Musnad Ahmad bin Hanbal

Musnad Ahmad bin Hanbal ialah himpunan Hadis (himpunan jenis Musnad) yang diusahakan Imam Ahmad bin Hanbal, seorang imam mujtahid dan pegasas Mazhab Hanbali.

Deskripsi sunting

 
Kulit buku Musnad Imam Ahmad bin Hanbal.

Dikatakan bahawa Imam Ahmad membuat ulasan tentang karyanya seperti berikut: "Saya hanya memuatkan hadis dalam buku ini hanya jika ia digunakan sebagai bukti oleh para sarjana." Beberapa sarjana Hanbali, seperti al-Jauzi mendakwa bahawa Musnad Imam Ahmad mengandungi hadis yang mawdu' ("dibuat-buat") melalui kaedah interpolasi (iaitu si perawi telah mencapuradukkan bahan, mencampurkan teks dan rantaian atau sanad perawi); ada yang mengatakan terdapat sembilan buah hadis sedemikian sementara yang lain pula mengatakan terdapat lima belas buah hadis. Walau apapun, dipersetujui bahawa hadis yang dikatakan mawdu' bukan hadis baharu yang datang daripada imaginasi si perawi yang tidak boleh dipercayai.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Fatwa Ibnu Taimiyah, vol 1, page 248.

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.