karl Benz, telah dicadangkan sebagai unit yang setara dengan meter per saat.[3] Walaupun ia menerima beberapa sokongan sebagai satu unit yang praktikal,[4] terutamanya daripada sumber-sumber Jerman,[3] ia tidak diterima sebagai unit SI untuk halaju[5] dan belum digunapakai atau diterima secara meluas.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Brosur SI, Seksyen 5.1
  2. ^ BIPM - meter
  3. ^ a b Klein HA. (2011). The Science of Measurement: A Historical Survey. Dover Publications. m/s. 695. ISBN 978-0486258393.
  4. ^ Heijungs R. (2005). "On the Use of Units in LCA". The International Journal of Life Cycle Assessment. 10 (3): 174. doi:10.1065/lca2005.02.199.
  5. ^ Cardarelli F. (2004). Encyclopaedia of Scientific Units, Weights and Measures: Their SI Equivalences and Origins. Terjemahan oleh MJ Shields. (ed. semakan ke-3). Springer. m/s. 217. ISBN 978-1852336820.
  6. ^ Dresner S. (1974). Units of Measurement: An Encyclopaedic Dictionary of Units Both Scientific and Popular and the Quantities They Measure. Harvey Miller and Medcalf. m/s. 13. ISBN 978-0-85602-036-0.

Pautan luar sunting