Muhammad Haji Salleh

penulis Malaysia

Prof. Dr. Muhammad bin Haji Salleh merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara.


Muhammad Haji Salleh

PhD
Muhammad Haji Salleh
Kelahiran
Muhammad Haji bin Salleh

(1942-03-26) 26 Mac 1942 (umur 82)
KerakyatanMalaysia
Pusat pendidikanUniversiti Malaya, Singapura (1970)
PekerjaanPenyair, pengkritik sastera
Tahun aktifSejak 1960-an
Karier menulis
BahasaMelayu, Inggeris
GenreSajak

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

Biodata sunting

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak. Kini,[bila?] beliau menetap di Taman Sekamat, 43000 Kajang, Selangor.

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England (1963). Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura (1970) dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D (1977).

Kerjaya sunting

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa. Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun[1].

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Beliau pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays (1977) dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat (1977 - 1978) ; pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu ; Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM ; Pengarah Institut Bahasa, Kebudayaan Kesusasteraan Melayu. Kemudian menjadi Profesor Kesusasteraan sewaktu berusia 36 tahun (1978). Muhammad menjadi “Asian Scholar in Residence” di University Michigan. Dalam tahun 1992-1993, beliau dipilih menjadi Fullbright Visiting Reseacher, di University of California, Berkeley ; menyandang Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Netherlands (1993-1994).

Pada bulan Jun 1996, beliau mengambil bahagian dalam seminar Persatuan Nusantara (Moscow) "Pembinaan Negara dan Proses Perkembangan Sastera/Budaya di Asia Tenggara", di mana membentangkan kertas kerja "Khalayak di Serambi Pentas"[2]. Kesan daripada lawatan ke Moscow, termasuk pertunjukan "The Queen of Spades" arahan Peter Fomenko, di teater E. Vakhtangov, dicerminkan dalam beberapa puisinya [3].

Kesusasteraan Melayu sunting

Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Beliau mengkagumi penyair Chairil Anwar, Subagio Sastrowardoyo (Indonesia) , T.S. Eliot dan Pablo Neruda.

Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Penghargaan sunting

Pelbagai anugerah telah diterimnya .Antaranya beliau memenangi “Hadiah Sastera Asean” di Jakarta. Beberapa buah puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera (1971) ; Hadiah Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau Perjalanan Si Tenggang II (1977).

Karya sunting

Profesor Dr Muhammad telah menghasilkan 15 koleksi puisi, 5 buah antologi sastera Malaysia dan 12 buku kritikan/teori dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hasil terjemahannya termasuklah 11 buku bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.[4]

Puisi sunting

  1. Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm.
  2. Sajak-sajak Pendatang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 62 hlm.
  3. Buku Perjalanan Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1975, 74 hlm.
  4. Ini Juga Duniaku, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 83 hlm.
  5. Times and Its people, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 80 hlm.
  6. The Travel Journals of Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 72 hlm.
  7. Pilihan Puisi Baru Malaysia – Indonesia (Peny.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm.
  8. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm.
  9. Sajak-sajak dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1981, 88 hlm.
  10. Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.
  11. Dari Seberang Diri, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1982, 70 hlm.
  12. Antologi Puisi ASEAN (antologi bersama), Denpasar: Yayasan Sanggar Seniman Muda Bali, 1983, 85 hlm.
  13. Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm.
  14. Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.
  15. 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur. Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
  16. Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.
  17. Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.
  18. Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaia, 1988, 167 hlm.
  19. Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.
  20. Suara Rasa (Voice From Within) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.
  21. Beyond the Archipelago, Athens: Center of International Studies, Ohio University, 1995, 243 hlm.
  22. Rupa Kata (antologi bersama), Ipoh: Yayasan Kesenian Perak, 1996, 122 hlm.
  23. Sebuah Unggun di Tepi Danau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 259 hlm.

Kajian sunting

  1. Tradition and Change in Contemporary Malay-Indonesian Poetry, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977, 190 hlm.
  2. Selection from Contemporary Malaysian Poetry (Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1978, 118 hlm.
  3. Pengalaman Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 85 hlm.
  4. An Anthology of Contemporary Malaysian Literature, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm.
  5. The Mind of The Malay Author, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 178 hlm.
  6. Syair Tentang Singapura Abad Kesembilan Belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 127 hlm.
  7. Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Yayasan Karya Agung, 1997, 338 hlm.

Esei/Kritikan sunting

  1. Kritikan Sastera di Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1974, 187 hlm.
  2. Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1976, 338 hlm.
  3. Kesarjanaan Melayu (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1977, 368 hlm.
  4. Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.
  5. Imej dan Cita-cita: Kertas Kerja Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 87 hlm.
  6. Cermin Diri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 208 hlm.

Terjemahan sunting

  1. Teori Kesusasteraan: Satu Pengenalan/Terry Eagleton, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 264 hlm.
  2. Salju Musim Bunga Yukio Mishima, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1990, 624 hlm.

Tokoh Akademik Negara 2008 sunting

Pada 2008, beliau menerima anugerah Tokoh Akademik Negara 2008 daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Rujukan sunting

  1. ^ Victor A. Pogadaev. 'Jiwa' pejuang bahasa Melayu // Berita Harian, 23.12.2017
  2. ^ Pembinaan Negara dan Proses Perkembangan Sastera/Budaya di Asia Tenggara. Editor eksekutif V.A. Pogadaev. M:. Institut Pengajian Asia dan Afrika, M.V. Lomonosov Moscow State University; Nusantara Society, 1997, p. 154-167
  3. ^ Jatuh ke Laut Menjadi Pulau: Jilid II. Sajak- Sajak lengkap Muhammad Haji alleh. Kuala Lumpur: ITBM, 2014, p. 325
  4. ^ "Prof Dr Muhammad Hj Salleh bakal dinobat Tokoh Akademik Negara 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-12. Dicapai pada 2021-08-31.

Pautan luar sunting