Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama ialah sebuah filem aksi fantasi neo-noir Malaysia 2011 arahan sulung dan lakonlayar oleh Afdlin Shauki.[2][3][4] Dibintangi oleh Hans Isaac, Que Haidar, Nasir Bilal Khan, Vanidah Imran dan Ahmad Tamimi Siregar, ia berkisarkan tentang dua beradik, Indra dan Ilya yang berseteru lebih 15 tahun dan bertemu semula apabila bapa mereka meninggal dunia. Mereka berjumpa demi melunaskan wasiat arwah bapa mereka hingga pelbagai kejadian aneh berlaku sepanjang penerokaan mereka melalui jalan lama.[5]

Misteri Jalan Lama
Poster keluaran tayangan
PengarahAfdlin Shauki
PenulisAfdlin Shauki
Lakon layarAfdlin Shauki
Dihasilkan oleh
Eksekutif
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehJeffri Adzman Aksan
Muzik olehPacai
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
24 November 2011
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.7 juta[1]
Pecah panggungRM 1.33 juta

Filem ini ditayangkan pada 24 November 2011 di pawagam seluruh Malaysia,[6] menerima ulasan bercampur daripada pengkritik filem dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.3 juta. Ini merupakan filem terakhir lakonan Yalal Chin sebelum kematiannya pada Oktober 2010 dan dikeluarkan secara anumerta.

Plot sunting

Plot cerita bermula apabila Datuk Iskandar ingin kembali ke kampung halamanya selepas mempengerusikan sebuah mesyuarat syarikatnya, bersama beberapa ahli lembaga pengarah, setiausaha beliau (Sari Yanti) dan anak bongsu beliau, Ilya (Que Haidar). Mereka berbincang untuk melaksanakan sebuah projek mesra untuk semua masyarakat. Tetapi, disebabkan Datuk Iskandar seperti merasakan sesuatu, beliau menangguhkan mesyuarat. Semasa berborak di luar bersama Ilya, ditemani setiusaha beliau, beliau meletakkan hadiah di bilik Ilya sempena hari jadinya yang ke-25 yang bakal disambut esok.

 
Indra (Hans Isaac) lari selepas tempat perjudian diserbu polis.

Sementara itu, anak sulung Datuk Iskandar, Indra (Hans Isaac) sedang berjudi berama Botak (Nam Ron), seorang bookie antarbangsa yang menjadi buruan Interpol, ditemani oleh teman wanitanya, Nina (Liyana Jasmay) dan beberapa konco-konconya, Zak (Adam Corrie) dan Zaidi (Sobri Anuar). Semasa mereka sedang berjudi, Zaidi mencelah dengan mengatakan kisah silam Indra yang merupakan seorang bekas pelumba kereta yang disabit dengan kesalahan menjual permainan. Ini membangkitkan kemarahan Indra tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana Botak dan konconya ada disitu. Indra yang kesesakan duit pertaruhan, mempertaruhkan kereta kesayangannya kerana Botak terlalu menginginkan kereta tersebut untuk dihadiahkan kepada teman wanitanya. Akhirnya, dia kalah perjudian tersebut. Nasib menyebelahinya apabila Polis Diraja Malaysia menyerbu kawasan perjudian tersebut. Indra mengambil kunci kereta tersebut dan lari daripada konco-konco Botak.

Sementara itu, Ilya pula seperti diganggu oleh jelmaan Bunian yang menginginkannya pergi ke perkampungan mereka. Kejadian Ilya meracau disedari oleh setiausaha Datuk Iskandar yang cuba menenangkan Ilya. Ilya yang kesedihan atas kehilangan bapanya, melihat hadiah hari jadinya yang diberikan oleh Datuk Iskandar. Semasa dia membuka kotak tersebut, dia menjumpai sebuah loket bercahaya yang menimbulkan banyak persoalan kepadanya.

Pada masa yang sama, Indra pula pergi ke rumah isterinya, Sara (Sabrina Hassan) untuk memberitahunya supaya lari ke kampung ibu Sara malam itu dengan anak mereka. Namun begitu, ruma mereka diserang konco-konco Botak. Indra mengunci pintu agar konco-konco Botak tidak mengapa-apakan mereka. Indra terus lari dahulu untuk mengalihkan tumpuan konco Botak daripada mengejar isteri dan anaknya. Semasa Indra lari, dia menerima panggilan bahawa bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan. Indra bergegas ke pejabat ayahnya untuk mencari wang untuk membayar hutang judinya. Semasa mencari, dia terjumpa sepucuk surat daripada ayahnya. Datuk Iskandar mengarahkan Indra untuk menghantarkan Ilya ke suatu tempat sempena hari jadi Ilya yang ke-25. Sekiranya Indra dapat melaksanakan tugasan tersebut, dia akan mewarisi keseluruhan harta peninggalan ayahnya. Dengan itu, Indra akan mendapat wang yang lebih daripada mencukupi untuk membayar hutangnya dan menyara keluarganya. Semasa ingin menerangkan tentang tujuan mereka untuk balik ke kampung, Ilya pergi ke tandas. Dia sekali lagi diganggu oleh Ratu Bunian iaitu Ratu Dewata (Vanidah Imran) yang memberitahu Ilya dia diserang oleh sesuatu kaum raksasa. Ilya mula meracau-racau lagi sehingga Indra datang lalu menenangkan adiknya.

Indra membawa Ilya balik ke kampung dengan alasan untuk upacara pengebumian ayah mereka. Mereka berhenti di sebuah perhentian, Ilya sekali lagi diganggu dengan melihat budak-budak dikejar oleh kaum raksasa tersebut. Ilya meracau lalu keluar dari tandas. Mereka terus keluar dari tempat tersebut. Tanpa disedari, mereka diekori oleh konco-konco Botak. Mereka melalui sebatang jalan lama. Ilya tidak mengenalpasti jalan berikut. Indra menyatakan bahawa itu merupakan jalan yang dilalui oleh bapa mereka untuk balik ke kampung.

Mereka berhenti untuk mengisi perut mereka di sebuah kebun durian. Semasa mereka menikmati durian, Indra dan Ilya bertengkar hingga Indra hampir memberitahu sebuah rahsia yang disimpan oleh bapanya. Tiba-tiba, Botak hadir ke situ, bersama teman wanita dan konco-konconya, untuk mengambil balik kereta Indra. Indra menyuruh Ilya lari. Indra dipukul oleh konco-konco Botak. Dengan tiba-tiba, Ilya seperti mendapat kekuatan lalu membantu Indra daripada dipukul konco-konco Botak. Mereka akhirnya mereka lari. Ilya membantu merawat luka Indra.

Mereka meneruskan perjalanan mereka sehingga sampai ke satu tempat, iaitu sebuah gerai ditengah hutan. Mereka cuba memberi ganjaran kepada pengunjung gerai-gerai tersebut. Namun, tiada antara mereka yang menyambut tawaran mereka. Mereka terus beredar dari gerai tersebut. Indra menemui pemilik kedai (Yalal Chin) dan bertanyakan perihal pengunjung gerai pak cik tersebut. Pak Cik tersebut menyatakan mereka merupakan penduduk di situ. Sementara mereka sedang memikirkan tentang pengunjung gerai tersebut, pak cik itu ada menyatakan kepaa Indra supaya pergi ke arah sebuah kampung, dimana beliau akan mendapat jawapan yang dicari.

Apabila mereka sampai ke sebuah perkampungan, mereka semua berkelakuan pelik. Mereka semua seperti menyambut kehadiran seseorang. Mereka dijamu dengan makanan yang lazat-lazat. Ilya yang merasa ragu-ragu, menyuruh Indra berhati-hati dengan makanan yang diberikan. Selepas makan, mereka pergi ke sebuah keraian. Indra yang asyik dilayan perempuan perkampungan tersebut, disuruh Ilya supaya berhati-hati dengan mereka. Selepas itu, Ilya pergi mengejar budak-budak yang beliau lihat dalam gangguan tersebut. Beliau akhirnya tererempak dengan Puteri Bunian (Marion Caunter). Beliau dibawa ke kamar.

Selepas tersedar, Ilya menerangkan apa yang telah berlaku. Namun Ratu Dewata menyatakan bahawa Ilya merupakan anaknya dan mereka sekarang berada di perkampungan kaum Nian. Perkara itu dinafikan oleh Ilya. Akibat tidak dapat menerima hakikat, beliau mengambil keputusan untuk lari, bersama Indra. Tanpa diduga, perkampungan bunian tersebut diserang oleh puak Ghoul, yang diketuai oleh Harak (Afdlin Shauki). Mereka inginkan loket tersebut dan nyawa Ilya. Untuk melindungi adiknya, Indra menyamar diri lalu diculik oleh puak Ghoul.

 
Raja Dewata (Nasir Bilal Khan) menentang Harak (Afdlin Shauki) untuk mendapatkan loket berharga.

Ilya cuba melarikan dari perkampungan tersebut. Namun ditahan oleh Ratu Dewata. Ratu Dewata menerangkan tentang asal-usul Ilya. Ratu tersebut menyatakan bahawa Ilya diberikan oleh Raja Dewata (Nasir Bilal Khan) untuk melindungi anaknya yang masih kecil, kepada Datuk Iskandar, yang baru balik dari pengebumian isterinya akibat melahirkan anaknya. Pada waktu itu, Datuk Iskandar menginginkan seorang adik untuk Indra, lalu menerima amanat Raja Dewata dengan syarat untuk memulangkan semua kepada mereka apabila umur memcecah 25 tahun. Sebagai tanda, loket dikeris kebesaran Nian diberikan kepada Datuk Iskandar.

Selepas mengetahui tentang hal yang sebenar, Ilya bersedia menerima hakikat sebenar. Beliau diberikan sepersalinan perang untuk menyelamatkan Indra. Mereka menyerang dengan penuh semangat. Semasa peperangan tersebut, keris Ilya tercampak. Indra mengambil keris. Beliau ternampak Ilya sedang bergelut dengan Harak. Beliau mengambil kesempatan untuk membunuh harak dengan membalik keris kepada Ilya lalu ditikamnya Harak. Tentera-tentera Harak berundur. Ilya dan tentera-tntera Nian mengawal medan perang yang telah mereka tawan. Pembantu Ilya menyuruh Ilya supaya bersiap sedia kerana tentera Harak akan melancarkan serang semula.

 
Indra (Hans Isaac) melawat ke pusara bapanya bersama isterinya, Sarah (Sabrina Hassan) dan anak mereka.

Mereka membawa Indra ke jalan raya. Sebuah kapal perang puak Nian tiba untuk membawa Ilya ke medan perang baru. Indra melambai ke arah Ilya. Ilya memberi nasihat kepada Indra supaya menjaga keluarganya. Ilya akhirnya menuju ke medan perang bersama angkatannya. Indra meneruskan perjalanan ke pusara ayahnya.

Pelakon sunting

 
Hans Isaac sebagai Indra

Penerbitan sunting

Misteri Jalan Lama ialah filem kesembilan arahan Afdlin Shauki dan filem keempatnya bersama Tayangan Unggul selepas 3 filem terdahulu. Filem ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan memandangkan ia merupakan filem fantasi. Berbanding filem-filem arahan Afdlin yang lain, Misteri Jalan Lama menampilkan sisi berbeza dari segi jalan cerita. Penggunaan CGI sebanyak 15% dalam filem ini, yang perlu diperkemaskankan mengambil masa yang lama bagi filem ini dihasilkan. Menurut Afdlin dalam temubual bersama Cinema Online: "Saya sangat berminat dengan genre filem fantasi kerana saya dibesarkan dengan cerita fantasi. Sebenarnya, saya sudah lama ingin membuat filem fantasi. Dalam filem ini juga saya ada selitkan elemen komedi dan tema kekeluargaan, tetapi saya lebih fokus kepada hubungan adik beradik".[7]

 
Hans Isaac kembali berlakon dibawah Afdlin Shauki untuk kali kelima.[8]

Cabaran lain yang perlu ditempuhi ialah mereka kostum yang dilihat memberi kesukaran kerana perlu dihasilkan dengan sesuai. Faktor cuaca juga memainkan peranan kerana kostum tebal digunakan boleh menyebabkan pelakon kurang selesa akibat kepanasan.[9] Selain itu, masalah gangguan daripada makhluk halus turut berlaku apabila mereka menghadapi masalah terlalu banyak pelakon tambahan untuk watak makhluk kaum Nian. Masalah ini diakui oleh pengurus kostum dan penyolek. Mereka menyatakan baju-baju yang digunakan dijumpai disekitar kawasan. Kos pembikinan filem dianggarkan berjumlah RM1.7 juta dengan penggambaran dijalankan pada Ogos dan September 2009[10] di Hutan Belum, Perak dan Hulu Langat serta Gombak di Selangor.[11] Misteri Jalan Lama menjadi filem terakhir lakonan Que Haidar sebelum berehat panjang dari bidang lakonan.[12][13]

Keluaran dan sambutan sunting

Kutipan pecah panggung sunting

Filem ini tidak mendapat kutipan lepas bajet apabila hanya memperoleh RM 1.33 juta daripada tempoh tayangan.[1]

Ulasan kritis sunting

Filem ini mendapat ulasan yang memuaskan dan pujian daripada pemerhati filem tempatan. Mereka turut menyatakan bahawa filem ini dilihat berjaya lari daripada tema kebiasaan filem Malaysia. Dengan penghasilan kostum dilihat berjaya menggerakkan jalan cerita ini. Lakonan yang mantap dari pelakon-pelakon kelas A' Malaysia berjaya memberi kepuasan kepada penonton. Selain itu, jalan cerita yang baik membuatkan penonton puas dengan hasil drama Afdlin, yang sering hadir dengan filem komedi.[14] Mengulas untuk portal Rollo de Pelicula, Hans Hanis mengulas bahawa filem ini mempunyai "sebuah jalan cerita yang boleh dikatakan agak menarik, kreatif dan adakalanya mengujakan" dan berpendapat plot filem ini masih mempunyai beberapa "kelemahan melalui persoalan yang ditimbulkan tanpa sebarang jawapan". Bagaimanapun, beliau memuji skor muzik filem itu kerana "menghidupkan suasana" setiap adegan filem ini.[15]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik Filem Que Haidar Tercalon
2013 Festival Filem Malaysia ke-25 Cerita Asal Terbaik Afdlin Shauki Tercalon
Sinematografi Terbaik Helmi Yusof Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Pacai Tercalon
Pereka Kostum/Busana Terbaik Nasirah Ramlan Tercalon
Penataan Seni Terbaik Nazrul Asraff Mahzan Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011". Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ Izwan Mohamad Dan (13 September 2009). "Ilusi Jalan Lama". Metro Ahad. Dicapai pada 7 November 2019.
  3. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (10 Oktober 2009). "Misteri di sebalik Jalan Lama". Berita Harian. Dicapai pada 7 November 2019.
  4. ^ Ezekiel Lee Zhiang Yang (5 September 2009). "Old road, new path". Cinema Online. Dicapai pada 7 November 2011.
  5. ^ Budiey (12 Oktober 2011). "Sinopsis Misteri Jalan Lama". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 November 2011.
  6. ^ "Misteri Jalan Lama". Bro Framestone. 22 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2012. Dicapai pada 7 November 2015.
  7. ^ "Challenging "Misteri Jalan Lama"". Cinema Online. 24 November 2011. Dicapai pada 7 November 2015.
  8. ^ Shazryn Mohd Faizal (5 Disember 2011). "Belum kibar bendera putih". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2012. Dicapai pada 7 November 2005.
  9. ^ Norhayati Nordin (4 November 2011). "Misteri 2 tahun terperap". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2011. Dicapai pada 4 Disember 2011.
  10. ^ "Ekstra yang ekstra". Metro Ahad. 13 September 2009. Dicapai pada 7 November 2019.
  11. ^ "Sebuah filem fantasi drama Afdlin Shauki". Sinema Malaysia. 27 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2011. Dicapai pada 7 November 2011.
  12. ^ Siti Azira Abd. Aziz (24 September 2011). "'Misteri Jalan Lama' Filem Terakhir Que Haidar". mStar Online. Dicapai pada 7 November 2011.
  13. ^ "Que Haidar dengan Misteri Jalan Lama". Harian Metro. 27 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2011. Dicapai pada 7 November 2011.
  14. ^ Zizi (13 November 2011). "Misteri Jalan Lama: Pengembaraan Fantasi Afdlin Shauki". Kaki Wayang. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2014. Dicapai pada 7 November 2011.
  15. ^ Hans Hanis (26 November 2011). "Review filem Misteri Jalan Lama". Rollo de Pelicula. Dicapai pada 7 November 2015.

Pautan luar sunting