Mohsin Fadzli Samsuri

YB Mohsin Fadzli Samsuri merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.

Yang Berhormat

Mohsin Fadzli Samsuri
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P58 Bagan Serai, Perak
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului oleh Zainal Abidin Zin
Digantikan oleh Noor Azmi Ghazali
Majoriti3,413
Butiran peribadi
Lahir (1945-11-30) 30 November 1945 (umur 78)
Parti politik (2008-2010)
BEBASBebas (2010-)
PekerjaanAhli Parlimen

Keluar dari PKR sunting

Pada 3 Mac 2010, beliau mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah. Beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang kecewa kerana beliaulah yang meyakinkan pengundi PAS di Bagan Serai. Ahmad Awang menggesa agar Mohsin mengosongkan kerusi Bagan Serai dsalam tempoh tujuh hari. Solat hajat akan diadakan selama tujuh hari memohon restu daripada Allah.[1]

Lebih 200 pengundi di Bagan Serai termasuk MP Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa (PAS) ,Abdul Yunus Jamhari dan beberapa Adun Pakatan Rakyat dari Perak membantah tindakan Mohsin melompat parti. Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat' dan 'Hancur Mohsin, Najib serta Umno' sambil membawa puluhan poster dan kain rentang.

Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Mohsin hadapi solat hajat tujuh hari tujuh malam
  2. ^ ""Lima bekas MP PKR bentuk Konsensus Bebas", The Malaysian Insider, 07 Jun, 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-08. Dicapai pada 2011-02-24.