Michael Fred Phelps II (lahir 30 Jun 1985) ialah seorang perenang paling berjaya di Sukan Olimpik dengan 28 pingat. Perenang Amerika Syarikat ini juga memegang rekod 23 pingat emas Olimpik, termasuk 13 pingat emas acara individu. Beliau juga memegang rekod bilangan pingat emas terbanyak dalam satu temasya Olimpik, iaitu sebanyak lapan butir dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.[5] Dalam Sukan Olimpik London 2012, Phelps telah memenangi empat emas dan dua perak.

Michael Phelps
Michael Phelps di Sukan Olimpik Beijing 2008
Maklumat peribadi
Nama penuhMichael Fred Phelps II[1]
Nama samaranThe Baltimore Bullet;[2] Flying Fish[3]
Kewarganegaraan Amerika Syarikat
Ketinggian6 ka 4 in (1.93 m)[4]
Berat badan190 lb (86 kg)[4]
Sukan
SukanRenang
StrokKuak lentang, kupu-kupu, rampaian individu, gaya bebas
KlubNorth Baltimore Aquatic Club
Rekod pingat
Renang lelaki
Mewakili  Amerika Syarikat
Sukan Olimpik
Pingat emas – tempat pertama Athens 2004 100 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Athens 2004 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Athens 2004 200 m rampai individu
Pingat emas – tempat pertama Athens 2004 400 m rampai individu
Pingat emas – tempat pertama Athens 2004 4 x 200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Athens 2004 4 x 100 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 100 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 200 m rampai individu
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 400 m rampai individu
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 4 x 100 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 4 x 200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Beijing 2008 4 x 100 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama London 2012 100 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama London 2012 200 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama London 2012 4 × 200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama London 2012 4 × 100 m rampaian
Pingat perak – tempat kedua London 2012 200 m kupu-kupu
Pingat perak – tempat kedua London 2012 4 × 100 m gaya bebas
Pingat gangsa – tempat ketiga Athens 2004 200 m gaya bebas
Pingat gangsa – tempat ketiga Athens 2004 4 × 100 m gaya bebas
Kejohanan Dunia – Jarak Jauh
Pingat emas – tempat pertama Fukuoka 2001 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Barcelona 2003 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Barcelona 2003 200 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Barcelona 2003 400 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Barcelona 2003 4×100 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Montreal 2005 200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Montreal 2005 200 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Montreal 2005 4×100 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Montreal 2005 4×200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Montreal 2005 4×100 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Melbourne 2007 200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Melbourne 2007 100 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Melbourne 2007 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Melbourne 2007 200 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Melbourne 2007 400 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Melbourne 2007 4×100 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Melbourne 2007 4×200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Rom 2009 100 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Rom 2009 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Rom 2009 4×100 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Rom 2009 4×200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Rom 2009 4×100 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Shanghai 2011 100 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Shanghai 2011 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Shanghai 2011 4×200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Shanghai 2011 4×100 m rampaian
Pingat perak – tempat kedua Barcelona 2003 100 m kupu-kupu
Pingat perak – tempat kedua Barcelona 2003 4×200 m gaya bebas
Pingat perak – tempat kedua Montreal 2005 100 m kupu-kupu
Pingat perak – tempat kedua Rom 2009 200 m gaya bebas
Pingat perak – tempat kedua Shanghai 2011 200 m gaya bebas
Pingat perak – tempat kedua Shanghai 2011 200 m rampaian
Pingat gangsa – tempat ketiga Shanghai 2011 4×100 m gaya bebas
Kejohanan Dunia – Jarak Dekat
Pingat emas – tempat pertama 2004 Indianapolis 200 m gaya bebas
Kejohanan Pan Pasifik
Pingat emas – tempat pertama Yokohama 2002 200 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Yokohama 2002 400 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Yokohama 2002 4×100 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Victoria 2006 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Victoria 2006 200 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Victoria 2006 400 m rampaian
Pingat emas – tempat pertama Victoria 2006 4×100 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Victoria 2006 4×200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Irvine 2010 100 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Irvine 2010 200 m kupu-kupu
Pingat emas – tempat pertama Irvine 2010 4x100 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Irvine 2010 4x200 m gaya bebas
Pingat emas – tempat pertama Irvine 2010 4x100 m rampaian
Pingat perak – tempat kedua Yokohama 2002 200 m kupu-kupu
Pingat perak – tempat kedua Yokohama 2002 4×200 m gaya bebas
Pingat perak – tempat kedua Victoria 2006 200 m lentang

Phelps kini memegang tujuh rekod dunia dalam sukan renang.[6] Tiga daripadanya adalah dalam acara individu, iaitu 100 meter kupu-kupu, 200 meter kupu-kupu dan 400 meter rampai individu. Keseluruhannya, Phelps telah meraih 70 pingat dalam pertandingan antarabangsa, iaitu 56 butir pingat emas, 11 perak dan tiga gangsa dalam Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia dan Kejohanan Pan Pasifik.

Gelaran-gelaran antarabangsa dan rekod-rekod dunia yang dipegang Phelps telah menyumbangkannya dengan berbagai-bagai anugerah termasuk enam kali Anugerah World Swimmer of the Year pada tahun-tahun 2003-2004 dan 2006-2009, dan lapan kali Anugerah American Swimmer of the Year pada tahun-tahun 2001-2004 dan 2006-2009. Kejayaan Olimpik 2008nya juga menyebabkan majalah Sports Illustrated memberikannya anugerah Sportsman of the Year.

Selepas Sukan Olimpik 2008, Phelps menubuhkan Yayasan Michael Phelps, yang berusaha mengembangkan sukan renang dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat.

Rekod dunia sunting

Dengan 32 rekod dunia (26 individu, 6 berganti-ganti), pada Ogos 2008, Phelps kian menghampiri rekod 33 rekod dunia yang dipegang Mark Spitz (26 individu, 7 berganti-ganti). Semua rekod-rekod ini dicatat dalam kolam renang berhaluan panjang (50 meter); rekod yang sedia ada ditebalkan.

# Jarak Acara Masa Tempat Tarikh
1 200 m Kuak kupu-kupu 1:54.92 Austin, Texas, AS 2001-03-30
2 200 m Kuak kupu-kupu (2) 1:54.58 Fukuoka, Jepun 2001-07-24
3 400 m Rampai individu 4:11.09 Ft. Lauderdale, Florida, AS 2002-08-15
4 4x100 m Rampai berganti-ganti[a] 3:33.48 Yokohama, Jepun 2002-08-29
5 400 m Rampai individu (2) 4:10.73 Indianapolis, Indiana, AS 2003-04-06
6 200 m Rampai individu 1:57.94 Santa Clara, California, AS 2003-06-29
7 200 m Kuak kupu-kupu (3) 1:53.93 Barcelona, Sepanyol 2003-07-22
8 200 m Rampai individu (2) 1:57.52 Barcelona, Sepanyol 2003-07-24
9 100 m Kuak kupu-kupu 51.47 Barcelona, Sepanyol 2003-07-25
10 200 m Rampai individu (3) 1:56.04 Barcelona, Sepanyol 2003-07-25
11 400 m Rampai individu (3) 4:09.09 Barcelona, Sepanyol 2003-07-27
12 200 m Rampai individu (4) 1:55.94 College Park, Maryland, AS 2003-08-09
13 400 m Rampai individu (4) 4:08.41 Long Beach, California, AS 2004-07-07
14 400 m Rampai individu (5) 4:08.26 Athens, Greece 2004-08-14
15 200 m Kuak kupu-kupu (4) 1:53.80 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-17
16 4x100 m Rampai gaya bebas [b] 3:12.46 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-19
17 200 m Rampai individu (5) 1:55.84 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-20
18 200 m Kuak kupu-kupu (5) 1:53.71 Columbia, Missouri, AS 2007-02-17
19 200 m Gaya bebas 1:43.86 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-27
20 200 m Kuak kupu-kupu (6) 1:52.09 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-28
21 200 m Rampai individu (6) 1:54.98 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-29
22 4x200 m Rampai gaya bebas[c] 7:03.24 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-30
23 400 m Rampai individu (6) 4:06.22 Melbourne, Victoria, Australia 2007-04-01
24 400 m Rampai individu (7) 4:05.25 Omaha, Nebraska, AS 2008-06-29
25 200 m Rampai individu (7) 1:54.80 Omaha, Nebraska, US 2008-07-04
26 400 m Rampai individu (8) 4:03.84 Beijing, China 2008-08-10
27 4x100 m Rampai gaya bebas (2)[d] 3:08.24 Beijing, China 2008-08-11
28 200 m Gaya bebas (2) 1:42.96 Beijing, China 2008-08-12
29 200 m Kuak kupu-kupu (7) 1:52.03 Beijing, China 2008-08-13
30 4x200 m Rampai gaya bebas (2)[e] 6:58.56 Beijing, China 2008-08-13
31 200 m Rampai individu (8) 1:54.23 Beijing, China 2008-08-15
32 4x100 m Rampai berganti-ganti (2)[a] 3:29.34 Beijing, China 2008-08-17
a bersama Aaron Peirsol, Brendan Hansen, dan Jason Lezak
b bersama Neil Walker, Cullen Jones, dan Jason Lezak
c bersama Ryan Lochte, Klete Keller, dan Peter Vanderkaay
d bersama Garrett Weber-Gale, Cullen Jones, dan Jason Lezak
e bersama Ryan Lochte, Ricky Berens, dan Peter Vanderkaay

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Michael Phelps". TVGuide.com. Dicapai pada 28 Julai 2012.
  2. ^ Harris, Nick. "'Baltimore Bullet' has history in his sights". Baltimore Sun. 2008-08-11.
  3. ^ "'Flying Fish' Phelps largely unknown in China". MSNBC.com. 2008-08-17. Dicapai pada 2012-04-21.
  4. ^ a b "National Team Bios". USA Swimming. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-05. Dicapai pada 2012-08-01.
  5. ^ "2004 Olympic Games swimming results". Dicapai pada 2007-07-22.
  6. ^ Celizic, Mike. "Phelps officially world's greatest athlete ever". MSNBC News. 2008-08-15

Pautan luar sunting