Mikropemproses (biasa disingkatkan µP atau uP) atau CPU ialah sebuah cip pemproses pusat[1] dengan kawalan dan logik proses data terbina dalam satu litar bersepadu berperanan dalam unit logik aritmetik, dedaftar dan unit kawalan.[1] Ia berbentuk segi empat bujur yang dipasang pada bahagian atas sebelah kanan papan induk. Fungsi utamanya di dalam sebuah komputer ialah memproses data dan maklumat yang diterima daripada peranti input. Cip ini boleh dikenal pasti dengan memerhatikan aksara yang tertulis pada cip berkenaan yang mana menunjukkan kelajuan dan jenis litar bersepadu yang digunakan.

Mikropemproses AMD Athlon 64 X2 3600+

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "mikropemproses". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 39. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)