Muhammad Haji Muhd Taib

ahli politik Malaysia

Tan Sri Dato' Seri Muhammad bin Haji Muhammad Taib (dikenali dengan gelaran Mat Taib; lahir 29 Julai 1945)[1] ialah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (sebagai Senator) dan juga bekas Menteri Besar Selangor. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2009, beliau dipilih menjadi calon Timbalan Presiden UMNO tetapi tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Di peringkat akar umbi, beliau masih lagi ketua UMNO bahagian Kelana Jaya.[2]


Muhammad Muhammad Taib

PSM; SPMS (Selangor); DGSM (Melaka); DPMS, SSA (Selangor); AMN; PJK (Selangor)
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehAbdul Aziz Shamsuddin
Digantikan olehMohd Shafie Apdal
Naib Presiden UMNO
Dalam jawatan
2004–2009
Berkhidmat dengan
Mohd Ali Rustam
Muhyiddin Yassin
Digantikan olehAhmad Zahid Hamidi
Hishammuddin Hussein
Mohd Shafie Apdal
Dalam jawatan
2000–2004
Berkhidmat dengan
Najib Razak
Muhyiddin Yassin
Dalam jawatan
1996–2000
Berkhidmat dengan
Najib Razak
Abdullah Ahmad Badawi
Dalam jawatan
1993–1996
Berkhidmat dengan
Muhyiddin Yassin
Najib Razak
Didahului olehAnwar Ibrahim
Abdullah Ahmad Badawi
Sanusi Junid
Menteri Besar Selangor ke-11
Dalam jawatan
1982 – 14 April 1997
Didahului olehAhmad Razali Mohd Ali
Digantikan olehAbu Hassan Omar
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Batang Kali
Didahului olehRosedin Yaacob
Digantikan olehZainal Abidin Sakom
Butiran peribadi
Lahir (1945-07-29) 29 Julai 1945 (umur 78)
Selangor Hulu Selangor, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO
(1964-2013, 2017-kini)
Parti Islam Se-Malaysia (April 2013 - 2015)
PKR (2015-2017)
PasanganPuan Sri Asbi Rohani Asnan
Puan Sri Dr Rodzina Hayati Tajul Ariffin

Latar belakang sunting

Peribadi sunting

Beliau lahir di Kampung Sungai Manggis, Kuala Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor pada 29 Julai 1945. Beliau pernah mengajar di SMK Kuala Kubu Baru, Selangor. Beliau melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Malaya. Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Asbi Rohani Asnan.[3] Beliau juga berkahwin tetapi kemudiannya bercerai dengan Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) yang juga merupakan puteri almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.[4][5][6]. Beliau juga berkahwin dengan Dr Rodzina Hayati Tajul Ariffin dan mempunyai 4 anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama.

Politik sunting

Beliau pernah menjadi Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997.[7] Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Selangor bagi penggal 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Beliau pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara dari 2006 hingga 2009.[8]

Jawatan sunting

  • Menteri Besar Selangor (1986 – 1997)
  • Naib Presiden UMNO (2000-2003)
  • Ketua Penerangan UMNO (Mac 2008 - April 2009)
  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Mac 2008 - 9 April 2009)

Kontroversi sunting

Perkahwinan dengan Tengku Zahariah sunting

Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) merupakan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Dikatakan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila mereka bercerai. Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Tak Bai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987 [perlu rujukan]. Lokasi tersebut di antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangani Sungai Golok, sebelah Thailand. Sebenarnya Sultan Selangor tidak setuju dengan perkahwinan ini walaupun Kuyah pernah berkahwin sebelum itu dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail, bekas suami Fauziah Latiff.

Membawa wang keluar negara sunting

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland. Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia.[9]

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000. Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast, barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.[10][11]

Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan Bin Muhamad Taib, adik kepada Tan Sri Muhammad dengan harga $520,000 pada 1990 di Singapura.[12]

Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.

Sewaktu memberi keterangan dalam mahkamah, beliau dilaporkan memberikan alasan tidak memahami bahasa Inggeris dan kemudiannya didapati tidak bersalah.

Blog sunting

Muhammad pernah mengkritik kuat penulis blog dan menggelar mereka yang menggunakan alamat web luar negara sebagai pengecut dan bersifat pondan.[13]

"Kenapa saya katakan mereka pengecut kerana mereka takut menggunakan alamat web di negara ini tetapi menggunakan alamat luar negara untuk membantah pemimpin negara kita, apakah ini watak lelaki? Ini bukan lelaki, ini adalah 'pondan'."

Sebaliknya, 15 April 2008, dia telah menubuhkan blognya dengan menggunakan nama sebenarnya.

Kurang aktif sunting

Pada 20 November 2010, menurut timbalan ketua UMNO bahagian Kelana Jaya, Datuk Yahya Bujang, Mat Taib telah menyerahkan tugas tersebut kepada Datuk Yahya semenjak dipilih memegang jawatan ketua bahagian tersebut tahun lepas kerana Mat Taib selalu keluar negara untuk urusan perniagaan.[14]

Tukar parti sunting

 
Muhammad Taib ketika menyertai PAS

Pada 14 April 2013, beliau dilaporkan telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen Pakatan Rakyat (PR). Laporan dari Pahang Daily Online telah menyebut bahawa beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Bangi pada hari tersebut[15]. Beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti tersebut pada 22 April 2013 (Isnin) dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan raya umum ke-13 untuk mengelakkan tuduhan bahawa dia telah mengambil langkah untuk dicalonkan di dalam pilihan raya umum.[16]

Pada 10 September 2015, Muhammad keluar PAS dan masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Pakatan Harapan (PH).[17]

Pada 17 September 2017, Muhammad masuk semula UMNO selepas meninggalkannya selama empat tahun untuk bersama pembangkang.[18][19]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Selangor[20]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1982 Batang Kali, Hulu Selangor Muhammad Muhammad Taib (UMNO) 6,939 67.90% Hong Chin Toh (DAP) 2,777 27.17% 10,220 4,162 79.00%
1986 N9 Batang Kali, P84 Hulu Selangor Muhammad Muhammad Taib (UMNO) Tiada Tiada Tidak bertanding Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada
1990 Muhammad Muhammad Taib (UMNO) 8,575 68.70% Sinniah Periannan (DAP) 3,385 27.12% 12,482 5,190 75.82%
1995 N9 Batang Kali, P88 Hulu Selangor Muhammad Muhammad Taib (UMNO) Tiada Tiada Tidak bertanding Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada

Gelaran sunting

  • Dato' (8 Mac 1987)
  • Tan Sri (7 Jun 1989)
  • Dato' Seri (30 Julai 1989)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Umno polls: Mat Taib qualifies to contest deputy presidency (updated) Diarkibkan 12 November 2008 di Wayback Machine
  2. ^ Suresh Kashuerin (June 12, 2015). "Mat Taib: DAP should patch up with Hadi". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-17. Dicapai pada 2018-07-07.
  3. ^ "Muhammad-profil :MUHAMMAD SENASIB DENGAN MIKE TYSON" (PDF). Bernama. Library Perdana. 12 April 1997. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-09-20. Dicapai pada 20 September 2017.
  4. ^ Templat:Cite Beliau juga berkahwin dengan Rodzina Hayati Tajul Ariffin dan mempunyai 4 anak lelaki dan seorang anak perempuan.news
  5. ^ "``Selamat tinggal ayahandaku". Utusan Malaysia. 25 November 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada 20 September 2017.
  6. ^ "Salah seorang isteri bekas MB Selangor hadapi tuntutan hina mahkamah". Harakah Daily. Tranung Kite. 28 September 2000. Dicapai pada 20 September 2017.
  7. ^ "Sejarah Menteri Besar : MANTAN DATO' MENTERI BESAR SELANGOR". Selangor: Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2011. Dicapai pada 1 January 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "Excess baggage". The Economist. 17 April 1997. Dicapai pada 16 May 2017.
  9. ^ FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT 1988
  10. ^ Speech (Part II) - DAP Malacca Anniversary Dinner
  11. ^ "UMNO candidate Mike Tyson was found guilty on appeal, even if acquitted". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-15. Dicapai pada 2008-10-28.
  12. ^ Will Muhd Muhd Taib declare Aussie properties?
  13. ^ 'Blog Writers Are Actually Coward' - Muhammad, Bernama.
  14. ^ "Muhd Taib serah tugas pada timbalan", Malaysiakini.com, 20 November 2010.
  15. ^ "Muhd Taib masuk PAS", ABN News, 14 April 2013
  16. ^ Ex-Umno veep Mat Taib joins PAS
  17. ^ "Mat Taib, Kamaruddin Jaffar tinggal PAS, masuk PKR". Malaysiakini. 11 Sep 2015. Dicapai pada 16 May 2017.
  18. ^ "Muhd Taib rejoins Umno". The Malaysian Insight. 17 September 2017. Dicapai pada 20 September 2017.
  19. ^ "Mat Taib rejoins Umno". The Star. The Star. 17 September 2017. Dicapai pada 20 September 2017.
  20. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 27 Mei 2010. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan) Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Menteri Luar Bandar dan Wilayah
20082009
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin Dato' Seri Mohd Shafie Apdal
Penyandang Terdahulu Menteri Besar Selangor
19861997
Penyandang Kemudian
Ahmad Razali Mohd Ali Abu Hassan Omar