Muawiyah bin Yazid

Muawiyah bin Yazid atau Muawiyah II (661-684) ialah khalifah Kerajaan Bani Umaiyah ketiga yang hanya memerintah selepas kematian ayahnya Yazid I. Muawiyah ialah seorang pemuda yang baik dan bertakwa. Tempoh pemerintahannya masih menjadi perselisihan antara 40 hari atau empat bulan.

Muawiyah bin Yazid
مُعَاوِيَة بْنِ يَزِيد
Khalifah ketiga Kerajaan Bani Umaiyah
Pemerintahan683 – 684
Didahului olehYazid I
Diikuti olehMarwan I
Keputeraans. 664 CE
Bilad al-Syam, Kerajaan Bani Umaiyah
Kemangkatans. 684 CE (umur 19–20)
Damsyik, Kerajaan Bani Umaiyah
KerabatSufyaniyah
DinastiBani Umaiyah
AyahandaYazid
BondaUmmu Hasyim
AgamaIslam

Pemerintahan sunting

Setelah kematian Yazid I, anaknya Muawiyah telah dilantik sebagai khalifah yang baharu. Dikatakan bahawa sewaktu perlantikannya, Muawiyah telah berterus terang kepada seluruh rakyatnya bahawa beliau tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab jawatannya itu. Setelah itu, beliau terus mendiamkan diri di rumahnya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 684.[1]

Keputusannya itu menimbulkan pelbagai kekecohan dalam kerajaannya. Akhirnya, Marwan bin al-Hakam telah dilantik sebagai pengganti Muawiyah. Sepanjang tempoh ini, Ad-Dhahhak bin Qais al-Fihri telah mengendalikan segala tugas Muawiyah sehingga khalifah baharu, Marwan dilantik.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ibnu Kathir, Imaduddin Ismail. Al-Bidayah wa An-Nihayah. m/s. 238. ISBN 978-9953520841.
Muawiyah bin Yazid
Tarikh keputeraan: s. 664 CE Tarikh kemangkatan: s. 684
Didahului oleh
Yazid I
Khalifah Islam
Kerajaan Bani Umaiyah

683 – 684
Diikuti oleh:
Marwan I