Prof Dr Mohd Taib Osman (lahir 1934) adalah seorang penulis buku kesusasteraan Melayu yang penting. Beliau adalah antara tokoh penting dalam bidang Pengajian Melayu. Beliau memulakan kariernya sebagai penysarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1959. Kepakaran beliau adalah di dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda (B.A) dan Sarjana (M.A) daripada Universiti Malaya, Singapura. Manakala Ijazah Kedoktoran diterima daripada Indiana University, A.S. Beliau pernah berkhidmat di Adivsory Council, UNESCO dalam bidang pengajian Melayu dan kebudayaan Asia Tenggara pada 1970an dan awal 1980an. Penulisan beliau bukan sahaja dalam bidang kesusateraan Melayu tetapi juga menyentuh tentang masalah kebudayaan nasional.

Hasil penulisan sunting

  1. Adab Raja-Raja : Perpustakaan Negara Malaysia ,2006.
  2. Universiti dan tradisi kecemerlangan : Penerbit Universiti Malaya, 2004.
  3. Budaya dan Bahasa Melayu :masalah dan harapan:Penerbit Universiti Malaya, c2004.
  4. Cerita Lipur Lara/ tuturan Mir Hassan dan Pawang Ana ; dikaji dan diperkenalkan oleh Mohd. Taib Osman ; Ketua Editor Hassan Ahmad.:Yayasan Karyawan, 2004.
  5. Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan :Universiti Malaya Publication, 2004.
  6. TAMADUN Islam di Malaysia / diselenggarakan oleh Mohd. Taib Osman dan A. Aziz Deraman ;DBP, 2000.
  7. ISLAMIC civilization in the Malay world / edited by Mohd. Taib Osman  ;DBP, 1997.
  8. BINGKISAN kenangan untuk pendeta. ;DBP, 1993.
  9. Pengkajian sastera rakyat bercorak cerita / diselenggarakan oleh Mohd. Taib Osman.  ;DBP, 1991.
  10. Malay folk beliefs : an integration of disparate elements ;DBP, 1989.
  11. Masyarakat Melayu : struktur, organisasi dan manifestasi / penyelenggara, Mohd. Taib Osman.  ;DBP, 1989.
  12. Kebudayaan Melayu dalam beberapa persoalan :1988.
  13. Bunga rampai : aspects of Malay culture : 1988.
  14. Kajian budaya dan masyarakat di Malaysia / disusun oleh Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff. ;DBP, 1987.
  15. An introduction to the development of modern Malay language and literature :Times Books International, 1986.
  16. Malaysian world-view / edited by Mohd. Taib Osman :Southeast Asian Studies Program, Institute of Southeast Asian Studies, c1985.
  17. Hikayat Awang Sulung Merah Muda / oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya ; didasarkan pada naskhah, Sir R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock ; dengan kata pengantar oleh Mohd. Taib Osman. :Fajar Bakti, 1985.
  18. Kajian budaya dan masyarakat di Malaysia.  ;DBP, 1983.
  19. Manual for collecting oral tradition : with special reference to Southeast Asia ;DBP, 1982
  20. Pengajaran Bahasa dan kesusastraan Malaysia / disunting oleh Mohd. Taib Osman  ;DBP, 1977.
  21. Traditional drama and music of Southeast Asia : (papers presented at the International Conference on Traditional Drama and Music of Southeast Asia, Kuala Lumpur, 27th to 30th August, 1969) / edited by Mohd. Taib Osman.  ;DBP, 1974.
  22. An interoduction to the development of to the development of modern malay language and literature.