Safiq Rahim

(Dilencongkan dari Mohd Safiq Rahim)

Safiq bin Rahim (lahir 5 Julai 1987) merupakan pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain di kelab Johor Darul Takzim FC. Bermain sebagai pemain tengah, beliau juga boleh bermain di posisi tengah serangan, dan juga biasanya diletakkan sebagai perancang tengah pasukan. Safiq dianggap antara pemain tengah terbaik dalam generasi seusianya.[2][3]

Safiq Rahim
Maklumat peribadi
Nama penuh Safiq bin Rahim
Tarikh lahir (1987-07-05) 5 Julai 1987 (umur 36)
Tempat lahir Seremban, Negeri Sembilan,
Malaysia[1]
Ketinggian 1.67 m (5 ka 6 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim FC
Nombor 8
Kerjaya remaja
2003-2004 Sekolah Sukan Bukit Jalil
2005-2008 Selangor B-21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Selangor 20 (0)
2009 KL PLUS 10 (2)
2010–2012 Selangor 76 (19)
2013–2018 Johor Darul Ta'zim 108 (24)
2019–2020 Melaka United 31 (4)
2021– Johor Darul Ta'zim 36 (1)
Pasukan kebangsaan
2004-2006 Malaysia B-20 5 (0)
2007-2010 Malaysia B-23 26 (5)
2007–2022 Malaysia 81 (16)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 Disember 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Jun 2022

Safiq telah memenangi Anugerah Bola Sepak FAM untuk Anugerah Pemain Terbaik sebanyak empat kali, pada tahun 2011, 2012, 2015 dan 2016. Beliau juga telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Terbanyak FAM pada tahun 2015.[4]

Kehidupan awal

Dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Selangor.[1] Safiq merupakan anak sulung kepada pasangan Rahim Muhd. Yatim dan Aidah Majid. Beliau mempunyai seorang adik perempuan, Safiqa. Safiq mula bermain bola sepak di Sekolah Sukan Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 dan seterusnya di Sekolah Sukan Bukit Jalil.[5]

Kerjaya

Selangor (2006-2008)

Pada tahun 2006, Safiq mula bermain untuk pasukan remaja Selangor. Safiq meneruskan perkembangannya di Selangor sebelum dinaikkan pangkat ke pasukan pertama pada tahun yang sama. Dia diberikan penampilan pertama dibawah pengurusan Dollah Salleh dalam perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan pada 27 Disember 2006 dimana Selangor tewas 3-1, Safiq masuk sebagai pemain gantian dalam perlawanan itu.[6] Di tahun pertamanya bersama pasukan utama Selangor, Safiq menerima pencalonan Pemain Muda Harapan untuk Anugerah Bola Sepak Negara 2007.[7][8] Pada musim 2007/2008, Safiq kerap kali diturunkan dalam kesebelasan utama Selangor dan membantu Selangor menamatkan kempen liga di tempat ke-4 selain menjadi naib juara dalam pertandingan Piala FA dan Piala Malaysia. Musim yang sama juga menyaksikan dia membantu pasukan Selangor bawah 21 tahun memenangi Piala Presiden Malaysia 2008 dengan kemenangan 1-0 ke atas Perak bawah 21 tahun di final. Dia telah menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan itu.[9]

KL PLUS (2009)

Safiq menandatangani kontrak dengan KL PLUS pada September 2008 selepas membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak bersama Selangor.[10][11] Ketika bersama Pasukan KL PLUS, Safiq menyumbang 2 gol, 1 menentang Pahang[12] dan 1 menentang Kuala Muda Naza[13] pada keseluruhan musim itu.

Selangor (2010-2012)

Pada 1 Disember 2009, diumumkan bahawa Safiq menandatangani kontrak dengan Selangor untuk kali kedua dari KL PLUS. Dia menyerahkan jersi nombor 8 menjelang musim 2010.[14] Safiq membuat debutnya musim bagi Selangor dalam kemenangan 1-2 ke atas Negeri Sembilan dalam Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tuanku Abdul Rahman. Pada 19 Januari 2010, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Selangor dalam kemenangan 4-0 ke atas Pahang. Pada 23 Februari 2010, Safiq membuat debutnya AFC dalam perlawanan seri 0-0 menentang Vietnam Becamex Bình Dương di Stadium Shah Alam. Dia menjaringkan gol pertama AFC Cup dalam kemenangan 5-0 ke atas Maldivian Victory SC pada 6 April 2010.[15]

Safiq telah menjaringkan 9 gol dari 45 penampilan dalam semua pertandingan semasa debut musimnya.[16][17][18] Beliau adalah sebahagian daripada pasukan Selangor yang memenangi Liga Super 2010 Malaysia dan Perisai Amal Malaysia 2010.[19][20]

Pada musim 2010, Skuad selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lepas, apabila menjuarai ia sekali lagi. Namun pada musim 2011 dan 2012 skuad selangor kemarau trofi apabila tiada sebarang trofi dijulang untuk dua musim itu. Keseluruhannya Safiq menjaringkan 30 gol dalam 152 penampilan bersama Selangor.

Johor Darul Takzim (2013-2018)

Pada 1 November 2012, Safiq telah mengesahkan perpindahannya ke Johor Darul Ta'zim. Beliau secara rasmi menandatangani kontrak satu tahun dengan opsyen untuk setahun lagi selepas kontraknya dengan Selangor tamat tempoh pada 30 November 2012.[21] Pada 13 April 2015, dilaporkan bahawa Safiq adalah antara pemain tempatan paling tinggi yang dibayar gaji bulanan RM 70,000 (sekitar AS $ 17,000).[22]

Pada musim pertama Safiq bersama kelab Johor Darul Takzim, skuad yang digelar Harimau Selatan berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala FA namun tewas kepada pasukan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir. Pada musim 2014, kelab Johor Darul Takzim berjaya menjuarai Liga Super namun hanya mara ke separuh akhir Piala FA serta menjadi naib juara Piala Malaysia setelah tewas di final dengan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.[23][24]

Pada musim 2015, kelab Johor Darul Takzim bermula baik apabila menjulang trofi Piala Sumbangsih setelah menewaskan Pahang 2-0. Rentak cemerlang kelab diteruskan dengan memenangi Liga Super 2015 yang merupakan kejuaraan berturut daripada 2014. Selain itu, Johor Darul Takzim juga memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015.[25] Selain itu, Safiq Rahim juga membantu pasukan Johor Darul Ta'zim menjuarai Liga Super musim 2014, 2015 dan 2016 iaitu 3 tahun berturut-turut. Safiq Rahim juga membantu menjuarai Piala Sumbangsih pada 2015 dan 2016 dan naib juara 2017 selepas tewas kepada Kedah dengan keputusan 3-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan Juara Piala FA 2016 menewaskan PKNS FC 2-1.[26]

Melaka United (2019-2020)

Pada November 2018, Safiq telah mengikat kontrak dengan Melaka United bersama beberapa bekas pemain tonggak utama pasukan kebangsaan, iaitu Shukor Adan dan Razman Roslan.

Johor Darul Ta'zim (2021-kini)

Safiq kembali ke Johor selepas 2 musim bersama Melaka.[27] Pada 3 Julai 2023, Safiq masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol ke-50-nya di Liga Super Malaysia dalam kemenangan 6-1 ke atas Kuala Lumpur City.

Kerjaya antarabangsa

Malaysia Bawah 20 Tahun

Beliau mewakili pasukan kebangsaan Malaysia bawah-20 tahun ke Piala Belia Asia 2006 di India.[28]

Malaysia Bawah 23 Tahun

Safiq mula mewakili pasukan Malaysia bawah-23 tahun ke Sukan SEA 2007, dan pada ketika itu Malaysia gagal ke suku akhir apabila gagal melepasi peringkat kumpulan. Keajaiban berlaku apabila penantian 20 tahun pingat emas Sukan SEA berakhir apabila skuad kendalian K.Rajagopal berjaya menggapai ibu segala pingat emas selepas menundukkan Vietnam dengan keputusan tipis 1-0 di Sukan SEA di Vientiane, Laos pada tahun 2009.[29]

Pasukan Senior

Safiq membuat kemunculan sulungnya untuk Malaysia menentang Myanmar pada Januari 2007 pada usia 20 tahun. Beliau telah menyertai setiap kejohanan besar yang Malaysia layak ke, termasuk 2010, 2012 dan Kejuaraan AFF 2014. Dia menjaringkan gol pertama pemain antarabangsa pertamanya dalam perlawanan persahabatan tidak rasmi terhadap Zimbabwe pada 12 Julai 2009.

Safiq menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menewaskan Laos 4-1 dalam Piala AFF Suzuki 2012. Dalam Piala AFF Suzuki 2014, Safiq meledak gol sulungnya ketika tewas 2-3 kepada Thailand.[30] Safiq meledak satu gol ketika menewaskan Singapura 3-1 untuk membawa Malaysia ke separuh akhir. Safiq menjaringkan satu lagi gol ketika tewas kepada Vietnam 1-2. Safiq sekali lagi menjaringkan satu gol bagi menewaskan Vietnam 4-2 untuk ke perlawanan akhir. Safiq meledak 2 gol ketika tewas di tangan Thailand secara agregat 4-2 di perlawanan akhir. Safiq dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan sebanyak 6 gol.[31][32]

Pada 27 Januari 2015, FIFA.com telah menerbitkan satu artikel mengenai kepakaran beliau dalam mengambil sepakan bebas selepas mengetepikan pasukannya untuk menamatkan perlumbaan pada Piala Suzuki AFF 2014. Safiq yang juga pencetak gol terbanyak semasa kejohanan itu telah menjaringkan 5 gol daripada beberapa set.[33]

Pada bulan Mei 2017, beliau kembali menyarung jersi skuad kebangsaan bersama 3 rakan sepasukannya yang lain.[34][35]

Pada 2022, Safiq kembali ke pasukan kebangsaan di bawah pengurusan Kim Pan-gon. Dia menjaringkan 1 gol ketika persahabatan di Bukit Jalil dan menjadi sebahagian pemain yang terpilih untuk mewakili Malaysia di kelayakan Piala Asia 2023.[36]

Kehidupan peribadi

Safiq berkahwin dengan pemain boling ten pin terkenal, Zandra Aziela pada 2 Februari 2014.[37]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 16 Disember 2023[38][39][40]
Kemunculan dan gol mengikut kelab, musim dan persaingan
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Jumlah
Bahagian Kmn Gol Kmn Gol Kmn Gol Kmn Gol Kmn Gol
Selangor 2006–07 Liga Super Malaysia 3 0 2 0 2 0 7 0
2007–08 Liga Super Malaysia 17 0 5 0 4 0 26 0
Jumlah 20 0 7 0 6 0 33 0
KL PLUS 2009 Liga Super Malaysia 10 2 1 0 4 0 15 2
Jumlah 10 2 1 0 4 0 15 2
Selangor 2010 Liga Super Malaysia 26 7 6 0 7 1 6 1 45 9
2011 Liga Super Malaysia 26 7 4 0 10 4 40 11
2012 Liga Super Malaysia 24 5 1 2 9 3 34 10
Jumlah 76 19 11 2 26 8 6 1 119 30
Johor Darul Ta'zim 2013 Liga Super Malaysia 18 1 4 0 7 2 29 3
2014 Liga Super Malaysia 20 1 3 0 9 4 32 5
2015 Liga Super Malaysia 19 7 1 0 7 4 13 4 40 15
2016 Liga Super Malaysia 17 4 7 2 5 1 9 8 38 15
2017 Liga Super Malaysia 21 9 4 0 7 2 9 4 41 15
2018 Liga Super Malaysia 13 2 4 0 1 0 7 1 25 3
Jumlah 108 24 23 2 36 13 38 17 205 56
Melaka United 2019 Liga Super Malaysia 21 3 1 0 8 1 30 4
2020 Liga Super Malaysia 10 1 0 0 1 0 11 1
Jumlah 31 4 1 0 9 1 41 5
Johor Darul Ta'zim 2021 Liga Super Malaysia 13 0 9 0 6 0 28 0
2022 Liga Super Malaysia 14 0 4 1 4 0 3 0 25 1
2023 Liga Super Malaysia 9 1 0 0 4 0 2 0 15 1
Jumlah 36 1 4 1 17 0 11 0 68 2
Jumlah kerjaya 281 50 47 5 98 22 55 18 481 95

Antarabangsa

Sehingga 11 Jun 2022[41]
Kemunculan dan gol mengikut pasukan kebangsaan dan tahun
Pasukan kebangsaan Tahun Kmncln Gol Nisbah
Malaysia 2007 1 0 0.00
2009 7 0 0.00
2010 9 0 0.00
2011 8 4 0.50
2012 15 4 0.27
2013 5 0 0.00
2014 13 6 0.46
2015 9 1 0.11
2016 1 0 0.00
2017 6 0 0.00
2018 1 0 0.00
2022 6 1 0.16
Jumlah 81 16 0.20

|}

Gol antarabangsa

Pada pertandingan yang dimainkan pada8 Jun 2022. Jaringan Malaysia yang disenaraikan dahulu, kolum jaringan menunjukkan jaringan selepas setiap gol Safiq.
Gol antarabangsa mengikut tarikh, tempat, kap, lawan, jaringan, keputusan dan perlawanan
No. Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
12 Julai 2009 KLFA Stadium, Cheras, Malaysia   Zimbabwe 1–0 4–0 Persahabatan
30 Disember 2009 Stadium KLFA, Cheras, Malaysia   Syria 1–0 4–1 Persahabatan
2–1
1. 9 Februari 2011 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Malaysia   Hong Kong 1–0 2–0 Persahabatan
2. 29 Jun 2011 Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia   Taipei Cina 1–0 2–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
3. 3 Julai 2011 Taipei Municipal Stadium, Taipei, Taiwan   Taipei Cina 2–1 2–3 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
4. 13 November 2011 Indira Gandhi Athletic Stadium, Guwahati, India   India 1–0 1–1 Persahabatan
5. 8 Jun 2012 Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura   Singapura 2–0 2–2 Persahabatan
6. 12 Jun 2012 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Malaysia   Singapura 2–0 2–0 Persahabatan
7. 16 Oktober 2012 Mong Kok Stadium, Mong Kok, Hong Kong   Hong Kong 2–0 3–0 Persahabatan
8. 28 November 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia   Laos 1–0 4–1 Piala Suzuki AFF 2012
17 Mac 2013 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Malaysia   Arab Saudi 1–2 1–4 Persahabatan
9 Oktober 2013 Shenzhen Universiade Sports Centre, China   Emiriah Arab Bersatu 1–3 1–3 Persahabatan
9. 26 November 2014 Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura   Thailand 2–1 2–3 Piala Suzuki AFF 2014
10. 29 November 2014 Stadium Nasional, Kallang, Singapura   Singapura 2–1 3–1 Piala Suzuki AFF 2014
11. 7 Disember 2014 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Malaysia   Vietnam 1–0 1–2 Piala Suzuki AFF 2014
12. 11 Disember 2014 Mỹ Đình National Stadium, Hanoi, Vietnam   Vietnam 2–1 4–2 Piala Suzuki AFF 2014
13. 20 Disember 2014 Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia   Thailand 1–0 3–2 Piala Suzuki AFF 2014
14. 3–0
15. 3 September 2015 Stadium Shah Alam, Shah Alam, Malaysia   Arab Saudi 1–0 1–2 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2018
16. 1 Jun 2022 Stadium, Bukit Jalil, Malaysia   Hong Kong 2–0 2–0 Persahabatan

Nota:

      Bukan perlawanan 'A' FIFA

Pencapaian

Kelab

Selangor
Johor Darul Ta'zim

Antarabangsa

Malaysia B-23
  • Sukan SEA: Pingat Emas 2009
Malaysia
  • Piala AFF: 2010; Naib juara: 2014

Individu

Anugerah

  • Anugerah Bola Sepak Kebangsaan - Pemain Tengah Terbaik: 2011, 2012[42], 2015[43], 2016[44]
  • Anugerah Bola Sepak Kebangsaan - Pemain Paling Bernilai (MVP): 2015[43]
  • AFF Best XI (Piala AFF 2012): 2012
  • Pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia: 2014
  • Piala AFC - Pemain Paling Bernilai (MVP): 2015
  • Kasut Emas Piala AFF: 2014[45]

Rujukan

  1. ^ a b Safiq janji komitmen 100 peratus bantu pasukan negara - Berita Harian, 1 November 2006.
  2. ^ "MSL2017 Best Players: #2 Safiq Rahim". Goal. 27 November 2017. Dicapai pada 30 November 2017.
  3. ^ "Malaysia Football Awards –FourFourTwo's Best Midfielders". FourFourTwo. 21 December 2016. Dicapai pada 30 November 2017.
  4. ^ "Senarai Pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015". FAM Official website. 19 December 2015. Dicapai pada 30 November 2017.
  5. ^ "Safiq idam lengkap trofi". Harian Metro. 1 November 2014. Dicapai pada 30 November 2017.
  6. ^ N Sembilan 3 Selangor 1 (Liga Super) - selangorfc.com, 27 Dssember 2006.
  7. ^ Anugerah: Wira Pestabola jadi pilihan - Berita Harian, 4 September 2007.
  8. ^ Anugerah Bola Sepak Kebangsaan - malaysiafootball-dimos.blogspot.com
  9. ^ "Piala Presiden 2008 — Selangor vs Perak". Seladang.net. 1 August 2008. Dicapai pada 30 November 2017.
  10. ^ "KL Plus FC beef up side by signing Selangor duo". The Star Online. 19 September 2008. Dicapai pada 30 November 2017.
  11. ^ "KL PLUS FC". Malaysiafootball. 4 December 2009. Dicapai pada 30 November 2017.
  12. ^ PLUS v Pahang - goal.com, 20 Jun 2009.
  13. ^ PLUS FC - 2 Ogos 2009.
  14. ^ "Barisan Selangor 2010". Football Association of Selangor. 3 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-30. Dicapai pada 30 November 2017.
  15. ^ "Selangor vs. Victory - 6 April 2010". Soccerway. Dicapai pada 30 November 2017.
  16. ^ "5 pemain terbaik Selangor yang berpindah ke Johor Darul Ta'azim". Stadium.my. 13 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-19. Dicapai pada 30 November 2017.
  17. ^ "Selangor kembali temui rentak". Kosmo! Online. 4 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 30 November 2017.
  18. ^ "Selangor terlalu kebal". Utusan Online. 30 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 30 November 2017.
  19. ^ "Selangor Juara Liga Super 2010". Football Association of Selangor. 31 July 2010. Dicapai pada 30 November 2017.
  20. ^ "Piala Sumbangsih". Utusan Online. 9 January 2010. Dicapai pada 30 November 2017.
  21. ^ "Safiq to sign for Johor next season". Astro Awani. 1 November 2012. Dicapai pada 1 December 2017.
  22. ^ "Malaysian football: So much money, so little to show". New Straits Times. 13 April 2015. Dicapai pada 1 December 2017.
  23. ^ "Johor set to sign Safiq Rahim". Goal. 1 November 2012. Dicapai pada 2 December 2017.
  24. ^ "Safiq sign Johor next season". Astro Awani. 1 November 2012. Dicapai pada 2 December 2017.
  25. ^ "JDT skipper Safiq Rahim named AFC Cup Final MVP". AFC Official website. 31 October 2015. Dicapai pada 30 November 2017.
  26. ^ "Safiq Rahim signs new four-year deal with Johor DT". Stadium.my. 14 December 2015. Dicapai pada 2 December 2017.
  27. ^ Abdullah, Meor (2021-02-10). "Selepas Dua Musim, Safiq Rahim Kembali Ke Pangkuan JDT". VOCKET FC. Dicapai pada 2022-08-20.
  28. ^ "Safiq Rahim, Pengumpul Pingat: Kapten paling berjaya di era bola sepak modern Malaysia". FourFourTwo. 1 December 2017. Dicapai pada 2 December 2017.
  29. ^ "Malaysia 0–0 Myanmar". ESPN. 14 January 2007. Dicapai pada 2 December 2017.
  30. ^ "Malaysia 0–0 Myanmar". ESPN. 14 January 2007. Dicapai pada 2 December 2017.
  31. ^ "Singapore 2–2 Malaysia". Soccerway. 8 June 2012. Dicapai pada 2 December 2017.
  32. ^ "Malaysia 2–0 Singapore". Soccerway. 12 June 2012. Dicapai pada 2 December 2017.
  33. ^ "Safiq: Set pieces require confidence". FIFA.com. 27 January 2015. Dicapai pada 1 December 2017.
  34. ^ Nicolas Anil (10 October 2017). "Safiq Rahim red card as Malaysia lose again in Asian Cup qualifying". ESPNFC.
  35. ^ "Hong Kong 0–3 Malaysia". Soccerway. 16 October 2012. Dicapai pada 2 December 2012.
  36. ^ Pemain dahagakan kejayaan, ingin layak ke Piala Asia - Safiq - Astro Awani, 2 Jun 2022.
  37. ^ Majlis Pernikahan Safiq Rahim & Zandra Aziela Daripada Ministry Of Moment Retrieved at 3 February 2014 from beautifulnara.com
  38. ^ Biodata Safiq Rahim di Soccerway. Capaian 28 October 2017.
  39. ^ SAFIQ RAHIM - Malaysian Football League.
  40. ^ "Senarai Penjaring Liga Super 2008/09". Dicapai pada 29 November 2017.
  41. ^ (Inggeris) Profil Rahim, Mohd Safiq di National-Football-Teams.com
  42. ^ "Mat Yo penyerang terbaik, Paling Bernilai". Utusan Online. 31 October 2012. Dicapai pada 2 December 2017.
  43. ^ a b "JDT kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015". Berita Harian. 18 December 2015. Dicapai pada 2 December 2017.
  44. ^ "Ahmad Hazwan raih dua gelaran pada ABK 2016". Astro Awani. 23 December 2016. Dicapai pada 2 December 2017.
  45. ^ "AFF Suzuki Cup: The top scorers". FOX Sports Asia. Dicapai pada 2 December 2017.

Pautan luar