Morning Musume '23 (モーニング娘。 '23), asalnya hanya Morning Musume (モーニング娘。) dan juga dikenali dengan singkatan Momusu (モー娘。) ialah sebuah kumpulan J-pop perempuan dari Jepun yang diuruskan oleh Hello! Project yang bernaung di bawah Up Front Promotion. Kumpulan ini merupakan kumpulan paling dikenali dalam Hello! Project. Musume (娘) bermaksud anak perempuan atau gadis, maka Morning Musume bermaksud 'Gadis Pagi'.

Morning Musume '23
モーニング娘。'23
Morning Musume pada tahun 2016.
Latar belakang
Berasal dariTokyo, Japan
GenreJ-Pop
Tahun aktif1997 (1997)–kini
Syarikat rakaman
zetima
Pengkarya berkait
Laman sesawang
helloproject.com/morningmusume
Ahli


Lihat Ahli Terkini Morning Musume
Bekas ahliLihat Bekas Ahli Morning Musume

Kumpulan ini dikenali dengan ahli yang kerap bertukar ganti, dengan uji bakat untuk ahli baru dan graduasi yang mewujudkan gaya berbeza dan menampilkan muzik dan persembahan yang dinamik. Sesuai dengan makna nama kumpulan, ahli baru yang dipilih selalunya berusia pertengahan remaja dan ahli akan bergraduasi sekitar usia awal 20-an.

Bermula tahun 2014, nama kumpulan akan berubah setiap tahun dan diakhiri dengan singkatan angka untuk setiap tahun. Terkini, kumpulan ini dikenali dengan nama Morning Musume '23 (Morning Musume Two-Three).

Ahli terkini sunting

Rencana utama : Ahli Morning Musume

Sejarah sunting

 
Sejarah Pertukaran Ahli

1997 sunting

Pada tahun 1997, kumpulan Sharan Q telah mengadakan beberapa siri uji bakat dalam rancangan ASAYAN untuk mencari penyanyi wanita. Bilangan peserta ditapis sehingga tinggal 11 orang sahaja, dan Heike Michiyo telah dipilih sebagai pemenangnya. Lima naib johannya iaitu Nakazawa Yuko, Ishiguro Aya, Iida Kaori, Abe Natsumi, dan Fukuda Asuka, telah dicabar oleh Tsunku sebagai satu kumpulan untuk menjual 50,000 unit single dalam masa 5 hari dengan tawaran kontrak rakaman sebagai ganjaran. Mereka dinamakan 'Morning Musume', merakamkan lagu "Ai no Tane" dan berjaya menamatkan cabaran tersebut.

1998 sunting

Pada tahun 1998, selepas mengeluarkan single rasmi pertama mereka pada Januari, "Morning Coffee", satu lagi uji bakat telah diadakan dan tiga lagi ahli baru dimasukkan ke dalam kumpulan ini sebagai ahli generasi kedua iaitu Yasuda Kei, Yaguchi Mari dan Ichii Sayaka. Mereka membuat kemunculan pertama dalam single kedua Morning Musume, "Summer Night Town".

Album studio pertama Morning Musume, First Time pada Julai 1998 dan mendapat tempat keempat dalam carta mingguan Oricon.

Single ketiga, "Daite HOLD ON ME!" telah dipasarkan pada September 1998 dan telah mendapat tempat pertama dalam carta mingguan Oricon.

1999 sunting

Pada tahun 1999, telah diumumkan bahawa ahli kumpulan generasi pertama, Fukuda Asuka keluar dari Morning Musume. Fukuda memberitahu bahawa dia keluar dari Morning Musume kerana ingin meneruskan pelajarannya di sekolah. Single terakhir bersamanya (single keempat Morning Musume), "Memory Seishun no Hikari" telah dipasarkan pada Februari 1999.

Untuk menambah bilangan ahli baru, Tsunku telah menjalankan uji bakat untuk generasi ketiga Morning Musume. Dua orang telah dijangka akan menyertai Morning Musume, namun hanya Goto Maki sahaja yang terpilih dan telah membuat kemunculan pertama dalam single ketujuh Morning Musume, "LOVE Machine" pada September 1999. Single ini terjual sebanyak 1,646,630 unit dan masih lagi jualan single tertinggi Morning Musume sehingga hari ini. Sementara Goto baru sahaja menyertai Morning Musume, Ishiguro Aya telah diumumkan meninggalkan kumpulan itu.

2000 sunting

Pada tahun 2000, Tsunku sekali lagi menjalankan uji bakat untuk generasi keempat dan Ishikawa Rika, Yoshizawa Hitomi, Tsuji Nozomi, dan Kago Ai telah terpilih. Penyertaan Kago Ai yang hanya berusia 12 tahun menampakkan kelainan pada Morning Musume. Mereka telah membuat kemunculan pertama dalam single kesembilan Morning Musume, "Happy Summer Wedding", dan terjual sehingga 990,950 unit. Dalam masa yang sama, Ichii Sayaka telah keluar dari Morning Musume untuk meneruskan karier muziknya sendiri. Dia menjadi vokalis utama Cubic Cross dan kemudian, telah berkahwin bersama Yoshizawa Naoki.

Kumpulan ini mengacarakan rancangan variety mereka sendiri iaitu Hello! Morning yang meningkatkan populariti mereka. Mereka juga mengadakan beberapa teater muzikal mereka sendiri pada setiap tahun di musim panas. Pelbagai jenis barangan dan cenderamata Morning Musume telah dikeluarkan.

2001 sunting

Pada penghujung Januari 2001, album lagu-lagu terbaik Morning Musume, Best! Morning Musume 1 telah dipasarkan. Sebanyak 2,259,510 unit telah dipasarkan. Pada April 2001, ketua Morning Musume, Nakazawa Yuko telah keluar dari Morning Musume untuk meneruskan karier nyanyiannya (juga faktor usianya) telah menjadikan Iida Kaori dan Yasuda Kei sebagai ketua.

Tahun 2001 juga menyaksikan empat ahli kumpulan baru telah menyertai Morning Musume sebagai ahli kumpulan generasi kelima. Takahashi Ai, Konno Asami, Ogawa Makoto, dan Niigaki Risa telah menjadikan ahli Morning Musume seramai 13 orang. Mereka telah membuat kemunculan pertama dalam single ketiga belas Morning Musume, "Mr. Moonlight ~Ai no Big Band~" yang telah dipasarkan pada Oktober 2001.

2002 sunting

Pada Julai 2002, single kelima belas Morning Musume, "Do it! Now" telah dipasarkan. Ini merupakan single terakhir bersama Goto Maki.

2003 sunting

Pada April 2003, Yasuda Kei telah meninggalkan kumpulan Morning Musume pada Mei 2003 selepas memasarkan single kelapan belas Morning Musume, "AS FOR ONE DAY".

Pada pertengahan tahun 2003, tiga ahli kumpulan baru telah diumumkan sebagai ahli generasi keenam iaitu Kamei Eri, Michishige Sayumi, dan Tanaka Reina. Selepas kejayaannya menyertai rancangan Kōhaku Uta Gassen bersama ahli kumpulan Morning Musume, Tsunku juga telah memasukkan Fujimoto Miki (asalnya penyanyi solo di bawah Hello! Project) ke dalam Morning Musume sebagai ahli generasi keenam. Mereka membuat kemunculan pertama semasa konsert graduasi Yasuda Kei, dan Tsunku telah menyatakan bahawa ini merupakan bilangan teramai Morning Musume iaitu seramai 16 orang ahli. Mereka telah membuat kemunculan pertama dalam single ke-20 Morning Musume, "Shabondama" yang telah dipasarkan pada penghujung bulan Julai.

Penghujung tahun 2003, Morning Musume telah dipecahkan kepada dua sub-unit iaitu Morning Musume Sakura Gumi, yang memfokuskan lagu-lagu yang berentak perlahan dan lagu tradisional cinta terdiri daripada Abe Natsumi, Yaguchi Mari, Yoshizawa Hitomi, Kago Ai, Takahashi Ai, Niigaki Risa, Konno Asami dan Kamei Eri. Sementara Morning Musume Otome Gumi, yang menampilkan lagu-lagu berentak pop rock, terdiri daripada Iida Kaori, Ishikawa Rika, Tsuji Nozomi, Ogawa Makoto, Fujimoto Miki, Michishige Sayumi, dan Tanaka Reina.

2004 sunting

Pada Januari 2004, Abe Natsumi telah keluar dari Morning Musume. Single terakhir bersamanya (single ke-21) "Ai Araba IT'S ALL RIGHT", merupakan single terakhir yang terjual melebihi 100,000 unit sehinggalah tahun 2012.

Single ke-23, "Joshi Kashimashi Monogatari" mengenai personaliti setiap ahli kumpulan ketika itu telah dipasarkan pada Julai 2004. Ia merupakan single terakhir bersama Tsuji Nozomi dan Kago Ai yang meninggalkan kumpulan pada Ogos 2004 untuk fokus kepada kumpulan duo terbaru W.

Uji bakat untuk generasi ketujuh dinamakan Lucky 7 telah diadakan disekitar Jepun pada penghujung 2004 dan menampilkan enam finalis akhir. Pada 9 Januari 2005, Tsunku telah mengejutkan media dengan tidak memilih sesiapa untuk dimasukkan ke dalam kumpulan itu.

2005 sunting

Pada 30 Januari 2005, ahli kumpulan daripada generasi pertama Iida Kaori telah keluar untuk meneruskan kariernya sebagai artis solo dan Yaguchi Mari telah mengmbil tempat sebagai ketua dan Yoshizawa Hitomi sebagai naib ketua. Single terakhir bersamanya (single ke-25) "The Manpower!!!" telah dipasarkan.

Pada Februari 2005, Tsunku sekali lagi memulakan uji bakat untuk ahli kumpulan generasi ketujuh dan telah memilih Kusumi Koharu sebagai ahli baru.

Pada 10 April 2005, gambar Yaguchi Mari keluar bersama pelakon lelaki Oguri Shun disiarkan dalam majalah Friday!. Pada 14 April 2005, Yaguchi telah mengumumkan bahawa dia telah "berhenti" dari Morning Musume dan meneruskan aktiviti solonya. Dalam kenyataan awamnya, Yaguchi mengatakan mengenai skandal tersebut bahawa dia merasa tidak sesuai untuk menjadi "idola" dan telah merosakkan imej Morning Musume. Tiada konsert graduasi diadakan untuk Yaguchi. Yoshizawa Hitomi mengambil tempatnya sebagai ketua Morning Musume, dan Fujimoto Miki sebagai naib ketua pada 15 Julai 2005.

Pada 27 April 2005, single ke-26, "Osaka Koi no Uta" telah dipasarkan. Yaguchi masih lagi berada dalam single itu kerana pihak UFA tidak mempunyai masa untuk merekod semula. Single ini juga merupakan single terakhir Ishikawa Rika yang telah keluar dari Morning Musume pada 7 Mei 2005 untuk meneruskan kerjayanya sebagai ketua kumpulan trio Hello! Project v-u-den.

Single terakhir Morning Musume pada 2005, "Chokkan 2 ~Nogashita Sakana wa Ookii Zo!~"," dipasarkan pada November 2005. Lagu ini merupakan lagu sambungan salah sebuah lagu dalam album studio keenam mereka, Ai no Dai 6 Kan. Lagu "Koi wa Hassō Do The Hustle!" yang sepatutnya menjadi lagu A-side single ini kurang mendapat sambutan peminat, maka hanya dijadikan lagu B-side.

2006 sunting

Pada 28 April 2006, Tsunku pada laman web rasminya telah mengumumkan bahawa Konno Asami dan Ogawa Makoto akan keluar dari Morning Musume. Konno keluar pada 23 Julai 2006 untuk masuk ke universiti dan Ogawa keluar pada 27 Ogos 2006 untuk mengambil kursus bahasa Inggeris. Single terakhir bersama Konno dan Ogawa, "Ambitious! Yashinteki de Ii Jan", dipasarkan pada Jun 2006.

Uji bakat untuk generasi kelapan iaitu Morning Musume Happy 8 Audition bermula pada 27 Ogos 2006 dan berakhir di Tokyo pada 22 Oktober 2006. Pada 10 Disember 2006 dalam rancangan Hello! Morning, Mitsui Aika telah diumumkan sebagai ahli baru generasi kelapan.

Single "Aruiteru" yang dipasarkan pada November 2006, menjadi single pertama selepas 3½ tahun (sejak "As For One Day" pada tahun 2003) mendapat tempat pertama dalam carta jualan mingguan Oricon. Album mini pertama Morning Musume, 7.5 Fuyu Fuyu Morning Musume Mini!, dipasarkan pada Disember, mengandungi 5 buah lagu termasuk single terbaru "Aruiteru".

2007 sunting

Pada awal 2007 Morning Musume Tanjou 10nen Kinentai telah ditubuhkan, terdiri daripada Iida Kaori, Abe Natsumi, Goto Maki, Niigaki Risa, dan Kusumi Koharu. Unit ini ditubuhkan sempena ulangtahun Morning Musume yang kesepuluh. Unit itu juga memasarkan single pertama mereka, "Bokura ga Ikiru My Asia". Ahli kumpulan ini dipilih mengikut generasi yang bernombor ganjil (Iida Kaori dan Abe Natsumi daripada generasi pertama, Goto Maki daripada generasi ketiga, Niigaki Risa daripada generasi kelima, dan Kusumi Koharu daripada generasi ketujuh).

Pada 2 Januari 2007, telah diumumkan semasa konsert Hello! Project 2007 Winter bahawa ketua Morning Musume, Yoshizawa Hitomi akan keluar dari Morning Musume pada 6 Mei 2007, hari terakhir konsert musim bunga Morning Musume 2007.

Pada 11 Mac 2007, produser Tsunku telah membuat satu pengumuman penting dalam rancangan Hello! Morning. Beberapa hari selepas itu, pada 15 Mac Tsunku telah mengumumkan 2 orang ahli baru yang menjadi ahli kumpulan Morning Musume sebagai generasi kelapan, Jun Jun dan Lin Lin, kedua-duanya berasal dari China. Kemunculan pertama mereka di media pada 6 Mei semasa konsert graduasi Yoshizawa.

Selepas kejayaan single ke-33, "Kanashimi Twilight", pada 1 Mei 2007, Morning Musume telah dinobatkan sebagai "Kumpulan Wanita dengan Jualan Single Tertinggi di Jepun" dengan 11,085,000 unit.

Pada 6 Mei 2007, Yoshizawa Hitomi telah keluar dari Morning Musume. Fujimoto Miki mengambil alih jawatan sebagai ketua dan Takahashi Ai mengambil jawatan naib ketua.

Pada 1 Jun 2007, Fujimoto Miki telah diumumkan keluar secara mengejut dari Morning Musume, kerana artikel hubungannya dengan pelawak Tomoharu Shoji tersiar dalam majalah Friday!. Takahashi Ai mengantikan Fujimoto sebagai ketua, dan Niigaki Risa menjadi naib ketua.

Pada 26 Oktober 2007, Takahashi Ai, Niigaki Risa, dan Kusumi Koharu ke Korea Selatan untuk mempromosikan album kompilasi Morning Musume All Singles Complete ~10th Anniversary~, yang dipasarkan pada 24 Oktober 2007.

Pada 21 November 2007, single ke-35, "Mikan" dipasarkan. Single ini merupakan jualan single paling rendah dalam sejarah Morning Musume dan gagal menduduki lima tempat teratas dalam jualan minggu pertama dalam carta Oricon.

2008 sunting

Takahashi Ai, Kamei Eri, Michishige Sayumi, dan Tanaka Reina mengambil bahagian dalam muzikal Ojigi 30 Degrees di Shinjuku Theater dari 26 Februari sehingga 2 Mac 2008. Single ke-36, "Resonant Blue" telah diumumkan akan dipasarkan pada 5 Mac 2008 tetapi ditunda sehingga 16 April 2008 kerana kesibukan dengan aktiviti. "Resonant Blue" dipasarkan pada April 2008 telah terjual sebanyak 48,086 unit, 20,004 unit lebih daripada single "Mikan" dan 5,000 unit lebih daripada "Onna ni Sachi Are". Mereka telah membuat persembahan di Taipei, Taiwan, pada 24 Mei 2008 dan ini merupakan konsert pertama di luar Jepun.

Single ke-37, "Pepper Keibu" telah dipasarkan pada 24 September 2008. Lagu ini merupakan nyanyian semula single Pink Lady yang dipasarkan pada tahun 1976.

Tahun 2008 merupakan pertama kalinya tiada penambahan atau pengurangan ahli Morning Musume dalam satu tahun kalendar.

2009 sunting

Single ke-39, "Shouganai Yume Oibito" dipasarkan pada 13 Mei 2009, dan mendapat tempat pertama dalam carta mingguan Oricon selepas kali terakhir mendapat tempat pertama pada tahun 2006 dengan single "Aruiteru". Kemudian pada Ogos 2009, "Nanchatte Renai" telah dipasarkan. Ini merupakan single yang ke-40, dan edisi commemorative dipasarkan bersama edisi terhad dan edisi biasa. Edisi commemorative terdapat lagu B-side yang lain daripada edisi biasa dan terhad. Single ini terjual melebihi 70,000 unit.

Album koleksi B-side daripada single-single terdahulu telah dipasarkan pada Oktober 2009. Ia mengandungi lagu-lagu B-side daripada single pertama sehingga single ke-40.

Morning Musume telah memasarkan single yang ke-41, "Kimagure Princess" pada 28 Oktober 2009. 4 edisi telah dipasarkan (edisi biasa, edisi terhad A, B, dan C). Edisi terhad C merupakan kali pertama diperkenalkan dan mengandungi 10 kulit depan yang berlainan. Ini merupakan single terakhir bersama Kusumi Koharu.

Kusumi Koharu keluar dari Morning Musume dan Hello! Project pada 6 Disember 2009, dengan sebab ingin meneruskan kerjayanya sebagai model.

2010 sunting

Morning Musume telah memasarkan single ke-42, "Onna ga Medatte Naze Ikenai", pada 10 Februari 2010. Single ini merupakan single pertama bersama lapan ahli kumpulan selepas graduasi Kusumi Koharu dari Morning Musume. Pada 17 Mac 2010 album studio kesepuluh 10 MY ME, telah dipasarkan dan single ke-43, "Seishun Collection", telah dipasarkan pada 10 Jun 2010. "Seishun Collection" telah dipilih menjadi lagu tema untuk teater muzikal lakonan Morning Musume sendiri, Fashionable.

Pada 8 Ogos 2010, Tsunku telah mengumumkan semasa konsert, dan kemudian melalui blognya, bahawa Kamei Eri, Junjun, dan Linlin akan bergraduasi dari Morning Musume pada hari terakhir konsert musim luruh, dan uji bakat untuk generasi kesembilan akan diadakan. Kamei menyatakan dia membuat keputusan untuk bergraduasi kerana ingin berehat untuk sembuh dari penyakitnya kulitnya, atopic dermatitis. Junjun and Linlin bergraduasi kerana ingin meneruskan karier mereka di China.

Single Morning Musume yang ke-44, "Onna to Otoko no Lullaby Game" telah dipasarkan pada 24 November 2010 dan album studio kesebelas mereka, Fantasy! Juuichi, telah dipasarkan pada 1 Disember 2010. Single dan album ini merupakan buat kali terakhir bersama Kamei, Junjun, dan Linlin. Pada 15 Disember, Eri Kamei, Junjun, dan Linlin telah bergraduasi dari Morning Musume dan Hello! Project.

2011 sunting

Ahli kumpulan generasi kesembilan; Sayashi Riho, Suzuki Kanon, Ikuta Erina dan Fukumura Mizuki telah diumumkan semasa konsert musim sejuk Hello! Project 2011: Kangei Shinsen Matsuri pada 2 Januari 2011. Tiga pemenang semasa uji bakat, Sayashi Riho, Suzuki Kanon dan Ikuta Erina, telah diumumkan di atas pentas oleh Tsunku. Kemudian, Tsunku telah mengumumkan Fukumura Mizuki, daripada Hello! Pro Egg bahawa dia juga akan menjadi ahli kumpulan Morning Musume.

Pada 9 Januari, juga semasa konsert musim sejuk Hello! Project, telah diumumkan bahawa ketua Takahashi Ai akan bergraduasi dari Morning Musume dan Hello! Project semasa konsert musim luruh Morning Musume 2011. Takahashi menyatakan akan meneruskan kariernya sebagai penyanyi dan berlakon teater. Selepas graduasi Takahashi, Niigaki menjadi ahli yang paling lama bertugas sejak penubuhan Morning Musume.

Pada 3 Februari, single ke-45 Morning Musume, "Maji Desu ka Ska!" telah diumumkan akan dipasarkan pada 23 Mac 2011 namun telah ditunda ke 6 April 2011. Ini merupakan single pertama bersama ahli daripada generasi kesembilan.

Pada 13 April, Morning Musume melancarkan rancangan internet mingguan berdurasi 1 jam yang dipanggil UstreaMusume. Di laman web mereka peminat boleh menghantarkan pendapat, soalan, mesej, dan permintaan.

Pada 15 Jun, single "Only you" telah dipasarkan.

Pada 14 September, single ke-47 "Kono Chikyuu no Heiwa wo Honki de Negatterun da yo! / Kare to Issho ni Omise ga Shitai" telah dipasarkan. Ia adalah single terakhir Takahashi Ai. Ini merupakan kali pertama single Morning Musume mempunyai dua A-side. Pada hari pertama jualannya, single tersebut telah terjual sebanyak 26,000 unit yang merupakan jualan hari pertama tertinggi sejak tahun 2005 dan tertinggi semasa Takahashi Ai sebagai ketua. Lagu nyanyian solo Takahashi Ai "Jishin Motte Yume Motte Tobitatsu Kara" dimuatkan dalam edisi Takahashi Ai Graduation Commemoration bagi single ini. Muzik video untuk lagu tersebut dipasarkan dalam bonus DVD album studio kedua belas mereka, 12, Smart yang dipasarkan pada 12 Oktober.

Ahli generasi kesepuluh iaitu Iikubo Haruna, Ishida Ayumi, Sato Masaki dan Kudou Haruka telah diumumkan pada 29 September sehari sebelum graduasi Takahashi Ai. Penambahan generasi kesepuluh telah menjadikan jumlah ahli sebanyak 12 orang, iaitu jumlah paling ramai sejak tahun 2005.

Pada 30 September, Takahashi Ai telah bergraduasi dari Morning Musume dan Hello! Project di Nippon Budokan, Jepun. Selepas Takahashi bergraduasi, jawatan ketua Morning Musume and Hello! Project diberikan kepada Niigaki Risa.

2012 sunting

Pada 3 Januari, semasa permulaan konsert Hello! Project 2012, Niigaki Risa telah mengumumkan graduasinya dari Morning Musume dan Hello! Project, yang akan diadakan semasa konsert terakhir musim bunga 2012 Morning Musume. Michishige Sayumi menyatakan hasratnya untuk mengetuai Morning Musume selepas Niigaki Risa bergraduasi.

Pada 25 Januari, single yang ke-48 "PyocoPyoco Ultra" telah dipasarkan.

Single ke-49, "Renai Hunter" dipasarkan pada 11 April 2012. Single ini ialah yang terakhir bersama Niigaki Risa dan beliau menyanyikan semula lagu "Egao No Namida", lagu asal daripada Matsuura Aya. Selepas single ini mendapat tempat dalam carta 10-teratas, Morning Musume telah memecahkan rekod (sebelum ini dipegang oleh Hamasaki Ayumi) mendapat tempat carta 10-teratas berturut-turut bagi kategori single, iaitu sebanyak 49 single.

Pada 4 Mei, Mitsui Aika mengumumkan akan bergraduasi bersama Niigaki Risa di Nippon Budokan pada 18 Mei 2012, disebabkan kecederaan kaki yang tidak berjaya sembuh.

Pada 18 Mei, semasa konsert graduasi Niigaki Risa dan Mitsui Aika berlangsung, Michishige Sayumi diumumkan sebagai ketua kelapan Morning Musume. Tsunku juga mengumumkan bahawa Morning Musume akan mengadakan uji bakat untuk generasi ke-11.

Pada 26 Mei, Morning Musume telah diundang untuk membuat persembahan di pertunjukan fesyen Girls Award 2012. Mereka telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu "One・Two・Three", sebuah lagu dari single ke-50 "One・Two・Three / The Matenrou Show" yang akan dipasarkan pada 4 Julai 2012 dalam 7 edisi. Ini merupakan single pertama di bawah naungan Michishige Sayumi sebagai ketua.

Pada 12 September, Morning Musume telah memasarkan album studio ke-13, 13 Colorful Character yang merupakan album pertama bersama ahli generasi kesepuluh dan akan memasarkan single ke-51, "Wakuteka Take a chance".

Pada 14 September, Oda Sakura telah diumumkan sebagai ahli rasmi generasi ke-11.

Pada 19 November, Tanaka Reina telah mengumumkan graduasinya dari Morning Musume dan Hello! Project, yang akan diadakan semasa konsert terakhir musim bunga 2013 Morning Musume.

2013 sunting

Pada 23 Januari, single ke-52 yang berjudul "Help me!!" telah dipasarkan. Pada minggu pertama penjualan, single ini terjual sebanyak 93,286 unit CD dan mendapat tempat pertama dalam carta mingguan Oricon. Kali terakhir mendapat tempat pertama pada Mei 2009 dengan single "Shouganai Yume Oibito".

Pada 16 Mac, Tsunku mengumumkan bahawa Morning Musume akan mengadakan uji bakat untuk generasi ke-12, yang dipanggil Morning Musume Mirai Shoujo Audition. Namun, pada 4 Ogos, Tsunku mengumumkan bahawa tiada siapa yang terpilih untuk uji bakat ini.

Pada 21 Mei, semasa konsert graduasi Tanaka Reina, Fukumura Mizuki dan Iikubo Haruna telah diumumkan sebagai naib ketua kumpulan itu.

Pada 6 Disember, Tsunku telah mengumumkan bahawa nama kumpulan ini akan berubah mulai tahun 2014. Pada 1 Januari 2014 "Morning Musume" akan diubah nama menjadi "Morning Musume '14". Pertukaran nama ini akan membantu peminat mengenali tahun bila lagu dan ahli kumpulan yang terlibat dalam sesebuah lagu untuk tahun tersebut.

Pada 15 Disember, mereka memenangi anugerah "Billboard JAPAN Active Artist of the Year 2013".

2014 sunting

Bermula 1 Januari, Morning Musume telah menukar nama kumpulan mereka kepada "Morning Musume '14". Dengan nama baru, album single pertama atas nama itu yang berjudul "Egao no Kimi wa Taiyou sa / Kimi no Kawari wa Iyashinai / What Is Love?" telah dipasarkan pada Januari 2014. Lagu "Kimi no Kawari wa Iyashinai" merupakan lagu semangat untuk pasukan Jepun untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.

Pada 15 Mac, Uji bakat untuk generasi ke-12 diadakan sekali lagi dengan nama Morning Musume '14 <Golden> Audition!. Pada 29 April, semasa konsert Evolution diadakan di Yamaguchi, Michishige Sayumi telah mengumumkan graduasinya. Sayumi akan keluar dari Morning Musume dan Hello! Project pada 26 November, konsert akhir musim luruh 2014.

Ahli generasi ke-12 Ogata Haruna, Nonaka Miki, Haga Akane dan Makino Maria telah diumumkan secara rasmi pada 30 September semasa konsert GIVE ME MORE LOVE yang diadakan di Nippon Budokan, Jepun. Juga diumumkan album studio ke-14 yang berjudul 14 Shou ~The Message~ akan dipasarkan pada 26 Oktober.

Pada 5 Oktober, Morning Musume telah mengadakan konsert pertama mereka di New York.

Kumpulan kecil sunting

Pencapaian sunting

  • Kōhaku Uta Gassen (紅白歌合戦, Kōhaku Uta Gassen) Penyertaan termuda - Kago Ai, 12 tahun (Kōhaku ke-51 – 31 Disember 2000).
  • Kesemua single Morning Musume kecuali, Morning Coffee dan Onna to Otoko no Lullaby Game mencapai tangga 5 teratas dalam Oricon Weekly Singles Top 5
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan #1 secara berturut-turut terbanyak.
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan Top 10 single terbanyak.
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan single #1 terbanyak, mengalahkan rekod Pink Lady.
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan Top 10 single secara berturut-turut terbanyak.
  • Oricon - Kumpulan wanita dengan penjualan terbaik di Jepun dengan 11,085,000 unit terjual, rekod Oricon kelima mereka.

Uji bakat sunting

Rencana utama : Uji bakat Morning Musume

Uji bakat diadakan untuk mencari ahli kumpulan yang baru.

  • [1998] Morning Musume Addition Audition
  • [1999] Morning Musume 2nd Addition Audition
  • [2000] Morning Musume 3rd Addition Audition
  • [2001] Morning Musume LOVE Audition 21
  • [2002-2003] Morning Musume LOVE Audition 2002
  • [2004] Morning Musume Lucky 7 Audition''
  • [2005] Morning Musume Audition 2005
  • [2006] Morning Musume Happy 8 Audition
  • [2010-2011] Morning Musume 9th Generation Audition
  • [2011] Morning Musume 10th Generation Genki Jirushi Audition
  • [2012] Morning Musume 11th Generation Suppin Utahime Audition
  • [2013] Morning Musume 12th Generation Mirai Shoujo Audition
  • [2014] Morning Musume '14 <Golden> Audition!
  • [2016] Morning Musume '16 "Shinseki" Audition
  • [2019] Morning Musume '19 LOVE Audition'

Diskografi sunting

Rencana utama : Diskografi Morning Musume

Filemografi sunting

  • [30.09.1998] Morning Cop ~Daite Hold on Me!~ (モーニング刑事。~抱いてHOLD ON ME!~)
  • [21.02.2001] Pinch Runner (ピンチランナー)
  • [15.03.2002] Nama Tamago (ナマタマゴ)
  • [21.06.2002] Koinu Dan no Monogatari (仔犬ダンの物語)
  • [17.07.2002] Tokkaekko (とっかえっ娘)
  • [31.12.2002] Hamtaro the Movie 2 (劇場版とっとこハム太郎 ハムハムハムージャ!幻のプリンセス, Gekijo-ban Tottoko Hamutaro Ham-Ham Hamuja Maboroshi no Princess)
  • [05.02.2011] Keitai Deka The Movie 3: Morning Musume Kyuushutsu Daisakusen! ~ Pandora no Hako no Himitsu (ケータイ刑事 THE MOVIE3 モーニング娘。救出大作戦!~パンドラの箱の秘密)
  • [12.11.2011] Sharehouse (シェアハウス)

Pautan luar sunting