Mohd Effendi Norwawi

YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Mohd Effendi Bin Norwawi (lahir 1 Februari 1948) merupakan bekas seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ke Malaysia.

YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr.

Mohd Effendi Norwawi

PSM; SPMP (Pls); PNBS (Swk); DPMS (Sel); PGBK (Swk); JSM; PhD
Menteri Pertanian
Dalam jawatan
1999 – 2004
Didahului olehSulaiman Daud
Digantikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Rajang
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehAbang Abu Bakar Abang Mustapha
Digantikan olehWahab Dolah
Butiran peribadi
LahirMohd Effendi Bin Norwawi
(1948-02-01) 1 Februari 1948 (umur 76)
Singapura
Parti politik BN-PBB
PasanganFaridah Hashim (k. 1972; c. 2005)[1]
Puan Sri Tiara Jacquelina (k. 1997)
Anak-anak
Ezra
Efeida
Elyna
Hani Karmila (anak tiri)
Dani

Kehidupan awal sunting

Beliau yang dilahirkan di Singapura mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1961-1967). Kemudian, beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Pembangunan dari University of Tasmania, Australia[perlu rujukan]. Beliau adalah lulusan Doktor Falsafah Undang Undang dari Universiti Tasmania, Australia.[2]

Keluarga sunting

Beliau berkahwin dengan Faridah Hashim tetapi telah bercerai pada 21 Jun 2005. Beliau juga telah berkahwin dengan Puan Sri Tiara Jacquelina. Beliau telah dikurniakan 4 orang anak kandung dan seorang anak tiri hasil daripada 2 perkahwinan.[perlu rujukan].

Kerjaya sunting

Kerjaya beliau bermula pada tahun 1972 sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak pada 1977. Kemudian, pada 1981 beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kemajuan Ekonomi Sarawak[perlu rujukan].

Pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertanian yang kemudiannya digantikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kemudian pada tahun 2004, beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas sebelum ditukarkan sebagai Pegawai Khas di Kementerian Pengajian Tinggi. Pada rombakan kabinet pada 2006, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai menteri yang menyelaraskan Rancangan Malaysia Ke-9.

Politik sunting

Beliau merupakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Pada 1993, beliau pernah dilantik sebagai Bendahari parti berkenaan. Pada Pilihanraya Umum ke-10, beliau memenangi kerusi Kuala Rajang. Tetapi pada tahun 2004, beliau tidak bertanding atas alasan kesihatan. Kemudian beliau telah dilantik sebagai Senator pada 16 Februari 2006.[3]

Pada 21 Disember 2011, perkhidmatan beliau sebagai Senator di Dewan Negara tamat. Turut tamat perkhidmatan ialah Datuk Armani Mahiruddin ; Datuk Fatimah Hamat (23 Disember 2008 - 22 Disember 2011) dan Dr M Malasingam (10 Mac 2009 hingga 9 Mac 2012).[4]

Pengasas NTV7 sunting

Beliau merupakan pengasas NTV7, saluran TV swasta ketiga Malaysia percuma-ke-udara. Beliau telah menjual NTV7 kepada Media Prima.

Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin sunting

Beliau adalah Presiden Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Effendi setuju bayar RM50 juta harta kepada Farida
  2. ^ "Effendi angkat sumpah senator". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-17. Dicapai pada 2018-09-17.
  3. ^ "Effendi, Malasingam angkat sumpah senator". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-17. Dicapai pada 2018-09-17.
  4. ^ Firdaus Abdullah bantu kendali sidang Dewan Negara[pautan mati kekal] Berita Harian] 2011-12-21. Arkib Pusat Berita CARI.
  5. ^ Tan Sri Muhyiddin lancar Projek Golf Tunas Bestari untuk generasi muda