Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan (lahir 13 September 1951) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-lapan dan berkhidmat bermula 12 November 2006 hingga 12 September 2010. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Haji Omar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai polis. Pada 13 September 2010, Tan Sri Ismail Omar menggantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara Malaysia.[2]


Musa Hassan

PMN PSM SPMS SJMK SPMP SSAP SPTS DCSM PNBS DSSA PGPP PYGP KMN PSNB (Brunei) DUBC (Singapura) KGC (Thailand)
Ketua Polis Negara Malaysia ke-8
Dalam jawatan
12 November 2006 – 12 September 2010
Didahului olehMohd. Bakri Hj. Omar
Digantikan olehIsmail Omar
Butiran peribadi
Lahir (1951-09-13) 13 September 1951 (umur 72)
Kuala Lumpur, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Juriah Dato' Ahmad (meninggal dunia 2019) [1]
Puan Sri Qistina Lim (k. 2023)
BapaHassan Azhari
SaudaraJalaluddin Hassan (adik)
Fuad Hassan (adik)
Yat Hassan (adik)

Keluarga sunting

Musa Hassan merupakan anak sulung kepada Tan Sri Dato' Hassan Azhari (1928–2018),[3] seorang guru al-Quran dan Qiraati yang terkenal di Malaysia. Beliau dipelihara oleh neneknya dan menerima pendidikan di Kuala Lumpur. Adiknya, Mohammad ‘Izzat b Tansri Dato Hj Hassan megikuti jejak langkah beliau di dalam bidang kepolisan.[4] Adik-adik yang lain terutamanya Dato' Fuad Hassan adalah seorang ahli perniagaan, pemimpin belia dan ahli politik serta pernah menjadi ADUN kawasan Ulu Klang serta Dato' Jalaluddin Hassan merupakan pelakon terkenal di Malaysia.[5][6]

Perkhidmatan sunting

Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hj. Hassan.

  • 1969 -Insp. Pelatih (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru)
  • 1970 -Insp. Siasatan Khas (IPD Melaka Tengah, Kontinjen Melaka) / Inspektor Percubaan
  • 1973 -Pegawai Pendakwa (IPD Alor Gajah, Kontinjen Malaka) / Inspektor
  • 1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / Inspektor
  • 1981 -PPP Bah. 'A' CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
  • 1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
  • 1986 -Pensyarah Undang-Undang (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / ASP
  • 1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / DSP
  • 1991 -TPP Latihan B1 (Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / DSP
  • 1992 -PP Latihan (Peperiksaan)(Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / SP
  • 1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang)(JSJ Bukit Aman) / ACP & SAC II
  • 2000 -Timbalan Pengarah II (JSJ Bukit Aman) / SAC I
  • 2001 -Timbalan Pengarah I (JSJ Bukit Aman) / DCP
  • 2003 -Ketua Polis Johor / DCP
  • 2004 -Pengarah JSJ (JSJ Bukit Aman) / CP
  • 2005 -Timbalan Ketua Polis Negara / DIGP
  • 2006 -Ketua Polis Negara / IGP

Kontroversi sunting

Tuduhan rasuah sunting

Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan pernah dituduh menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan 3 anggota sindiket judi haram di Ibu Pejabat Polis Kluang , Johor di bawah Ordinan Dharurat 1969. Pada 18 Jun 2007 Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat kes ini berdasarkan surat aduan dan email yang diterima serta soal-siasat terhadap 6 saksi dan pernyataan akaun-akaun bank Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan. [7]

3 'ahli sindiket judi haram' itu ditangkap pada 30 Mac 2007 berdasarkan maklumat daripada 6 orang saksi. Pemangku DCP Dato' Khalid Abu Bakar telah menyiasat kebenaran kes ini sama ada berlaku penganiayaan atau tidak. Kiranya ada unsur penganiayaan, tahanan mestilah dibebaskan. Setelah disiasat, 6 saksi tersebut menafikan maklumat itu daripada mereka dan tandatangan itu bukanlah milik mereka. Pada hari laporan ditulis, 5 saksi masih dilokap dan 1 sedang dibawa ke mahkamah. Oleh itu kredibiliti 6 saksi ini diragui dan tidak selaras. Pada 6 April 2007 mereka dibebaskan setelah dilokap selama 7 hari.

Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Patail menyatakan kes ini ditutup.Walau bagaimanapun penutupan kes ini secara tergesa-gesa menimbulkan polemik di kalangan orang awam.[perlu rujukan] Tambahan dengan tersebarnya dakwaan mengatakan anak kepada Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan bekerja di syarikat teknologi maklumat milik salah seorang daripada 3 pemuka sindiket judi haram tersebut.[perlu rujukan] Terdapat juga dakwaan pembangkang bahawa kertas-kertas siasatan terhadap 3 orang pemuka sindiket haram ini telah diubah supaya pendakwaan terhadap mereka menjadi lemah dan seterusnya meletakkan kesalahan kepada pegawai penyiasat polis.[perlu rujukan] Pegawai-pegawai polis terbabit akhirnya telah didakwa atas kesalahan menggunakan kuasa polis secara jahat untuk membina kes terhadap ahli sindiket terbabit.

Kemuncak kepada kontroversi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff telah didakwa di mahkamah atas kesalahan tidak mengisytiharkan harta miliknya dianggarkan bernilai 27 juta. Adalah merupakan satu kesalahan bagi kakitangan kerajaan jika tidak berbuat demikian. Kes ini dilihat sebagai manifestasi konflik dalaman pasukan polis kerana Datuk Ramli Yusuff adalah ketua kepada pegawai-pegawai polis yang didakwa menganiaya Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan dan 3 orang ahli sindiket terbabit.[perlu rujukan]

Dakwaan pemalsuan maklumat terhadap isu liwat Anwar sunting

Pada 21 Julai 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan kepada pegawai Badan Pencegah Rasuah berhubung peranan Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara , Tan Sri Abdul Ghani Patail berhubung kes liwat Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Anwar percaya terdapat unsur merekacipta dan membawa kesnya ke mahkamah.[8] Ada usaha menutup jenayah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor , memalsukan keterangan dengan membuat keterangan baru dan soal DNA Anwar Ibrahim pada 1998 hingga 1999 yang digunakan untuk menghina Anwar.

Ijazah atau diploma sunting

Pada 25 Mac 2010, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama bagi menentukan kesahihan ijazah atau diploma milik Musa Hassan.Keterangan palsu semasa perbicaraan di Mahkamah tertakluk kepada Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun yang sama.

Dalam Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998, Musa mendakwa memiliki ijazah undang-undang ketika memberi keterangan bersumpah. Tapi keterangan lain pada 25 Jun 2009, semasa kes Pendakwa Raya melawan Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah . Semasa disoal balas oleh peguam James Tsai, peguambela Datuk Ramli, Musa Hassan hanya memiliki ‘Diploma in Law and Management Studies’.[9]

Pembedahan pintasan koronari sunting

Pada 19 Ogos 2008 Tan Sri Musa Hassan selamat menjalani pembedahan pintasan koronari jantung di Institut Jantung Negara.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ Isteri Musa Hassan meninggal dunia
  2. ^ "IGP: Ismail Omar ganti Musa Hassan", Malaysiakini.com. 1 September 2010.
  3. ^ Pengajar rancangan Muqaddam, Hassan Azhari meninggal dunia Diarkibkan 2018-10-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (6 Oktober 2018). Dicapai pada 7 Oktober 2018.
  4. ^ ""Adik KPN jadi Inspektor Percubaan, Utusan Online. 12 Julai 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-17. Dicapai pada 2010-03-13.
  5. ^ "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru - ANTARA News Kalimantan Selatan - ANTARA News Kalimantan Selatan - Berita Terkini Kalimantan Selatan". Dicapai pada 9 October 2015.
  6. ^ "Ustaz Hassan & his golden boys". New Straits Times. 21 January 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-21. Dicapai pada 3 October 2011.
  7. ^ http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-21032007.pdf[pautan mati kekal] "DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA", muka surat 78, Parlimen Malaysia, 21 Mac 2007.
  8. ^ "Anwar puas hati siasatan BPR", Utusan Online, 22 Julai 2008.
  9. ^ "Keterangan palsu Musa mengenai kelulusan akademiknya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-29. Dicapai pada 2010-03-26.
  10. ^ Ketua Polis Negara Jalani Pembedahan Pintasan Koronari

Pautan luar sunting


Penyandang Terdahulu Ketua Polis Negara
12 November 2006 – 12 September 2010
Penyandang Kemudian
Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar
Tan Sri Ismail Omar