Mikoyan MiG-29 (Rusia: Микоян МиГ-29) adalah sebuah pesawat pejuang generasi ke-4 yang direka sebagai sebuah pesawat untuk peranan penguasaan udara dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Dibangunkan pada tahun 1970-an oleh Biro Rekabentuk Mikoyan , pesawat ini kemudian memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet pada tahun 1982, dan masih digunakan oleh Tentera Udara Rusia dan negara-negara lain sehingga sekarang. Nama pengenalan NATO bagi MiG-29 adalah "Fulcrum", yang mana secara tidak rasmi turut digunakan oleh juruterbang Soviet.[6] Pesawat ini pada asasnya dibina bagi menentang ancaman pesawat pejuang baru A.S seperti F-16 Fighting Falcon dan F/A-18 Hornet.

MiG-29
Pesawat latihan MiG-29UB milik Tentera Udara Rusia.
Peranan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Negara pengeluar  Kesatuan Soviet
 Rusia
Pengeluar Mikoyan
Penerbangan sulung 6 Oktober 1977
Diperkenalkan Julai 1982
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Tentera Udara Ukraine
Tentera Udara Algeria
Tentera Udara India
Dikeluarkan 1982-kini
Jumlah dibina 1,600+[1]
Kos seunit AS$11 juta (MiG-29B, 1984, 1999)[2][3]
AS$29 juta (kos purata, 2009)[4][5]
Kelainan Mikoyan MiG-29M
Mikoyan MiG-29K
Mikoyan MiG-35

Pembangunan sunting

 
Pesawat MiG-29 selepas melakukan penerbangan demonstrasi di Pameran Udara Abbotsford.

Sejarah pembangunan MiG-29, seperti pesawat Sukhoi Su-27, bermula pada tahun 1969 apabila Kesatuan Soviet mengetahui program "F-X" Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mana menghasilkan pesawat F-15 Eagle. Soviet menyedari bahawa pesawat pejuang baru A.S akan memiliki kelebihan teknologi ketara berbanding kesemua pesawat pejuang sedia ada Soviet. Pesawat MiG-21 adalah sebuah pesawat lincah pada ketika itu tetapi memiliki kekurangan dari segi jarak, persenjataan dan potensi pembangunan lanjut. Pesawat MiG-23, pula dibangunkan untuk menandingi pesawat F-4 Phantom II, adalah sangat pantas dan mempunyai lebih ruang untuk bahan api dan peralatan tetapi kekurangan dari segi keboleh kendalian dan keupayaan tempur di udara. Apa yang diperlukan adalah sebuah pesawat yang mempunyai keseimbangan yang baik antara kelincahan dan system canggih. Sebagai tindak balas ini, Staf Jeneral Soviet telah mengeluarkan keperluan untuk Perspektivnyy Frontovoy Istrebitel (PFI, atau "Perspective Frontline Fighter"). Berdasarkan spesifikasi yang ketat, Rusia telah mengariskan keperluan pesawat yang memiliki jarak operasi jauh, keperluan landasan pendek, lincah, kelajuan melebihi Mach 2+, dan persenjataan berat. Rekabentuk aerodinamik untuk pesawat baru ini dilakukan oleh TsAGI dengan kerjasan biro rekabentuk Sukhoi.

Pada tahun 1971, Soviet mendapati bahawa pesawat PFI adalah terlalu mahal untuk dibeli dalam kuantiti yang diperlukan, dan memecahkannya kepada program TPFI (Tyazhyolyy Perspektivnyy Frontovoy Istrebitel, "Pesawat Taktikal Termaju Kelas Berat") dan program LPFI (Lyogkiy Perspektivnyy Frontovoy Istrebitel, "Pesawat Taktikal Termaju Kelas Ringan"). Pembangunan lanjut pesawat taktikal kelas berat kekal bersama dengan firma Sukhoi, yang mana menghasilkan pesawat Sukhoi Su-27, sementara pesawat taktikal kelas ringan telah diberikan kepada firma Mikoyan. Rekabentuk terperinci yang bermula pada tahun 1974 telah menghasilkan Produk 9, ditandakan sebagai MiG-29A. Penerbangan sulung telah berjaya dilakukan pada 6 Oktober 1977. Pesawat pra-pengeluaran pertama kalinya berjaya dikesan oleh satelit pengawasan Amerika Syarikat pada November 1977; dinamakan sebagai Ram-L kerana pesawat ini dilihat di Pusat Ujian Penerbangan Zhukovsky berdekatan bandar Ramenskoye. Spekulasi awal negara Barat mencadangkan rekabentuk pesawat Ram-L menyerupai pesawat YF-17 Cobra dengan dikuasai enjin turbin jet pembakaran lanjut Tumansky R-25.

Meskipun, terdapat kelewatan pada kemajuan program disebabkan oleh kemusnahan dua buah pesawat prototaip dalam kemalangan berkaitan enjin, pesawat versi pengeluaran MiG-29B telah mula memasuki perkhidmatan pada Ogos 1982 di Pangkalan Udara Kubinka. Ujian penerimaan telah dilengkapkan pada 1984, dan penghantaran bermula pada tahun yang sama kepada Tentera Udara Soviet.

Ciri-ciri rekabentuk sunting

 
Pesawat Mig-29UB yang digunakan oleh Pasukan aerobatik Swifts.
 
Pandangan kokpit pesawat MiG-29.

Disebabkan pesawat ini dibangunkan berdasarkan parameter sepertimana yang digariskan oleh TsAGI untuk program asal PFI, MiG-29 dari segi aerodinamiknya sama dengan pesawat Sukhoi Su-27, dengan beberapa perbezaan ketara. Ia dibina dengan menggunakan banyak bahan aluminium dan beberapa bahan komposit. It has a mid-mounted swept wing with blended leading-edge root extensions (LERXs) swept at around 40°. There are swept tailplanes and two vertical fins, mounted on booms outboard of the engines. Automatic slats are mounted on the leading edges of the wings; they are four-segment on early models and five-segment on some later variants. On the trailing edge, there are maneuvering flaps and wingtip ailerons.

MiG-29 memiliki kawalan hidraulik dan pemanduan automatik tiga-paksi SAU-451 tetapi, tidak seperti Su-27, tidak memiliki sistem kawalan terbang-dengan-wayar. Walaupun begitu, MiG-29 sangat lincah, dengan belokan pusingan serta merta dan kekal yang menggagumkan, keupayaan tingi alpha dan rintangan umum pada putaran. Kerangka pesawat boleh menahan tekanan manuver Daya-G sehingga 9 (88 m/s²). Kawalan memiliki penghad "lembut" untuk mengelakan juruterbang melebihi had g dan alpha, akan tetapi ciri-ciri boleh dimatikan secara manual. Semasa latihan bersama Tentera Udara Amerika Syarikat dan Luftwaffe, MiG-29 Luftwaffe telah berjaya mengalahkan pesawat F-16 dalam pertempuran jarak dekat dengan menggunakan penderia IRST dan paparan lekapan helmet, bersama-sama peluru berpandu Vympel R-73 (NATO: AA-11 'Archer').

Sejarah operasi sunting

MiG-29 pertama kali dilihat di khalayak ramai di negara Barat semasa lawatan ke Finland pada bulan Julai 1986. Dua buah pesawat dipamerkan di Pameran Udara Farnborough di Britain pada bulan September 1988. ahun berikutnya, pesawat ini melakukan penerbangan pertunjukan di Pameran Udara Paris pada 1989, di mana sebuah MiG-29 telah terhempas (tanpa kemalangan jiwa) semasa hujung minggu pertama pameran ini.[7] Pertunjukan di Pameran Udara Paris adalah merupakan pertunjukan kali kedua bagi pesawat pejuang Soviet di pameran udara antarabangsa sejak tahun 1930-an. Pemerhati Barat kagum akan keupayaan ketara and kelincahan menakjubkan yang ditunjukan oleh pesawat MiG-29.

Aksi dalam pertempuran sunting

Kesatuan Soviet telah mengeksport MiG-29 ke beberapa negara membangun. Disebabkan pesawat pejuang generasi keempat memerlukan juruterbang untuk menjalani latihan ekstensif, kemudahan pertahanan udara dan penyelenggaraan dan tingkat upaya yang berterusan, pesawat MiG-29 memeliki sejarah operasi yang berbagai-bagai dengan tentera udara dari negara yang berlainan.[penyelidikan asli?] Sebagai contoh, MiG-29 mempunyai sejarah operasi yang mengagumkan dengan Tentera Udara India yang mana telah banyak melaburkan dana ke atas pesawat ini, walaubagaimanapun pesawat ini tidak mempunyai rekod baik semasa berkhidmat dalam di negara-negara seperti Iraq dan Yugoslavia.

  • Pada 1991, juruterbang MiG-29 Iraq telah melibatkan pesawat ini dalam pertempuran semasa Perang Teluk. Berdasarkan rekod Tentera Udara Amerika Syarikat, lima buah MiG-29 telah di tembak jatuh oleh pesawat-pesawat F-15 Eagle.[8] Juruterbang Iraq telah menerbangkan lapan buah MiG-29 ke Iran yang mana pesawat-pesawat ini kemudiannya telah diserap ke dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Iran. Tentera Udara Iran sekarang juga telah membeli dan menggunakan MiG-29.
  • Pada 1999, dua buah MiG-29 milik Tentera Udara Eritrea telah ditembak jatuh oleh pesawat Sukhoi Su-27 milik Tentera Udara Ethiopia yang diterbangkan oleh juruterbang upahan Rusia (berdasarkan beberapa laporan) [perlu rujukan]; kejadian pertama berlaku pada 25 Februari 1999 dan kejadian kedua pada 26 Februari 1999. Terdapat beberapa laporan lain yang menyatakan pesawat MiG-29 Eritrea telah menembak jatuh pesawat dua buah MiG-21 Ethiopia. Laporan lain menyebut pesawat MiG-29 Eritrea telah menembak jatuh tiga buah lagi pesawat MiG-23. Hanya sedikit diketahui berkenaan konflik kecil ini dan laporan dari kedua-dua pihak adalah tidak lengkap. [10]
  • Pada 20 April 2008, pegawai-pegawai Georgia telah menuduh pesawat MiG-29 Rusia menembak jatuh Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) Hermes 450 milik Georgia dan sebahagian rakaman video dari pesawat UAV malang ini menunjukan dengan jelas pesawat MiG-29 melepaskan peluru berpandu udara ke udara ke arahnya. Rusia telah menafikan pesawat MiG-29 adalah miliknya dan menyatakan bahwa tiada juruterbangnya berada di udara pada hari tersebut. Pentadbiran pemisah Abkhazia mendakwa UAV tersebut telah ditembak jatuh oleh pesawat L-39 "disebabkan ianya telah menceroboh ruang udara Abkhazia dan melanggar perjanjian gencatan senjata."[11] Penyiasatan oleh PBB memutuskan video tersebut adalah tulen dan UAV ini telah ditembak jatuh oleh pesawat MiG-29 atau Su-27 milik Rusia menggunakan peluru berpandu panduan haba R-73. [12]
  • Pada 10 Mei 2008, pemberontak dari Pergerakan Kesamaan dan Keadilan Darfur telah menyerang ibu negara Sudan. Semasa serangan ini, pesawat MiG-29 Tentera Udara Sudan telah ditembak jatuh oleh tentera pemberontak dengan menggunakan tembakan mesingan berat 12.7 mm dan 14.5 mm semasa pesawat ini menyerang konvoi kenderaan di pinggir bandar Omdurman, Khartoum. Pesawat ini diterbangkan oleh juruterbang upahan Rusia. Juruterbang ini telah terbunuh apabila payung terjun yang digunakan tidak terbuka semasa melenting keluar dari pesawat. Angkatan tentera Sudan berjaya menangkis serangan ini dan kerajaan Sudan telah menyalahkan Chad kerana menyokong serangan oleh tentera pemberontak. [13] [14]

MiG-29 dalam perkhidmatan India sunting

Tentera Udara India telah memesan lebih daripada 50 buah pesawat MiG-29 pada tahun 1980 semasa pesawat ini masih dalam fasa pembangunan awal. Semenjak digunakan oleh Tentera Udara India pada 1985, pesawat ini telah melalui beberapa siri pengubahsuaian dengan penambahan sistem avionik baru, sub-sistem, enjin turbofan dan radar.[15] Versi dipertingkatkan ini dikenali sebagai Baaz (Hindi: Hawk) dan membentuk komponen penting bagi angkatan pesawat bantuan serangan dalam Tentera Udara India selepas pesawat Sukhoi Su-30MKI.

Rekod operasi pesawat MiG-29 yang baik telah membuatkan India untuk menandatangani perjanjian dengan Rusia pada 2005/06 untuk meningkat upaya 67 buah pesawat MiG-29 yang bernilai AS$ 888 juta. Di bawah perjanjian ini, Rusia telah menukarkan radar asal N-019 dengan radar Phazatron Zhuk-M. Rusia juga telah memberi kebenaran kepada firma India iaitu Hindustan Aeronautics Limited lesen untuk mengeluarkan 120 enjin turbojet RD-33 siri 3 untuk program peningkatan ini[16]. Pesawat MiG-29 juga telah dipasang dengan peralatan pengisian minyak di udara untuk meningkatkan kemampuannya.[17] Pada 2008, Tentera Udara India akan menganugerahkan kontrak kepada MiG Corporation yang bernilai AS$ 900 juta untuk meningkatkan kesemua 69 buah pesawat MiG-29. Peningkatan ini termasuk sistem kawalan senjata, avionik, ergonomik kokpit, peluru berpandu udara ke udara, peluru berpandu udara ke darat keketepatan tinggi dan bom udara "pintar". Pesawat MiG-29 yang ditingkat upaya ini juga mempunyai keupayaan tempur melangkaui ufuk yang dipertingkat. Enam buah MiG-29 kumpulan pertama akan menjalani program tingkat upaya di Rusia sementara 63 buah MiG-29 yang selebihnya akan di jalankan di kemudahan Hindustan Aeronautics di India. India juga telah menganugerahkan kontrak berjuta dolar kepada firma Israel Aircraft Industries bagi membekalkan avionik dan sub sistemnya untuk kerja-kerja tingkat upaya ini.[18]

Konflik Kargil sunting

Pesawat MiG-29 India telah terlibat dalam Perang Kargil di Kashmir pada tahun 1999. Tentera Udara India telah menggunakan pesawat MiG-29 secara luas untuk mengiringi pesawat Mirage 2000 yang digunakan untuk menjatuhkan bom panduan laser ke atas sasaran-sasaran musuh. Berdasarkan sumber-sumber dari India, dua buah pesawat MiG-29 dari Skuadron No. 47 (Pemanah Hitam) berjaya mengunci dua buah pesawat F-16 Fighting Falcon Tentera Udara Pakistan yang berada hampir dengan ruang udara India. Disebabkan India dan Pakistan tidak berperang pada masa itu, pesawat MiG telah diarahkan oleh pusat arahan Tentera Udara India untuk menghentikan tindakannya.[19] Selepas kejadian ini, Tentera Udara Pakistan telah mengarahkan pesawatnya untuk berada dalam ruang udara Pakistan. Bagaimanapun, dakwaan ini telah disangkal oleh Tentera Udara Pakistan dan tidak terdapat bukti untuk menyokong dakwaan Tentera Udara India. Semasa konflik ini, pesawat MiG-29 Fulcrum telah dipersenjatai dengan peluru berpandu RVV-AE dengan keupayaan BVR membolehkannya untuk menguasai ruang udara.

MiG-29 dalam perkhidmatan dengan Yugoslavia dan Serbia sunting

Tentera Udara Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia telah membeli sejumlah 14 buah MiG-29 dan dua buah MiG-29UB daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1987. Pesawat telah ditanda sebagai L-18 (Lovac, pejuang), atau NL-18 ('Nastavni Lovac, pejuang latihan) untuk versi "UB".

Nombor siri pesawat pejuang MiG-29 dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Yugoslavia:

  • MiG-29: 18101-18114
  • MiG-29UB: 18301-18302

Perang NATO menentang Republik Persekutuan Yugoslavia sunting

Perang MiG terus digunakan dalam Tentera Udara RPY dan akhirnya dengan Tentera Udara Serbia. Semasa sekatan senjata yang dikenakan ke atasnya, keadaan pesawat MiG semakin buruk. Apabila operasi Tentera Bersekutu dimulakan, pesawat MiG Yugoslavia telah berusia 15 tahun dan kekurangan alat ganti. Dua buah pesawat MiG-29 pertama yang dimusnahkan adalah No. 18112 (Mej. Iljo Azrinov, ditembak jatuh berdekatan Priština) dan No. 18111 (Mej. Nebojša Nikolić, berdekatan Titel), pada 24 Mac. Mereka terbang dari Pangkalan Udara Slatina. MiG-29 No. 18106 yang diterbangkan oleh Mej. Predrag Milutinović telah ditembak jatuh berdekatan Kruševac pada hari yang sama. Pada 26 Mac, MiG-29 No. 18114 yang diterbangkan oleh Mej. Slobodan Perić dan No.18113 yang diterbangkan oleh Kapt. Kelas Pertama Zoran Radoslavljević berlepas dari Pangkalan Udara Batajnica untuk memintas pesawat NATO yang terbang tinggi – iaitu dua buah F-15C yang melakukan tugas tinjauan udara rapat berdekatan Bosnia. Perić telah ditembak jatuh berdekatan Bijeljina, dan telah melenting keluar dengan selamat, akan tetapi Radoslavljević, yang ditembak jatuh berdekatan Valjevo telah terbunuh. MiG-29 No.18110 yang diterbangkan oleh Mej. Slobodan Tešanović telah terhempas berdekatan lapangan terbang Užice-Ponikve dalam penerbangan biasa pada 4 Mei. Pesawat MiG terakhir yang dimusnahkan di udara adalah MiG-29 No.18109 yang diterbangkan oleh Kolonel Milenko Pavlovic, komander Rejimen Penerbangan Pesawat Pejuang ke-204, turut terbunuh. Kolonel Pavlovic menerbangkan MiG-29 untuk memintas serangan pesawat NATO di Valjevo, kawasan kediamannya, yang mana berlaku gempa bumi pada malam sebelumnya dan kemudian oleh serangan berat NATO. Terlambat ke tempat kejadian dan kegagalan sistem persenjataan dan navigasi pada pesawatnya, Lt.Kol. Pavlovic kemudian dipintas oleh pesawat F-16C Tentera Udara A.S. Lt. Col. Pavlovic telah ditembak jatuh dalam masa yang singkat dan telah terbunuh.

Selepas perang sunting

 
MiG-29 No. 18108 milik Tentera Udara Serbia di Pangkalan Udara Batajnica semasa Hari Penerbangan Serbia di St Elijah, 2 Ogos 2008

Unit ini terus menggunakan lima buah MiG-29 yang tinggal (pada kadar kekerapan yang rendah) selepas perang tamat, walaupun kehilangan pesawat ini ditampung oleh pesawat MiG-21 yang telah dikeluarkan dari Pristina selepas perang tamat. Pada musim bunga 2004, berita tersebar bahawa Tentera Udara Serbia dan Montenegro telah menamatkan operasi pesawat MiG-29, disebabkan pesawat ini tidak boleh lagi diselenggara.[20]

Kini, pesawat MiG-29 telah berkhidmat kembali dengan Tentera Udara Serbia. In the 101.LAE (ex-127.LAE together with ex-126.LAE), sebahagian dari Pangkalan Udara ke-204, pesawat MiG-29 pertama beroperasi pada Februari 2008, pesawat kedua pada Mac 2008 (versi UB no.18301) dan pesawat ketiga pada Mei 2008. Dua buah pesawat lagi akan beroperasi sebelum musim panas 2008, apabila enjin dan komponen-komponennya dihantar balik setelah dibaik pulih di Rusia. MiG-29 No.18101, pesawat pertama dibaik pulih, pertama kali dipertontonkan kepada umum pada 15 Februari, semasa Hari Ketenteraan Serbia dan Hari Kebangsaan Republik Serbia, semasa latihan ketenteraan "Sretenje 2008" di Niš. Pesawat ini diterbangkan oleh Kol Nebojska Djukanovic, Ketua Tentera Udara dan Ibupejabat Pertahanan Udara.[21] Pesawat MiG-29 kedua yang kembali dalam perkhidmatan (MiG-29UB No.18301) digunakan untuk melatih juruterbang 101. LAE tidak menerbangkan pesawat MiG-29 sejak 2004.[22] Kali terakhir pesawat MiG-29 Tentera Udara Serbia dilihat di khalayak awam adalah di Novi Sad semasa pertunjukan udara "Čenej 2008". Pesawat 18101, diterbangkan kembali oleh Kol Nebojska Djukanovic muncul pertama kali dengan penyamaran penglihatan dan penandaan kabur. Pesawat ketiga yang dibaik pulih (MiG-29 18105), bersama-sama dengan pesawat pesawat, telah dipertontonkan semasa latihan ketenteraan "Diplomac 2008".[23]

MiG-29 dalam perkhidmatan Jerman sunting

 
Pesawat MiG-29 dengan warna emas, biru dan hitam.

Republik Demokratik Jerman telah membeli 24 buah pesawat MiG-29 (20 buah MiG-29A, empat buah MiG-29UB), yang telah memasuki perkhidmatan pada tahun 1988–1989. Selepas keruntuhan Tembok Berlin pada November 1989 dan penyatuan Jerman pada Oktober 1990, MiG-29 dan pesawat-pesawat lain dalam Luftstreitkräfte der NVA telah digabungkan ke dalam Luftwaffe. Selepas dipertingkatkan oleh DaimlerChrysler Aerospace (sekarang EADS) mengikut kesesuaian NATO, pesawat ini ditandakan sebagai MiG-29G dan MiG-29GT. Pada Mac 1991, sebuah pesawat MiG-29 telah dihantar ke Tentera Udara Amerika Syarikat untuk penilaian, bersama-sama beberapa pesawat Su-22 dan MiG-23.

Persekutuan Saintis Amerika mendakwa pesawat MiG-29 adalah lebih hebat berbanding pesawat F-15 Eagle dan pesawat-pesawat pejuang lain dalam pertempuran udara dekat disebabkan ciri Bidikan Senjata Lekapan Helmet (BSLH) dan pengendalian yang lebih baik.[24] Ini telah dibuktikan apabila pesawat MiG-29 Luftwaffe telah mengambil bahagian dalam latihan bersama DACT dengan pesawat pejuang A.S.[25][26] Juruterbang-juruterbang Luftwaffe secara berterusan memenangi pertempuran jarak dekat. BSLH telah memainkan peranan yang penting dalam kejayaan ini, membolehkan juruterbang Luftwaffe untuk mengunci sebarang sasaran yang dapat dilihat oleh juruterbang dalam medan penglihatan peluru berpandu, termasuk sasaran yang hampir 45 darjah terkeluar dari medan bidikan.[27] Secara perbandingan, pesawat A.S hanya berupaya untuk mengunci sasaran dalam medan bidikan sempit di hadapan muncung pesawat. Sehingga hujung tahun 2003, barulah Tentera Udara A.S dan Tentera Laut A.S berjaya mencapai Keupayaan Operasi Awal terhadap Sistem Ciu Lekapan Bersama Helmet.

Sejak 1993, pesawat NiG-29 Luftwaffe telah diletakkan dengan 1./JG73 "Steinhoff" di Laage berdekatan Rostock. Semasa dalam perkhidmatan dengan Luftwaffe, sebuah MiG-29 ("29+09") telah musnah dalam kemalangan pada 25 Jun 1996 disebabkan kesilapan juruterbang. Sehingga 2003, juruterbang Luftwaffe telah memiliki lebih 30,000 jam penerbangan dengan pesawat MiG-29. Pada September 2003, 22 dari 23 buah pesawat sedia ada telah dijual kepada Tentera Udara Poland dengan harga Simbolik € 1.[28] Pesawat terakhir telah dipindahkan pada Ogos 2004.[3]

Pesawat MiG-29 ke-23 ("29+03") kekal dipamerkan di Laage sebelum dipindahkan ke Luftwaffenmuseum der Bundeswehr di Lapangan Terbang Gatow, Berlin pada 2006.[29]

MiG-29 dalam perkhidmatan Poland sunting

 
MiG-29A 9.12 #4103 daripada Skuadron Taktikal ke-41 di Pangkalan Udara ke-31.

12 buah pesawat MiG-29 pertama (sembilan buah MiG-29A, tiga buah MiG-29UB) telah dihantar ke Poland pada 1989-1990. Pesawat ini telah ditempatkan di Mińsk Mazowiecki dan digunakan oleh Regimen Penerbangan Pejuang Pertama, pada tahun 2001 regimen ini telah distruktur semula sebagai 1 Eskadra Lotnictwa Taktycznego, atau Skuadron Taktikal Pertama. Pada 1995, 10 buah pesawat terpakai telah diperoleh daripada Republik Czech (sembilan buah MiG-29A, sebuah MiG-29UB). Setelah membersarakan pesawat MiG-21 dan MiG-23 pada tahun 2003, Poland hanya memilik 22 buah MiG-29 yang berperanan sebagai pesawat pemintas.

Pada 2004, Poland telah menerima 22 buah MiG-29 dari Luftwaffe. 14 buah darinya telah dibaik pulih dan dibawa kembali ke dalam perkhidmatan Skuadron Taktikal ke-41 dan mengantikan pesawat MiG-21nya. Pada masa sekarang, Poland memiliki sejumlah 32 buah pesawat MiG-29 aktif (26 buah MiG-29A, enam buah MiG-29UB) yang mana akan digunakan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2012-2015. Pesawat-pesawat ini ditempatkan dengan Skuadron Taktikal Pertama di Pangkalan Udara ke-23 berdekatan Mińsk Mazowiecki dan Skuadron Taktikal ke-41 di Pangkalan Udara ke-22 berdekatan Malbork. Setakat 2008, Poland merupakan pengguna pesawat MiG-29 terbanyak dalam NATO. Kemungkinan pemodenan pesawat ini untuk membolehkannya beroperasi sehingga tahun 2020-2025 telah dipertimbangkan, bergantung akan kemungkinan mewujudkan kerjasama dengan firma Mikoyan.

Sejak 2007, pesawat MiG disokong oleh pesawat F-16 Blok 52+ daripada Skuadron Taktikal Ketiga (mengantikan pesawat MiG-21) dan Skuadron Taktikal ke-6 (mengantikan pesawat Su-22), pada tahun 2008 pesawat F-16 juga akan digunakan oleh Skuadron Taktikal Ke-10 (mengantikan pesawat MiG-21).

Terdapat laporan tidak rasmi bahawa Poland pada satu ketika telah meminjamkan pesawat MiG-29 dari inventorinya ke Israel untuk penilaian dan setelah itu dikembalikan semula ke Poland, dipercayai telah difotokan untuk kegunaan Israel.

Pesawat MiG-29 di Amerika Syarikat sunting

Pada 1997, A.S telah membeli 21 buah MiG-29 dari Moldova untuk penilaian dan analisis, di bawah persetujuan Kerjasama Mengurangkan Ancaman. 14 buah darinya adalah dari versi MiG-29S, yang dipasang dengan penyerak radar aktif di dalam tulang belakangnya dan berupaya untuk dilengkapi dengan persenjataan nuklear. Motif A.S untuk membeli pesawat ini adalah untuk mengelakan pesawat ini daripada dijual kepada Iran.[4] Pada hujung 1997, pesawat MiG telah dihantar ke Pusat Perisikan Angkasa dan Udara Kebangsaan (NASIC) di Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson berdekatan Dayton, Ohio. Sebuah pesawat MiG-29S Moldova kini dipamerkan di Muzium Kebangsaan Tentera Udara Amerika Syarikat di Wright-Patterson, dan sebuah pesawat MiG-29UB dipamerkan di ibu pejabat NASIC. Kebanyakan pesawat MiG-29S bekas milik Moldova dipercayai telah dilupuskan. Sebuah pesawat MiG-29 telah dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara Nellis, Nevada, diwarnakan dengan warna Soviet, sementara sebuah yang lain ditempatkan di pangkalan ini dengan warna penyamaran asalnya. Sebuah MiG-29 juga dipamerkan di Stesyen Udara Tentera Laut. Sebuah yang lain dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara MacDill, tanpa kanopi, pesawat ketiga ditempatkan di Pangkalan Tentera Udara Goodfellow, Texas.

Seorang pengumpul persendirian, Don Kirlin, memiliki dua buah pesawat MiG-29 yang dibeli daripada Kyrgyzstan. Pesawat ini dipercayai tidak mempunyai sistem avionik, ekoran larangan Jabatan Negara, oleh itu sistem avionik dari negara Barat diperlukan. Pesawat ini ditempatkan di Lapangan Terbang Wilayah Quincy di Quincy, Illinois. Berdasarkan pekerja lapangan terbang, Kirlin membayar AS$ 100,000 untuk dua buah pesawat ini. Pesawat MiG-29 pada masa sekarang tidak boleh diterbangkan dan memerlukan pembaharuan menyeluruh.[30]

Kelainan sunting

 
MiG-29 "Fulcrum-A" milik Tentera Udara Romania. Perkhidmatan pesawat ini telah ditamatkan.


MiG-29 (Produk 9.12)
Versi pengeluaran awal; memasuki perkhidmatan pada tahun 1983. Kod NATO bagi pesawat ini adalah Fulcrum-A.
MiG-29B-12 (Produk 9.12A)
Versi eksport untuk negara-negara bukan Pakatan Warsaw. Kekurangan sistem untuk membawa senjata nuklear dan memiliki radar yang kurang berupaya, ECM dan IFF.
MiG-29UB-12 (Produk 9.51)
Pesawat latihan dua tempat duduk. Tidak dipasang radar dan meriam GSh-30.
MiG-29S
MiG-29S secara luaran seiras dengan kerangka pesawat "Fatback" MiG-29B. Perbezaan bermula dengan penambahbaikan ke atas sistem kawalan penerbangan. Empat buah komputer baru memberi kestabilan yang lebih baik dan kebolehkawalan dengan meninggikan sudut serangan sebanyak 2°. Sistem kawalan penerbangan mekanikal-hidrolik yang dipertingkat memberi kawalan pemesongan permukaan yang lebih tinggi. Penambahan dorsal bonggol pada bahagian atas fiuslaj MiG-29S (mendapat nama gelaran "Fatback" dalam perkhidmatan) yang mana pada asalnya untuk bahan api tambahan, tetapi sebenarnya, kebanyakan ruangnya digunakan untuk menempatkan sistem ECM L-203BE Gardenyia-1 baru. Muatan tamhanan bahan api dalaman hanya meningkat sedikit iaitu sebanyak 75 liter, menjadikan pecahan bahan api pesawat kira-kira 0.27, setanding dengan F-16. Pesawat ini juga boleh membawa 1,150 liter (304 gelen A.S, 2,000 lb) tangki buang di bawah setiap sayap dan di garis tengah perut pesawat. Tenggekan bawah sayap sebelah dalam ditingkatkan untuk membolehkan pilon susunan sebaris dipasang untuk muatan lebih besar sebanyak 4,000 kg (8,820 lb). Berat keseluruhan maksimum kasar telah meningkat kepada 20,000 kg (44,000 lb).
Penambahbaikan pada MiG-29S juga membolehkan penggunaan peluru berpandu baru seperti R-27E (AA-10 "Alamo") yang mempunyai jarak 1.5 berbanding model asas R-27 disebabkan oleh motor roketnya yang lebih besar. Peluru berpandu ini dahulunya hanya digunakan oleh pesawat Su-27 Flanker. Susun atur tenggekan pesawat juga membolehkan pesawat untuk membawa peluru berpandu udara ke udara jarak jauh radar aktif baru R-77 (AA-12 "Adder").
Asalnya, avionik dalam pesawat MiG-29S hanya ditambah sistem IRST baru yang digabungkan dengan sistem latihan dalaman yang lebih baik yang mana membolehkan simulasi sasaran inframerah dan radar. Walaubagaimanapun, alat penambahbaikan terakhir MiG-29S juga menyediakan radar Phazotron N-019M dan lebih banyak peralatan ujian terbina dalam (terutamanya untuk radar) untuk mengurangkan pengantungan pada peralatan sokongan di darat; MiG MAPO menamakan model ini sebagai MiG-29SD. Sistem algoritma senjata diubah dalam perisian pesawat MiG-29S, digabungkan dengan peningkatan muatan pemprosesan, dan membolehkan penjejakan sehingga 10 sasaran dan menyerang 2 darinya serentak dengan menggunakan peluru berpandu R-77.
MiG-29S memiliki keupayaan serangan darat yang terhad dengan peluru tanpa panduan, untuk mengubah MiG-29 menjadi pesawat pejuang pelbagai peranan, MAPO telah mereka bentuk pesawat versi MiG-29SM dengan sistem avionik yang dipertingkatkan untuk membawa dan melancarkan senjata panduan tepat. Penambahbaikan pada versi "SE/SD/SM" pada MiG-29S, ditambah dengan kehadiran dana pembangunan untuk MiG-29K, memberi MAPO isentif untuk meneruskan program pesawat pejuang pelbagai peranan,MiG-29M "Super Fulcrum".
Keupayaan penerbangan MiG-29S sedikit berkurangan dibandingkan dengan pesawat MiG-29 asal disebabkan oleh berat bahan api dan avionik. Hanya 48 buah MiG-29S telah dibina untuk Tentera Udara Rusia sebelum dananya dihentikan. Daripada jumlah ini, tidak diketahui berapa buah pesawat yang memiliki versi standard penguasaan udara "S" dan berapa buah yang memiliki versi pelbagai peranan "SM". Kod NATO adalah Fulcrum-C.
MiG-29S-13 (Produk 9.13)
Versi sama dengan 9.12, tetapi dengan tulang fiuslaj yang dibesarkan yang mengandungi bahan api tambahan dan penyesak aktif Gardeniya. Kod NATO adalah Fulcrum-C.
MiG-29S-13 (Produk 9.13S)
Kerangka asas sama dengan 9.13, tetapi beban muatan persenjataan luaran ditingkatkan kepada 4,000 kg, dan tambahan dua tangki bahan api di bawah sayap. Radar ditingkat upaya kepada N019ME, yang mana berupaya untuk menjejak 10 sasaran dan menyerang dua darinya secara serentak. Sesuai untuk digunakan bersama peluru berpandu udara ke udara Vympel R-77 (AA-12 "Adder") (seperti AIM-120 AMRAAM). Kod NATO adalah Fulcrum-C.
MiG-29SM (Produk 9.13M)
Berupaya untuk membawa peluru berpandu udara ke permukaan dan bom-bom panduan TV dan laser. Kod NATO adalah Fulcrum-C.
MiG-29K (Product 9.31)
Versi tentera laut, huruf "K" bermaksud "Korabelnogo bazirovaniya", dengan ciri-ciri sayap berlipat, giar penangkap, dan giar mendarat yang diperkukuh. Pada asalnya, pesawat ini akan digunakan di atas kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov, yang mana telah menerima kelulusan pengeluaran dari Kementerian Pertahanan Rusia tetapi kemudian telah dibatalkan disebabkan perubahan doktrin ketenteraan dan masalah kewangan negara.[31] MiG Corporation memulakan semula program ini pada 1999 dan perubahan penting telah dilakukan pada reka bentuk sebelumnya. Pada 20 Januari 2004, Tentera Laut India telah menandatangani kontrak untuk membeli 12 buah pesawat satu tempat duduk MiG-29K dan empat buah pesawat dua tempat duduk MiG-29KUB. Penghantaran dijangka akan dibuat antara tahun 2007 hingga 2009[31][32] Pengubahsuaian telah dibuat untuk memnuhi keperluan Tentera Laut India seperti radar Zhuk-ME, enjin RD-33MK, muatan tempur sehingga 5,500 kg, 13 tenggekan (termasuk pembawa bom berbilang kunci), tangki bahan api tambahan dipasang pada tulang belakang dan sayap dengan pangkal pinggir depan dipanjangkan (LERX), ini bermakna muatan bahan api meningkat sebanyak 50% dibandingkan dengan versi pertama MiG-29 dan sistem kawalan digital fly-by-wire 4 saluran diperbaharui. Dengan menggunakan penyalut khas, pantulan permukaan radar bagi MiG-29K adalah 4-5 kali lebih rendah berbanding pesawat asas MiG-29. Paparan kokpit mengandungi HUD lebar dan tiga (tujuh pada MiG-29KUB) MFD LCD berwarna dan modul satelit GPS French Sigma-95 dan sistem menenang lekapan helmet Topsight E. Ia sesuai dengan julat penuh jenis persenjataan yang dibawa oleh pesawat MiG-29M dan MiG-29SMT.[33] Kod NATO adalah Fulcrum-D.
MiG-29KUB (Produk 9.47)
Memiliki ciri-ciri serupa dengan MiG-29K tetapi dengan dua kerusi dalam konfigurasi sebaris. Bertujuan untuk menjadi pesawat latihan bagi juruterbang MiG-29K dan memiliki keupayaan pertempuran sepenuhnya. MiG-29KUB pertama telah dibangunkan untuk Tentera Laut India telah melakukan penerbangan sulung di Pusat Ujian Pesawat Zhukovsky Rusia pada 22 Januari 2007.[34] Nama kod NATO adalah Fulcrum-D.
 
MiG-29M
MiG-29M / MiG-33 (Product 9.15)
Versi pelbagai peranan termaju, dengan kerangka pesawat yang direka bentuk semula, sistem kawalan mekanikal digantikan dengan sistem fly-by-wire dan enjin RD-33 Siri 3M yang dipertingkat. Kod NATO adalah Fulcrum-D.
MiG-29UBM
Pesawat latihan dua tempat duduk bagi versi MiG-29M. Tidak pernah dibina.
MiG-29SMT (Product 9.17)
Pakej tingkat upaya untuk pesawat MiG-29 generasi pertama (9.12 hingga 9.13) memiliki banyak penambahan bertujuan untuk mencapai versi MiG-29M. Tangki bahan api tambahan di dalam tulang belakang yang dibesarkan memberi jarak penerbangan maksimum 2,100 km (dengan bahan api dalaman). Kokpit dengan rekabentuk HOTAS dipertingkat, dua 152 × 203 mm (6 × 8 inch) paparan pelbagai fungsi LCD dan dua LCD hitam putih kecil. Radar Zhuk-ME dipertingkat memiliki ciri yang sama pada MiG-29M. Enjin ditingkat kepada RD-33 Siri 3 tujahan-lepas pembakaran pada kadar 8,300 kgf (81.4 kN) stiap satu. Muatan persenjataan meningkat kepada 4,500 kg dengan enam tenggekan di bawah sayap dan satu tenggekan di perut pesawat, pilihan persenjataan sama dengan versi MiG-29M. Versi ini sekarang digunakan oleh Tentera Udara Rusia (16 buah), Yemen, Algeria, Syria, dan Iran[perlu rujukan].
MiG-29UBT (Produk 9.51T)
Versi tingkat upaya standard bagi MiG-29UB. Pengguna adalah Algeria dan Yemen.[35][36]
MiG-29M2 / MiG-29MRCA
Versi dua tempat duduk bagi pesawat MiG-29M (kemungkinan besar pesawat MiG-29UBM yang dibatalkan).[perlu rujukan] Mempunyai ciri-ciri seiras dengan MiG-29M, dengan jarak operasi 1800 km. Firma RAC MiG membawa pesawat ini ke pelbagai pertunjukan udara. Pesawat ini pernah ditandakan sebagai MiG-29MRCA untuk tujuan pemasaran dan sekarang dikembangkan sebagai MiG-35.
 
MiG-29OVT semasa dipamerkan
MiG-29OVT
Merupakan sebuah daripada enam buah pesawat pra-bina MiG-29M sebelum 1991, kemudian menerima enjin tijahan vektor d teknologi fly by wire. Ia merupakan pesawat ujian untuk enjin tujahan vektor dan penunjuk teknologi di pelbagai pertunjukan udara untuk menunjukan penambahbaikan masa depan ke atas pesawat MiG-29M. Ia mempunyai sistem avionik yang sama dengan MiG-29M. Perbezaannya hanya dalam susun atur kokpit di mana terdapat suis tambahan untuk menghidupkan fungsi tujahan vektor. Dua enjin tujahan vektor RD-133, setiap satunya memaparkan muncung berputar unik yang boleh memberi pesongan tujahan vektor kesemua arah. Selain dari tujahan vektor, spesifikasi-spesifikasi lain tidak diberi tumpuan. Pesawat ini dipamerkan bersama-sama dengan pesawat MiG-29M2 di pelbagai pertunjukan udara di dunia kepada pengguna yang berpotensi. Pesawat ini kebiasaanya digunakan sebagai pesawat demonstrasi aerobatik.[37]
MiG-35
Pesawat ini dipertontonkan kepada umum baru-baru ini. Pesawat ini telah dipertingkatkan secara ketara. Kod NATO adalah Fulcrum-F.
 
Pesawat MiG-29GT milik bekas Jerman Timur. Diserap ke dalam perkhidmatan Luftwaffe apabila Jerman Timur dan Barat bersatu.
MiG-29G/MiG-29GT
Merupakan tingkat upaya standard bagi pesawat MiG-29 / 29UB milik Luftwaffe, yang diwarisi daripada Jerman Timur berdasarkan piawaian NATO. Kerja-kerja dilakukan oleh MiG Aircraft Product Support GmbH (MAPS), sebuah syarikat usahasama di antara MiG Moscow Aviation Production Association dan DaimlerChrysler Aerospace pada 1993.[38]
MiG-29AS/MiG-29UBS (MiG-29SD)
Tentera Udara Slovakia melakukan tingkat upaya ke atas pesawat MiG-29/-29UB untuk memenuhi keserasian NATO. Kerja dilakukan oleh oleh RAC MiG dan firma-firma Barat bermula pada tahun 2005. Pesawat ini sekarang memiliki sistem navigasi dan komunikasi dari firma Rockwell Collins, sistem IFF dari firma BAE Systems, kokpit kaca baru yang mengandungi paparan pelbagai fungsi LCD dan pemproses digital yang dipasang untuk digabungkan dengan kelengkapan buatan Barat pada masa depan. Walaubagaimanapun, persenjataan pesawat kekal tidak berubah. 12 daripada 21 buah angkatan pesawat MiG-29 telah ditingkat upaya dan dihantar sehingga akhir Februari, 2008.[39]
MiG-29 Sniper
Cubaan untuk mempertingkatkan pesawat milik Tentera Udara Romania oleh firma-firma dari Israel. Program ini telah dihentikan apabila Romania memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan MiG-29 pada tahun 2003. Keputusan dibuat oleh kerajaan Romania disebabkan kos penyelenggaraan MiG-29 yang tinggi. Romania kemudian memutuskan untuk membiayai program bagi pesawat MiG-21 LanceR.

Pengguna sunting

 
MIG29 TUDM Skuadron 17 versi Jalur Gemilang.
 
MIG29 Jalur Gemilang mendarat di RWY15 WMSA.
 
Pengguna MiG-29 dalam warna biru gelap (negara bekas pengguna dalam warna biru cerah)


Pengguna sunting

 
Peta ini menunjukan pengguna terkini (biru) dan bekas pengguna (merah) termasuk Amerika Syarikat
 
MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia
 
Tentera Udara Peru MiG-29SE

Bekas pengguna sunting

Czechoslovakia/ Republik Czech sunting

Kesemua pesawat dijual kepada Poland pada pertengahan 1990-an.

Jerman Timur/ Jerman sunting

Dibersarakan, kebanyakan dijual kepada Poland.

Iraq sunting

Iraq telah menerima sejumlah pesawat MiG-29, dan menggunakan pesawat ini untuk menyerang pesawat Iran semasa Perang Iran-Iraq. Sebuah pesawat MiG-29 milik Iraq berjaya ditembak jatuh oleh pesawat F-14 Tomcat dengan menggunakan peluru berpandu MIM-23 Hawk yang telah diubah suai.[perlu rujukan]

MiG-29 juga terlibat di dalam Perang Teluk Parsi pada tahun 1991. Lima buah pesawat MiG-29 berjaya ditembak jatuh oleh pesawat F-15 Eagle milik Tentera Udara Amerika Syarikat.[60] Beberapa sumber Rusia melaporkan bahawa sebuah pesawat Panavia Tornado milik United Kingdom, ZA467, telah ditembak jatuh di barat laut Iraq oleh sebuah pesawat MiG-29.[61][62] Sumber dari UK pula mendakwa pesawat ini terhempas pada 22 Januari semasa dalam misi ke Ar Rutbah.[63] Kemusnahan lain semasa pertempuran di udara mengikut sumber Rusia termasuk kerosakan pada sebuah pesawat pengebom B-52 di mana mengikut AS telah tersalah tembak oleh pihak sekutu di mana peluru berpandu anti radar, AGM-88 High-speed ke arah meriam ekor pesawat B-52.[64]

Kekuatan asal armada pesawat MiG-29 Tentera Udara Iraq sebanyak 37 buah kemudian turun kepada 12 buah selepas Perang Teluk. Sebuah MiG-29 telah rosak, sementara 4 buah dipindahkan ke Iran.[65] 12 buah pesawat yang tinggal ditarik keluar daripada perkhidmatan pada tahun 1995 di sebabkan Iraq tidak dapat menghantar enjin pesawat untuk dibaik pulih.[66]

Selepas serangan ke atas Iraq 2003 dan pembubaran Angkatan Tentera Iraq pada bulan Mei 2003,[67] pesawat buatan Rusia dan China yang masih tinggal kemudian dilucut tauliah daripada perkhidmatan.

Romania sunting

Menurut sumber Romania, pesawat MiG-29 boleh diaktifkan semula pada sebarang masa.[perlu rujukan]

Soviet Union sunting

Diserahkan kepada negara-negara pengganti.

Yugoslavia sunting

Diserahkan kepada negara-negara pengganti.

Spesifikasi sunting

 
3-view drawing of MiG-29

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 17.37 m (57 kaki)
  • Rentang sayap: 11.4 m (37 kaki 3 in)
  • Tinggi: 4.73 m (15 kaki 6 in)
  • Sayap luas: 38 m² (409 kaki²)
  • Berat kosong: 11,000 kg (24,250 lb)
  • Berat berisi: 16,800 kg (37,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 21,000 kg (46,300 lb)
  • Loji kuasa:Klimov RD-33 turbofan lepas bakar, 8300 kgf (lebih kurang 81.4 kN) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Avionik

  • Radar Phazotron N019, radar N010
  • Lihat juga sunting

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    Rujukan sunting

    Nota sunting

    1. ^ "Products: Military Programs." Diarkibkan 2010-11-20 di Wayback Machine migavia.ru/eng. Retrieved 23 September 2009.
    2. ^ Gordon and Davison 2005, p. 61.
    3. ^ Md. Mamun Murtaza Sheriff. "MiG-29s to be jettisoned". Dicapai pada 14 November 2014.
    4. ^ "Russia To Sell 20 MiG-29 Fighters To Myanmar."[pautan mati kekal] Defense News, via France-Presse, Agence, 23 December 2009.
    5. ^ "Russian MiG-29 Jets 'Attack' China in Myanmar." Pravda, 24 December 2009. Retrieved 1 August 2010.
    6. ^ Zuyev, A.; McConnell, M.. Fulcrum: A Top Gun Pilot's Escape From the Soviet Empire. Warner Books, 1993. ISBN 0-446-36498-3.
    7. ^ The Paris Air Show,
      Twenty Years On
    8. ^ Milestones Diarkibkan 2009-05-16 di Wayback Machine USA Air Force Milestones, 31 Disember 1999.
    9. ^ Cuba 11.589
    10. ^ "Eritrean Fulcrums". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-10. Dicapai pada 2008-08-29.
    11. ^ BBC NEWS | Europe | Rusia 'menembak jatuh dron milik Georgia'
    12. ^ "Georgi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-27. Dicapai pada 2008-05-27.
    13. ^ Strategi
    14. ^ [1]Sudan
    15. ^ MiG-29 Baaz
    16. ^ "News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-02. Dicapai pada 2008-08-29.
    17. ^ India Defence
    18. ^ Times of India
    19. ^ Strategy
    20. ^ ACIG 380
    21. ^ Angkatan Tentera Serbia[pautan mati kekal]
    22. ^ Foto MiG-29
    23. ^ Angkatan Tentera Serbia
    24. ^ FAS MiG-29
    25. ^ Buzzards Diarkibkan 2006-07-04 di Wayback Machine, AeroWeb.
    26. ^ Code One Diarkibkan 2006-10-24 di Wayback Machine, 1995-07.
    27. ^ Lake 1997, m/s. 70.
    28. ^ MiGi za 1 euro w Bydgoszczy Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine (Polonès).
    29. ^ Bundeswehr
    30. ^ Hoffman, Carl. "Membina Tentera Udara Anda Sendiri, Sebuah MiG pada satu masa." Majalah Wired, keluaran 13.10
    31. ^ a b "Rac Mig". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-18. Dicapai pada 2008-08-29.
    32. ^ "India Daily". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31. Dicapai pada 2008-08-29.
    33. ^ "Rac MiG News". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-04-14. Dicapai pada 2008-08-29.
    34. ^ en.rian.ru Fulcrim
    35. ^ Pusat untuk Analisis Strategi dan Teknologi - Komen CAST
    36. ^ "Moscow Defense Brief". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-19. Dicapai pada 2008-08-29.
    37. ^ Aviapedia » Video Mig-29VFT dari siri TV “Smotr”
    38. ^ "Ringkasan pertahanan Moscow". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-20. Dicapai pada 2008-08-29.
    39. ^ MiG-29 Rusia
    40. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "World Military Aircraft Inventory". 2014 Aerospace: Aviation Week and Space Technology, January 2014.
    41. ^ a b "World Air Forces 2014" (PDF). Flightglobal Insight. 2014. Dicapai pada 27 August 2014.
    42. ^ "RAC MiG suggests upgrading MiG-29 fighters operated by the air forces of Bangladesh". Dicapai pada 14 November 2014.
    43. ^ [2] Defence Minister: Nine of Bulgaria's MiG-29 Fighter Jets Need Repair. Retrieved 9 June 2015.
    44. ^ Guy Martin. "Chad receiving MiG-29s". defenceweb.co.za. Dicapai pada 1 April 2015.
    45. ^ "First of Chad's MIG-29 Arrives In N'Djamena". Open Source IMINT. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 January 2015. Dicapai pada 1 April 2015.
    46. ^ Another MiG Mess For The Mongols. strategypage.com. Retrieved 2012-01-27.
    47. ^ "Mongolian Air Force to Acquire MiG-29 Fighter Jets". Airforce-technology.com. 27 July 2011. Dicapai pada 3 October 2014.
    48. ^ "World Military Aircraft Inventory". 2015 Aerospace: Aviation Week and Space Technology, January 2015.
    49. ^ Peruvian MiG upgrades - Flightglobal.com, February 4, 2013
    50. ^ Russia, Peru to Sign MiG-29 Jet Upgrade Deal - Defense-Aerospace.com, May 20, 2013
    51. ^ Flightglobal - World Air Forces 2015 (PDF), Flightglobal.com, 2015.
    52. ^ http://www.chaskor.ru/p.php?id=3357
    53. ^ http://lenta.ru/news/2014/04/15/mig29smt/
    54. ^ http://vpk.name/news/142245_aviapolk_yuvo_poluchil_partiyu_noveishih_istrebitelei_su30sm.html
    55. ^ http://lenta.ru/news/2015/10/14/mig29/
    56. ^ "Order of Battle – Serbia." Milaviapress. Retrieved 5 October 2012.
    57. ^ "Vazduhoplovne brigade – Tango Six (Serbian)." Otvoreni dan 204, 9 April 2012,
    58. ^ "Russia helps keep Syria's MiG-29's flying." IHS Jane's 360. Retrieved: 17 April 2015.
    59. ^ Air USA. "Our Aircraft". Dicapai pada 14 November 2014.
    60. ^ Steve Davies. F-15C Eagle Units in Combat, p. 88. Osprey Combat Aircraft 53.
    61. ^ "один самолет Панавиа «Торнадо» английских ВВС [Tornados: BBC, (in Russian). army.lv. Retrieved 23 October 2010.
    62. ^ "Iraqi air-air victories during the Gulf War 1991." safarikovi.org.com, 2004. Retrieved 7 December 2009.
    63. ^ "ASN Aircraft accident Panavia Tornado GR1 ZA467." Flight Safety Foundation via aviation-safety.net, 21 December 2009.
    64. ^ Lake 2004, pp. 47–48.
    65. ^ "Iran Air Force." globalsecurity.org. Retrieved 19 July 2009
    66. ^ Woods, Kevin M. "Iraqi Perspectives Project Phase II, Um Al-Ma'arik (The Mother of All Battles): Operational and Strategic Insights from an Iraqi Perspective, Volume 1 (Revised May 2008)." Diarkibkan 2016-12-29 di Wayback Machine Defense Technical Information Center via oai.dtic.mil. Retrieved 23 October 2010.
    67. ^ Kaplan, Fred. "Who disbanded the Iraqi army?" Slate, 7 September 2007. Retrieved 9 December 2011.
    68. ^ "FLUG REVUE Datafiles: Mikojan MiG-29". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-20. Dicapai pada 2008-08-29.

    Bibliografi sunting

    • Lake, Jon. Jane's How to Fly and Fight in the Mikoyan MiG-29. New York: HarperCollins, 1997. ISBN 0-00472144-6.

    Pautan luar sunting