Mirwana

kumpulan muzik Malaysia

Mirwana ialah sebuah kumpulan vokal berharmoni Malaysia yang sebelum ini juga lebih dikenali sebagai sebuah kumpulan nasyid. Mirwana telah lama ditubuhkan iaitu sejak ahli-ahli Mirwana masih di tingkatan satu lagi. Ahli-ahli asal Mirwana iaitu Mohd Hafiz bin Hamzah (Along), Muhammad Akmaluddin bin Samsudin (Akmal), Muhammad Hafiz bin Tamizi (Hafiz) dan Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi (Izzat) berasal dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.

Mirwana
Berasal dariMalaysia Malaysia

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Kajang, kumpulan nasyid Mirwana sebenarnya ada pada setiap ambilan pelajar. Generasi pertama Mirwana adalah pada tahun 1991 yang ditubuhkan oleh penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, sebelum beliau menubuhkan kumpulan nasyid Brothers. Mereka bergerak di bawah Cable Maahad Network (CMN) bersama Ustaz Abu Hassan Morad.

Sehingga sekarang, kumpulan nasyid Mirwana SMKA Maahad Hamidiah masih diperturunkan dan masih bertahan dari generasi ke generasi.

Mirwana yang dikenali ramai pada hari ini ialah daripada generasi yang kelima Mirwana SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Semasa generasi kelima ini, mereka masih lagi dipimpin oleh saudara Yasin. Dan hanya Mirwana generasi kelima ini saja yang berani tampil sebaris dengan artis-artis lain dalam arus perdana industri muzik Malaysia. Kewujudan Mirwana sebaris dengan kumpulan Raihan yang dahulunya dikenali sebagai The Zikr, Nada Murni (Rabbani dan Hijjaz), Anugerah (Nowseeheart), dan All For Ummah (Saujana).

Pada tahun 2003 Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir (Faizal) menyertai Mirwana ketika menuntut di UiTM Shah Alam. Kemudian pada tahun 2005, Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir atau dikenali sebagai Faizal Tahir telah meninggalkan Kumpulan Mirwana atas sebab peribadi. Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi yang lebih dikenali sebagai Izzat Mahadi telah mengumumkan pengunduran beliau dari Kumpulan Mirwana untuk bergerak secara solo tidak lama selepas itu.

Pada hari ini, selain Along, Akmal, dan Hafiz, Mirwana dianggotai 3 ahli lagi iaitu Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi (Ikram), Naemul Helmi Bin Mohd Napiah (Naim) dan Mohd Faiz Bin Saidina Omar (Faiz) [1]. Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi (Ikram) merupakan adik kepada Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi (Izzat). Naemul Helmi Bin Mohd Napiah (Naim) juga merupakan antara pengasas dan vokalis utama kumpulan nasyid FarEast.

Pada April 2017, Mirwana adalah antara peserta yang telah berentap menerusi program terbaharu iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengangkat lagu ketuhanan sebagai konsep pertandingan. Mereka telah mempersembahkan lagu Aku Tanpa CintaMu pada minggu pertama.

Disebabkan minat yang mendalam pada muzik dan bidang penulisan lagu, Akmal sedang mengusahakan sebuah band bernama SAJA. Bersama dengan band SAJA Akmal sudah menghasilkan dan menerbitkan beberapa lagu-lagu dalam genre rock yang diminatinya.

Teraspirasi dari lagu Mirwana di sekolah dahulu yang bertajuk 'Zawfan', Hafiz Tamizi telah membuat satu projek sendiri bersempena dengan namanya, sebuah kumpulan nasyid ZAWFAN yang bermatlamat mengetengahkan semula irama nasyid 'old skool' zaman 90an yang hanya menggunakan kompang dan pergendangan dan vokal harmoni.

Kejayaan sunting

1. Pemenang 2 kategori dalam Anugerah Era 2004

  • Lagu Nasyid Pilihan – Hikmah Kembara
  • Vokal Duo/Kumpulan Pilihan

2. Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004

  • Artis Nasyid Paling Popular

3. Finalis Anugerah Industri Muzik ke-12

  • Album Nasyid Terbaik

4. Pemenang 1 kategori dalam Anugerah Era 2005

  • Lagu Nasyid Pilihan – Aku Tanpa CintaMu

5. Pemenang 4 kategori Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm (2005)

  • Artis Baru Terbaik
  • Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta – Hikmah Kembara
  • Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta – Aku Tanpa CintaMu
  • Juara Keseluruhan ACNI05 – Hikmah Kembara

6. Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005

  • Artis Nasyid Paling Popular

7. Finalis Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 2010

  • Tika Masanya (Mirwana feat Hujan)
  • Manifestasi Cinta (Fiq feat Mirwana)

8. Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

  • Artis Nasyid Paling Popular

Album Mirwana sunting

Secara komersil, Mirwana telah mengeluarkan tiga buah album iaitu 'Hikmah Kembara' pada tahun 2004, 'Aku Tanpa CintaMu' pada tahun 2006 dan yang terkini, 'Bumi Akhir Usia' pada tahun 2010. Album 'Aku Tanpa CintaMu' ialah album dengan lagu yang sama daripada album Mirwana dengan tambahan 2 lagu baru iaitu 'Seruan Lima Waktu' dan 'Keampunan'. Ia diterbitkan semula atas sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat mereka. Album ini mengandungi dua lagu hit mereka yang telah memenangi 7 anugerah tempatan iaitu Hikmah Kembara dan Aku Tanpa CintaMu, duet bersama Jay Jay.

Selain tiga album ini, Mirwana sebenarnya telah muncul dengan 6 album lain semasa di SMKA Maahad Hamidiah iaitu Mentari (1991), Mutiara (1992), Show Me The Way (1994), Sure You Can! (1995), Generations (1996), dan Cry For Freedom (1997). Album Cry For Freedom ini menjadi album terakhir Mirwana yang dibiayai oleh PIBG, sekolah, dan dana Mirwana sendiri. Album mereka dirakamkan di OVA dan juga Booty Studio Jalan Pahang. Di sekolah berbekalkan Roland XP-50 mereka menyiapkan album Cry For Freedom.

Selain itu, Mirwana juga terlibat dalam pembikinan album-album lain seperti Terima Kasih Guru (1999) terbitan Dreamlogic Production, Junjungan Mulia II (2001) dan Nur Selawat (2006). Album Junjungan Mulia II yang turut disertai oleh lima kumpulan nasyid gergasi Malaysia iaitu Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, Nowseeheart merupakan langkah pertama dan antara yang terbesar bagi Mirwana untuk menonjolkan diri dalam industri hiburan Islam di persada komersial. Dalam album ini, Mirwana membawakan lagu 'Andai Aku' ciptaan sepenuhnya Mujahid Abdul Wahab.

Hikmah Kembara (2004) sunting

  1. Hikmah Kembara
  2. Aku Tanpa CintaMu (duet bersama Jay Jay)
  3. Inni Akhofullah
  4. Janji Kita
  5. Khabar Cinta
  6. Khalifah Pertama
  7. Ku Hadir PadaMu
  8. Mama Papa
  9. Permataku
  10. Takdir Penentu

Aku Tanpa CintaMu (2006) sunting

  1. Aku Tanpa CintaMu (Acoustic live)*
  2. Emosi Adilfitri
  3. Hikmah Kembara (Acoustic)
  4. Keampunan
  5. Seruan 5 Waktu
  6. The New Quranic Generation [Remix]
  7. Andai Aku (feat Salleh ex Brotherz)
  8. Indah Bumi Kita (feat adik Syahidan)

Bumi Akhir Usia (2010) sunting

  1. Muhammad S.A.W "The Arrival"
  2. Andaiku Pergi (Retro Version)
  3. Tika Masanya featuring Hujan
  4. Fana Pesona
  5. Bukti Cinta featuring Edry Demascus
  6. Kembali Padamu
  7. Anugerah Istimewa
  8. Jauh (Radio Edit)
  9. Bumi Akhir Usia featuring DJ Erwan & Shazee
  10. Cahaya Kekasih
  11. Andaiku Pergi (Original Version)
  12. Jauh (Original Version)
  13. Andaiku Pergi (Instrumental)


Rujukan sunting

Pautan luar sunting