Michael Ballack (lahir September 26, 1976) ialah seorang pemain bola sepak Jerman yang merupakan kapten pasukan kebangsaan Jerman terkini.

Michael Ballack
Maklumat peribadi
Nama penuh Michael Ballack
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Selangor Fc
Nombor 13
Kerjaya remaja
1983–1995 Chemnitzer FC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1995–1997
1997–1999
1999–2002
2002–2006
2006–
Chemnitzer FC
1. FC Kaiserslautern
Bayer 04 Leverkusen
FC Bayern Munich
Chelsea F.C.
015 0(0)
046 0(4)
079 (27)
107 (44)
044 (11)
Pasukan kebangsaan
1996–1998
1999–
Jerman U-21
Jerman
019 0(7)
080 (35)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada Mei 13 2008
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga Mei 27 2008

Biografi sunting

Dilahirkan di Görlitz, Jerman Timur, Ballack dikenali sebagai seorang pemain yang serba boleh dan sangat teratur, amat sesuai ketika menyerang, mahupun bertahan. Susuk badannya yang tinggi telah memberikannya kelebihan dalam perebutan bola di udara. Beliau menjadi sanjungan ramai ketika peranannya sebagai pemain tengah mewakili Bayer Leverkusen menunjukkan permainan yang berkesan apabila menyerang mahupun bertahan. Perpindahannya ke KBS Bayern Munich di bawah bimbingan Ottmar Hitzfeld dan Felix Magath telah memberikan Ballack peranan baru yang menyaksikannya lebih bertindak dalam peranan pertahanan, berbanding dengan serangan, dengan beliau tidak begitu kerap ke hadapan tetapi sebaliknya menumpukan usahanya pada perlindungan empat orang pemain di belakang serta mengagih-agihkan bola. Bagaimanapun, beliau kekal merupakan seorang pemain tengah petak ke petak kepada pasukan kebangsaan Jerman.

Ballack berupaya bermain dengan kedua-dua kakinya, serta di udara. Ciri-ciri ini telah memberikannya anugerah pemain tahunan Jerman buat tiga kali, iaitu pada tahun 2002, 2003, dan 2005. Beliau kini telah menjadi salah satu ikon sukan Jerman yang utama.

Pada tahun 2004, Ballack dijadikan kapten untuk pasukan kebangsaan Jerman oleh Jürgen Klinsmann, jurulatih pasukan kebangsaan ketika itu. Joachim Löw, ketua jurulatih Jerman yang terkini, telah menunjukkan bahawa beliau akan mengekalkan Ballack sebagai kapten. Ballack telah memakai baju nombor 13 untuk setiap kelab yang pernah beliau main, termasuk juga pasukan kebangsaan Jerman. Beliau telah dimasukkan ke dalam FIFA 100.

Ballack dan pasangannya, Simone Lambe, mempunyai tiga orang anak, iaitu: Louis, (lahir pada 16 Ogos 2001), Emilio (19 September 2002) dan Jordi (17 Mac 2005). [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Data Peribadi". www.michael-ballack.com. Dicapai pada 5 Oktober 2006.

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Oliver Kahn
Kapten Jerman
2004–2010
Diikuti oleh:
Philipp Lahm

Templat:Skuad Jerman Piala Konfedarasi FIFA 1999

Templat:Skuad Jerman Piala Konfedarasi FIFA 2005