Model hubungan bagi pengurusan pangkalan data ialah sebuah model pangkalan data berasaskan logik predikat tertib pertama, yang mula-mula dirumuskan dan diusulkan oleh Edgar F. Codd pada tahun 1969.[2][3][4]

Gambarajah bagi pangkalan data contoh yang menurut model hubungan.[1]
Dalam model hubungan, rekod-rekod berkaitan dipautkan dengan "kekunci".

Tujuan model hubungan ialah menyediakan kaedah pengisytiharan bagi menyatakan data dan pertanyaan: para pengguna secara langsung menyatakan maklumat apa yang terkandung dalam pangkalan data dan maklumat apa yang mereka mahukan daripadanya, lalu membiarkan perisian sistem pengurusan pangkalan data mengurus pemerihalan struktur data untuk penyimpanan data dan tatacara dapatan semula bagi menjawab pertanyaan.

Pelaksanaan asli IBM bagi cadangan Codd ialah System R. Terdapat beberapa produk komersial dan sumber terbuka berasaskan idea Codd, termasuklah IBM DB2, Oracle Database, Microsoft SQL Server, PostgreSQL, MySQL, dan banyak lagi, kebanykannya menggunakan pentakrifan data dan bahasa pertanyaan SQL. Sesebuah jadual dalam skema pangkalan data SQL bersamaan dengan sebuah pembolehubah predikat; kandungan jadual kepada hubungan; kekakang kekunci, kekangan lain, dan pertanyaan SQL bersamaan dengan predikat. Walau bagaimanapun, pangkalan data SQL, termasuk DB2, diterbitkan daripada model dalam banyak perincian; Codd dengan tegas menentang sebarang penyimpangan yang menjejaskan prinsip yang asal.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Data Integration Glossary, U.S. Department of Trransportation, August 2001.
  2. ^ "Derivability, Redundancy, and Consistency of Relations Stored in Large Data Banks", E.F. Codd, IBM Research Report, 1969
  3. ^ "A Relational Model of Data for Large Shared Data Banks", in Communications of the ACM, 1970.
  4. ^ White, Colin. In the Beginning: An RDBMS History. Teradata Magazine Online. September 2004 edition. URL: http://www.teradata.com/t/page/127057 Diarkibkan 2009-01-07 di Wayback Machine
  5. ^ E. F. Codd, The Relational Model for Database Management, Addison-Wesley Publishing Company, 1990, ISBN 0-201-14192-2