Metro Ahad merupakan sebuah akhbar bahasa Melayu terbitan Kumpulan NSTP.

Metro Ahad
JenisAkhbar mingguan
FormatPencetakan
BahasaMelayu
Edaran263,649 naskhah sehari (Audit Bereau Circulation - tempoh 1 Julai 2005 - 30 Jun 2006
PenerbitKumpulan NSTP

Metro Ahad merupakan akhbar yang kedua tertinggi pembacanya di Malaysia. Jumlah edarannya ialah sebanyak 263,649 naskhah sehari (berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Audit Bereau Circulation atau ringkasnya ABC, bagi tempoh 1 Julai 2005 - 30 Jun 2006) dan dibaca oleh seramai 2,375,000 pembaca sehari (berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Media Atlas Malaysia bagi tempoh suku ke-3 bagi 2005 hingga suku ke-3 bagi 2006). Ia merupakan edisi hari Ahad bagi akhbar Harian Metro.