Miyako (Jepun: 宮古市, Hepburn: Miyako-shi) ialah sebuah bandar yang terletak di Wilayah Iwate, Jepun. Ia ditubuhkan pada 11 Februari 1941.

Miyako
宮古市
Bandar
Bendera Miyako
Lokasi Miyako di Iwate
Lokasi Miyako di Iwate
NegaraJepun
KawasanTōhoku
WilayahIwate
Pentadbiran
 • Datuk BandarYoshihiro Kumasaka
Keluasan
 • Jumlah696.82 km2 (269.04 batu persegi)
Penduduk
 (April 2008)
 • Jumlah57,874
 • Kepadatan83.1/km2 (215/batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
- PokokPinus densiflora
- BungaMontauk Daisi (Nipponanthemum nipponicum)
- BurungLarus crassirostris
- IkanSalmon
Nombor telefon0193-62-2111
Alamat2-1, Shinkawachō, Miyako-shi, Iwate-ken
027-8501
Laman sesawangMiyako City

Bandar ini terletak di tepi pantai di mana Sungai Hei mengalir ke dalam Lautan Pasifik. Ia disambungkan dengan Morioka oleh sebatang landasan keretapi timur-barat dan sebatang lebuh raya timur-barat yang merentasi bandar ini. Bandar ini mempunyai sebuah pelabuhan tetapi kebanyakan lalu lintas kapalnya lebih gemar berlabuh berdekatan bandar-bandar yang lebih besar.

Sejarah sunting

 
Sebuah feri terdampar di kawasan Miyako akibat tsunami pada 2011

Gempa bumi dan tsunami Tohoku 2011 sunting

Pada 11 Mac 2011, bandar ini dibinaskana oleh tsunami yang tercetus akibat sebuah gempa bumi raksasa di dasar laut.[1] 401 orang dikatakan terkorban di Miyako.[2] Daripada 960 buah bot dan kapal perikanan di bandar ini, hanya 30 hingga 60 buah yang masih tinggal.[3][4] Kajian lapangan selanjutnya oleh Institut Penyelidikan Gempa Bumi Universiti Tokyo mendapati bahawa air ombak mencecah paras 37.9 meter di atas paras laut, iaitu hampir menyamai rekod 38.2 meter yang dipegang oleh tsunami daripada gempa bumi Meiji-Sanriku 1896.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Kyodo News, "Deaths, people missing set to top 1,600: Edano",The Japan Times, 13 Mac 2011.
  2. ^ NOAA Data
  3. ^ Agence France-Presse/Jiji Press, "Fishermen who lost livelihoods determined to return to cruel sea",The Japan Times, 4 April 2011, ms. 2.
  4. ^ Fukada, Takahiro, "Iwate fisheries continue struggle to recover", The Japan Times, 21 September 2011, ms. 3.
  5. ^ Iwate saw wave test 38 meters,The Japan Times (Kyodo News), 4 April 2011

Pautan luar sunting