Muhammad Pehimi Yusof

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Muhammad Pehimi bin Yusof)

Dato' Haji Muhammad Pehimi bin Yusof berasal dari Besut, Terengganu Darul Iman. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu Kawasan Jertih. Beliau berkahwin dengan Roslida binti Daud iaitu seorang jururawat dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Dato' Haji

Muhammad Pehimi Yusof

DPMT (Terengganu); PPN
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Jerteh
Dalam jawatan
2013–2022
Didahului oleh Idris Jusoh
Digantikan oleh Riduan Mohamad Nor
Majoriti1,381 (PRU-14)
930 (PRU-13)
Anggota Dewan Undangan
untuk Kota Putera
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Wan Mohd Wan Hassan
Digantikan oleh Mohd Mahdi Musa
Majoriti3,332 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir>
Terengganu Besut, Terengganu
Parti politik UMNO
PasanganTo’ Puan Roslida Daud
Anak-anak5
Alma materUniversiti Utara Malaysia
Universiti Putra Malaysia
Laman web rasmiDUN Terengganu

Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah Degree Master of Arts (Social Work) di Awang Had Salleh Graduate School, Universiti Utara Malaysia. Beliau juga berkelulusan Diploma Pertanian dari UPM Serdang. Terkini beliau sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) juga di Awang Had Graduate School, Kolej Sastera dan Sains , Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengajian Sosial (social Studies). - Rujuk SUB Pendidikan bahagian bawah.

Setelah tamat pengajian di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1984, beliau telah bertugas dengan lembaga pertubuhan peladang dibeberapa daerah dalam Negeri Terengganu. Sebelum menjadi Adun beliau juga melibatkan diri dalam bidang politik, beliau pernah memegang beberapa jawatan antaranya ialah Ketua Pemuda Bahagian Besut, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Besut, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, AJK Biro Pembangunan Ekonomi Malaysia Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, AJK Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha badan perhubungan UMNO negeri & Barisan Nasional Negeri Terengganu.

Beliau dilantik menjadi Timbalan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu kerana mempunyai kelayakkan dalam bidang tersebut. Beliau turut dilantik menjadi Pengerusi Jentera Dasar Sosial Ekonomi Negara di Peringkat Akar Umbi (NADI) DUN Kota Putera. Muhammad Pehimi turut aktif dalam sukan badminton dan menjadi Yang Di Pertua Persatuan Badminton Daerah Besut.

27 Nov 2014 - Dilantik sebagai Exco Kerajaan negeri dengan memegang portfolio Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.

1 OGOS 2016 - Adun Jertih YB  Dato’ Mohammad Pehimi Yusof bertukar daripada portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri.

  • Adun Kota Putera April 2008-2013
  • Adun Jertih 2013-2023

Pendidikan sunting

  1. Degree Masters of Arts (Social Work) di Awang Had Salleh Graduate School, Universiti Utara Malaysia.
  2. PhD: sedang menyambung pengajian PhD di Awang Had Graduate School, Kolej Sastera dan Sains , Universiti Utara Malaysia.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting