Modenisme merujuk kepada gerakan kebudayaan dalam seni, seni bina, muzik, kesusasteraan dan seni gunaan yang berkembang 30 tahun sebelum 1914. Istilah ini merujuk kepada gerakan politik, kebudayaan dan seni yang muncul pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, serentak dengan perubahan dalam masyarakat Barat. Gerakan ini menekankan kuasa manusia mencipta, membaiki, dan membentuk semula persekitaran mereka dengan bantuan ilmu sains, teknologi dan uji kaji praktikal.

Modenisme menggalakkan penilaian semula setiap aspek kewujudan, dari perdagangan ke falsafah dengan matlamat menentukan apa itu yang "menyekat" kemajuan sosial, dan menggantikan itu dengan sesuatu kaedah yang lebih baru, dan lebih baik. Dalam pada itu, gerakan modenisme mendakwa bahawa realiti zaman industri dan mekanisme adalah tetap dan kekal dan manusia patut mengubah pandangan mereka terhadap keduniaan agar menerima bahawa yang baru itu baik, benar dan indah.

Fizik moden (kuantum dan kerelatifan), falsafah moden (analitik dan kebenuaan) dan teori nombor moden dalam matematik dikatakan bermula pada zaman modenisme. Dengan mendukung perubahan serta gerakan semasa, modenisme merangkumi karya pemikir yang menentang tradisi tradisi akademik dan sejarah abad ke-19, dan berhujah bahawa bentuk seni, seni bina, sastera, agama, organisasi sosial dan kehidupan harian yang "tradisional" sudah ketinggal zaman. Mereka menerima aspek-aspek ekonomi, sosial dan politik baru dalam dunia yang semakin diindustrikan.

Gerakan postmodenisme muncul sebagai tindak balas kepada modenisme.