Mohd Radzi Sheikh Ahmad

Tan Sri Dato' Seri Mohd Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad (lahir 24 Februari 1942 di Jalan Pegawai, Kangar, Perlis) adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kangar, Perlis.

Tan Sri Dato' Seri

Mohd Radzi Sheikh Ahmad

PSM; SPMP (Pls); SSAP (Pah); DPMP (Pls)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
16 Jun 2020 – 5 November 2022
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Memegang jawatan
9 Jun 2022
Pengerusi Lembaga Rayuan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
2018
Didahului olehJawatan diwujudkan
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Dalam jawatan
2006–2008
Didahului olehAzmi Khalid
Digantikan olehSyed Hamid bin Syed Jaafar Albar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P2 Kangar, Perlis
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 3 April 2013
Didahului olehAbdul Hamid Pawanteh
Digantikan olehShaharuddin Ismail
Butiran peribadi
Lahir (1942-02-24) 24 Februari 1942 (umur 82)
Kangar, Perlis
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
BERSATU 2018-kini
PasanganPuan Sri Datin Seri Mahani binti Abdul Hamid (isteri kedua)
Ellisha Abdullah (m. 1984)
BapaSheikh Ahmad Mohd Hashim
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar pada 1948. Beliau kemudian meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Derma pada tahun 1952 sebelum memasuki Maktab Tentera Diraja Malaysia, Port Dickson 1957.

Pada tahun 1961 beliau mengambil Barrister-at-Law, Inns of Court di Middle Temple, London.

Kerjaya sunting

Beliau pernah berkhidmat dengan perkhidmatan kehakiman sebagai Timbalan Pendakwa di Selangor dan kemudian Presiden Mahkamah Sesyen di Klang. Kemudian beliau meninggalkan perkhidmatan kehakiman dan membuka firma guammnya sendiri.

  • Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (1983)
  • Timbalan Menteri Dalam Menteri (1984)
  • Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama (1986)
  • Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (2006 - 2008)

Pengalaman 13 Mei sunting

Semasa peristiwa 13 Mei 1969, Radzi Syeikh Ahmad melalui pengalaman pahit semasa menonton wayang di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur. Beliau menonton wayang bersama isterinya berbangsa Irish. Tajuk filem itu ialah "They Came To Rob Las Vegas" arahan antonio Isasi Isasmendi. Beliau, isteri dan anaknya duduk di tingkat atas.

Sekitar jam 8.15 malam, pawagam itu dikepung dan disergap oleh 60 pemuda samseng Cina berlilit kepala dan tangan dengan kain merah . Mereka bersenjata besi runcing, parang, lembing, botol kaca dan besi paip. Percikan darah di dinding pawagam. Banyak rumah dan kereta dibakar .

Wartawan Misiah Taib dalam Berita Harian melaporkan, Radzi tidak berbaju batik kebiasaannya dan mengaku bernama 'Razy' dan berbangsa Serani , bukan Melayu. Wajah isterinya Ellisha Abdullah dan anaknya Susan Karen Radzi telah menyelamatkan nyawanya ketika itu.

Ketika itu beliau bertugas sebagai Timbalan Pendakwaraya (DPP) merangkap Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor . Beliau memiliki pistol kerana pernah belajar di maktab tentera dan boleh menggunakan beberapa senjata api. Mereka diarahkan berkumpul di sebuah kelab yang dijadikan kubu bekalan senjata kumpulan samseng itu. Beliau berjaya memandu kereta miliknya Mini Minor R2222 ke Balai Polis Sentol dan kemudian bersembunyi di Balai Polis Petaling Jaya. Beliau turut memngedarkan makanan dan ubat-ubatan kepada rumah orang awam di sekitar Kuala Lumpur.[1]

Politik UMNO sunting

Radzi Syeikh Ahmad mula melibatkan diri dalam politik pada tahun 1972 setelah menyertai UMNO di Cawangan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor. Bapanya Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim menjadi Menteri Besar Perlis yang pertama selepas merdeka (1959-1972).

Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 bagi Parlimen Kangar dan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian. Kemudian dilantik sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pada tahun 1983, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum bertukar portfolio kepada Timbalan Menteri Dalam Menteri pada tahun 1984. Dua tahun kemudian, beliau dilantik pula sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama.

Beliau yang pernah dua kali dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Kangar (1986-1988 dan 2001-2004) telah melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada pemimpin pelapis pada pemilihan UMNO tahun 2004.

Selepas mendapat mandat rakyat di kawasan Parlimen Kangar, Y.B. Dato' Seri berazam menjadi pemimpin contoh dan teladan yang baik dan diingati oleh pemimpin masa hadapan. Selain memberi khidmat terbaik kepada rakyat, beliau juga akan bekerja dan memberi sepenuh komitmen kepada parti dengan kejujuran dan keikhlasan.

Di luar bidang politik, Y.B. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam badan-badan kebajikan dan sukan.Beliau kini memegang jawatan Yang Dipertua, Persatuan Anak Yatim Mak Teh Perlis dan Persatuan Tenis Melayu Perlis.

Y.B. Dato' Mohd. Radzi Sheikh Ahmad amat mengagumi ketokohan Nabi Muhammad S.A.W. Beliau sering memanfaatkan masa lapang dengan berkebun, bermain golf ataupun tenis. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Mahani Abdul Hamid pada tahun 1980.

Menyertai Semangat 46 sunting

Pada tahun 1989, beliau menyertai parti Semangat 46 selepas UMNO diharamkan pada 1988 dan beliau dipecat dari UMNO. Kemudian beliau menyertai semula UMNO pada tahun 1990 selepas keluar dari parti Semangat 46. Beliau diterima balik menjadi ahli UMNO pada 1996, bersama Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Dato' Zainal Abidin Zain, Ahmad Shabery Cheek, Dato' Manan Othman, Dato' Marina Yusuf, Dato' Paduka Rahmah Othman, Datin Ilani Ishak dan lain-lain. Parti Semangat 46 ditubuhkan 11 Mei 1989 (diluluskan ROS pada 12 Okt 1989) dan menjalin kerjasama rapat dengan PAS, dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kerjasama politik dengan DAP, PRM dan PBS dan dikenali sebagai Gagasan Rakyat.

Kembali pada UMNO sunting

Beliau bertanding semula di Parlimen Kangar pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 dan dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Kemudian Menteri Dalam Negeri pada tahun 2006.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO pada 1 Jun 2004 menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka. Perhimpunan Agung UMNO 2006 diadakan di PWTC disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Semangat Ketuanan Melayu terdedah dan menimbulkan kebencian kepada bukan Melayu. Perhimpunan Agung UMNO 2007 diadakan semasa sambutan hari Depavali . Beliau telah meletakkan jawatan Setiausaha Agung UMNO dan Barisan Nasional setelah tidak dipilih semula sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2008.

Beliau terpilih menjadi ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1985, 2005 dan 2011 untuk reformasi pilihan raya. Katanya, pengundi sekarang melihat pemimpin UMNO banyak rasuah dan keangkuhan sedangkan orang muda bencikan rasuah. Wakil rakyat hendaklah rajin meninjau masalah rakyat.[2]

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad mewakili parti Barisan Nasional ) telah diisytiharkan menang. Lawannya ialah Ishar Saad dari parti PAS mendapat 9,950 undi. Majoriti  : 12,548 , Jumlah Undi  : 32,996 , Undi Rosak  : 548 % Mengundi : 81.68% .

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad sekali lagi bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kangar , negeri Perlis. Beliau menang dengan mendapat undi sebanyak 23821. Calon lawan ialah Tunku Abdul Rahman Bin Tunku Ismail dari PKR mendapat 10,150 undi - kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 80.1%. Undi rosak sebanyak 808.

Keluarga sunting

Beliau berkahwin dengan Puan Seri Datin Seri Mahani binti Abdul Hamid (isteri kedua) dan dikurniakan 7 orang anak (5 orang anak dari isteri pertama dan 2 orang dari isteri kedua). Isteri pertama beliau, seorang berbangsa Irish meninggal dunia dalam kemalangan pada tahun 1984.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[3][4][5]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1982 P1 Kangar, Perlis Mohd Radzi Sheikh Ahmad (UMNO) 22,251 71.51% Musa Mohamed (PAS) 8,866 28.49% 32,396 13,385 77.16%
1986 Mohd Radzi Sheikh Ahmad (UMNO) 22,463 68.93% Shuib Hj Mohammad (PAS) 9,397 28.83% 32,590 13,066 72.29%
2004 P2 Kangar, Perlis Mohd Radzi Sheikh Ahmad (UMNO) 22,498 67.98% Ishar Saad (PAS) 9,950 30.07% 33,095 12,548 81.68%
2008 Mohd Radzi Sheikh Ahmad (UMNO) 23,821 68.17% Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail (PKR) 10,150 29.04% 34,946 13,671 80.17%

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ salinan Berita Harian
  2. ^ Old-timer Radzi ready to let go
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  5. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2010. Dicapai pada 31 December 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Results only available from the 2004 election.

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Setiausaha Agung UMNO
1 Jun 200420 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Tun Mohd Khalil Yaakob
Tengku Adnan Tengku Mansor


Penyandang Terdahulu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
14 Februari 200619 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Azmi Khalid
Syed Hamid Albar