Mikoyan Projek 1.44

Mikoyan Project 1.44/1.42[1] merupakan sebuah pesawat demonstrasi teknologi generasi ke-5 yang dibangunkan oleh Biro Rekabentuk Mikoyan. Selain dari nombor yang digunakan pada "Objek/Projek 1.44/1.42", pesawat ini juga dikenali sebagai MiG-MFI. Untuk beberapa ketika, ia secara tidak rasmi menggunakan nama "MiG-35", MiG kini menggunakan designasi ini untuk pesawat Mikoyan MiG-29 versi terkini. Meskipun tidak mencapai status pengeluaran, NATO telah memberi kod pesawat ini sebagai "Flatpack".

Project 1.44
Imaginasi artis pesawat demonstrasi teknologi MiG 1.44 dengan rekabentuk sayap delta.
Peranan Pesawat eksperimen
Negara pengeluar  Rusia
Pengeluar Mikoyan
Penerbangan sulung 29 Februari 2000
Status Pembangunan dihentikan
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Dikeluarkan 1

Pembangunan sunting

Mikoyan Projek 1.44 merupakan hasil Mikoyan-Gurevich daripada program Pejuang Barisan Hadapan Pelbagai Fungsi (Bahasa Rusia:Многофункциональный Фронтовой Истребитель atau Mnogofounksionalni Frontovoi Istrebitel), iaitu sebuah program pembangunan yang bermula pada 1980-an, menyerupai program Pejuang Taktikal Termaju yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Ia telah direka bagi bersaing dengan pesawat Lockheed Martin F-22 Raptor buatan Amerika Syarikat. Banyak dari ciri-ciri rekabentuknya menyamai pesawat pejuang generasi ke-5 Barat, termasuk krus supersonik dan avionik moden. Melihat kembali pada sejarahnya, Projek 1.44 semata-mata berperanan sebagai pesawat penunjuk teknologi dan tapak untuk rekabentuk pesawat masa depan, dan bukan sebuah prototaip pesawat penguasaan udara sebenar.

MiG 1.44 diselubungi misteri sepanjang kewujudannya. Kerajaan Rusia telah membatalkan program MFI pada 1997 disebabkan oleh kos seunit pesawat yang tidak dapat diterima (Ф2.05 bilion, AS$70 juta). Pembangunan diteruskan, dengan penerbangan sulung dilakukan pada 29 Februari, 2000 dan dua ujian penerbangan telah disahkan pada 2001. Selepas pembatalan program MFI PAK FA, program (Перспективный Авиационный Комплекс Фронтовой Авиации - Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi - Kompleks Udara Prospektif Untuk Taktikal Tentera Udara) telah dimulakan bagi membangunkan pesawat yang direka untuk memenuhi peranan seperti F-22, tetapi memiliki saiz dan kos seperti pesawat F-35 Lightning II.

Pada 2001, India telah membuat persetujuan dengan Rusia bagi menjadikan program PAK FA sebagai satu usahasama pembangunan/pengeluaran. Kedua-dua syarikat Mikoyan-Gurevich dan Sukhoi telah menghantar cadangan kepada Kementerian Pertahanan untuk program PAK FA (MiG terlibat dengan Projek 1.44), akan tetapi Kementerian Pertahanan Rusia telah memilih Sukhoi sebagai kontraktor utama bagi program ini. Kerja-kerja rekabentuk telah bermula ke atas pesawat terbitan sayap kuncup-depan iaitu pesawat Su-47 Berkut. PAK FA terbukti merupakan sebuah program yang berdaya saing, dengan pengeluaran pesawat pejuang PAK FA dirancang bermula pada 2010. MiG-MAPO dan Yakovlev telah disebut akan menjadi kontraktor kedua. Pesawat PAK FA yang sedang dibangunkan akan menggunakan enjin Lyulka AL-41F yang dahulunya dirancang untuk 1.44.

Rekabentuk sunting

MiG 1.44 merupakan sebuah pesawat penyerang/penguasaan udara satu tempat duduk, bersayap delta dan berekor kembar dengan satah kanard. Kuasanya dijana daripada dua enjin tujahan vektor pembakaran-lanjut Lyulka AL-41F, setiap satunya boleh menghasilkan kuasa tujahan sebanyak 175 kN (39,340 lbf) (enjin ini masih dalam peringkat pembangunan). Kedua-dua enjin ini berkongsi salur masuk udara yang sama yang dipasang di bawah fiuslaj. Pesawat seberat 35-tan ini secara teori boleh mencapai kelajuan maksimum di altitud selaju Mach 2.6, dan berupaya untuk berada dalam kelajuan supersonik untuk jangkamasa yang lama. MiG 1.44 memiliki sistem tiga giar pendaratan di mana satu giar hadapan beroda dua dan dua giar beroda tunggal di belakang.

Avionik pada MiG 1.44 dianggap termaju mengikut standard dunia Barat: kokpit kacanya memiliki ciri-ciri radar denyutan Doppler dengan antena jujukan pengimbas elektronik pasif. Sistem radar disambungkan dengan sistem kawalan senjata yang mana membolehkan pesawat ini menyerang sehingga 20 sasaran yang berasingan pada masa yang sama.

Pengguna sunting

  Rusia

Spesifikasi (Projek 1.44) sunting

 
Gambaran 3 dimensi

Nota: Oleh kerana 1.44 tidak pernah melepasi tahap pra-pengeluaran, kebanyakan datanya merupakan anggaran.

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 19 m (63 kaki)
  • Rentang sayap: 15 m (50 kaki)
  • Tinggi: 4.50 m (15 kaki)
  • Sayap luas: m² (ft²)
  • Berat kosong: 18,000 kg (40,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 35,000 kg (77,000 lb)
  • Loji kuasa:Lyulka AL-41F turbofan pembakaran lanjut, 176 kN (39,680 lb) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 1x meriam Izhmash GSh-301 berkaliber 30 mm
  • Peluru berpandu: Peluru berpandu panduan radar jarak sederhana R-77 (AA-12 Adder), peluru berpandu panduan inframerah jarak dekat R-73 (AA-11 Archer), peluru berpandu panduan radar jarak jauh K-37, peluru berpandu panduan inframerah jarak dekat K-74
  • Bom: kemungkinan mana-mana bom udara ke permukaan atau bom jatuhan bebas berdiameter kecil dalam inventori Rusia.

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  1. ^ The relationship between the 1.44 and 1.42 designations is unclear outside the military world, and these are generally used interchangeably. For simplicity, the 1.44 designation is used throughout this article.

Pautan luar sunting