Mustafa Ali

ahli politik Malaysia; bekas Setiausaha Agung PAS

Dato' Haji Mustafa Ali atau Cikgu Pa adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Terengganu bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat[1]. Di peringkat kerajaan negeri Terengganu, beliau pernah menjadi Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tempoh 1999-2004.

Dato' Haji

Mustafa Ali

DPMT (Terengganu)
Jemaah Menteri Malaysia
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
Dalam jawatan
14 April 1977 – 8 November 1977
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
Dalam jawatan
5 Mac 1976 – 13 April 1977
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian
Dalam jawatan
5 September 1974 – 4 Mac 1976
Kepimpinan tertinggi PAS
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS
Dalam jawatan
2015–2017
Didahului olehHatta Ramli
Digantikan olehAhmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Agung PAS
Dalam jawatan
2011–2015
Didahului olehKamarudin Jaffar
Digantikan olehTakiyuddin Hassan
Ahli Parlimen Malaysia
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehAbdul Manan Othman (UMNO)
Kawasan pilihan rayaKuala Terengganu
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMokhtaruddin Wan Yusof (UMNO)
Digantikan olehRosli Mat Hassan (UMNO)
Kawasan pilihan rayaDungun
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Pengkalan Berangan
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMuda Mamat (UMNO)
Digantikan olehYahya Khatib Mohamad (UMNO)
Butiran peribadi
LahirMustafa @ Hassan bin Ali
(1944-12-07) 7 Disember 1944 (umur 79)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Latar belakang sunting

Dilahirkan pada 7 Disember 1944 di negeri Terengganu Darul Iman.

Pendidikan sunting

Mustafa Ali berkelulusan Diploma Pendidikan dan BA Hons dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1968 dan pernah menjadi cikgu selama lima tahun bermula pada tahun 1969 sehingga 1974.[2]

Politik PAS sunting

Beliau berpengalaman luas dalam dalam politik negara bermula menjadi ahli Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 1974 sehingga tahun 1978 dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977. Turut berpengalaman menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977.

Pada 1977, beliau kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar kerana tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pusat mengisytiharkan MAGERAN di negeri Kelantan Darul Naim. Semua ahli Parlimen PAS akan dipecat dari parti PAS jika menyokong rang undang-undang Darurat Kelantan 1978. Kerajaan menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional dan Mustafa Ali berhenti menjadi menteri pusat.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dari tahun 1982 sehingga 1990. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan dari tahun 1999 hingga 2004. Pada zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu pada tahun 1999-2004 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dan menjawat portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia dari tahun 1999-2004.

Jawatan pertama dalam PAS ialah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1975 hingga 1987 seterusnya beliau dilantik sebagai Bendahari Agung PAS Pusat dari tahun 1987 hingga 1997, Naib Presiden PAS Pusat pada 1997 hingga 2005, Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 2005 sehingga tahun 2009 serta Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat sejak 1997 sehingga 2009. Kini beliau diamanahkan sebagai Setiausaha Agung PAS menggantikan tempat Dato' Kamarudin Jaffar.

Sumbangan sunting

Beliau juga pernah terbabit dalam institusi kerajaan iaitu sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara (1977-1981. Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) (1989-1990) serta dilantik sebagai ahli Institut Integriti Malaysia (IIM) dari tahun 2004 sehingga kini.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  •   Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' - 2001

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-18. Dicapai pada 2016-06-18.
  2. ^ "Mustafa Ali dilantik Setiausaha", Utusan Malaysia. 12 Jun 2009

Pautan luar sunting